Bab 17

15.4K 442 4
                                    

Plan nak buat bab Putra  hancurrrr 😫 idea lesappp

###

Bangkit saja dari mimpi, dia mengamati keadaan sekeliling dengan bingung.  Otak mula proses apa yang sedang berlaku dan di mana dirinya berada.

Bila menyedari,  Aulia terus ke tingkap untuk membukanya tapi gagal kerana gril tingkap sudah dikunci.

Sekali lagi dia mengamati ke bahagian siling,  mana tahu kalau ada kamera litar tertutup tersembunyi ke dalam bilik ni.

"Hello!  Ada orang kat luar tak? "
Walaupun dia tahu takkan ada yang hiraukan panggilannya tetap dia berteriak.

"Sampai bila kau nak kurung aku hah!" getusnya kasar dan perlahan.

Tapi tanpa sedar sesusuk tubuh sedang menayangkan riak wajah yang sinis di sebalik pintu luar.
Geli hati mendengar luahan si gadis.

"Kalau aku tahu korang nak culik aku,  memang aku tak buka terus pintu rumah aku semalam!"

Dia berterusan berleter dengan nada marah dan tak puas hati.
Lelaki diluar itu pula menayangkan senyuman.

Krek... Tap....

Bunyi pintu dibuka dengan perlahan menarik perhatian  Aulia.  Tapi sebaik sesusuk tubuh itu muncul, Aulia terus menjeling dan memalingkan mukanya. Tanda protes dan marah.

Baru sehari kenal tapi lagak macam dah terbiasa dengan si lelaki itu.

"kau memang tak boleh diam ke?  Asyik memekak je dari tadi" marah si lelaki.

Aulia terus memandangnya tajam.

"Aku takkan memekak kalau kau tak culik aku! Setakat culik nak kurung buat apa?  Merugikan masa aku je!  Kalau dah terkurung  aku tak boleh pergi kerja,  kalau tak boleh pergi kerja macam mana aku nak dapat duit! " leternya  dengan panjang  lagi.

"ni mesti bos  aku sedang cari aku ni,  kalau aku kena pecat kerja memang kali ni aku curi duit korang nak sara hidup aku ni"

Entah dia melalut apa,  yang dia fikir sekarang adalah kerja dan gajinya yang akan dipotong jika kerap tak datang kerja.
Sudahlah sebelum ini dia banyak ambil cuti sebab settlekan masalah kakaknya yang sekarang entah menghilang ke mana.

'Tak kenang budi langsung,  aku tolong selamatkan dia,  dia lari pula.'
Sempat lagi dia mencemuh kakaknya yang tak bertanggungjawab langsung dalam hatinya.

"mana bos korang hah? Cakap pada dia,  kalau ada masalah dengan kakak aku, cari dia sampai jumpa, bukannya culik dan kurung orang tak bersalah macam aku ni. "

Dia memandang ke arah lelaki tinggi lampai itu dengan jengkel. Berlagak nak mampus. Dengan tangannya di seluk ke dalam kocek dan bersandar pula di dinding dengan kaki bersilang.

Baru dia perasan,  ada bungkusan makanan dan sebotol air mineral di atas meja. Mungkin lelaki itu yang membawanya tadi.

Lelaki tinggi itu pun keluar tanpa berbicara. Meninggalkan dia terpegun di tempatnya berdiri.

"amboi kau sombong ye! Aku tanya tak jawab,  bisu ke? "sempat lagi dia membebel.

Lelaki tu dah berlalu pun dia masih tak puas hati. Dia tahu tak mungkin lelaki tu akan bebaskan dia.

Dia membuka bungkusan makanan tapi dia tak makan. Hanya minum air saja. Perut rasa sebu, tak ada selera makan pula bila kena kurung macam ni.

Masih termenung tapi dia mendongak ke siling kalau-kalau ada pintu kecil boleh juga dia keluar melalui bumbung. Tengok otaknya dah tak betul.
Baru sehari kena culik dah macam-macam cara fikir nak lari, nasib baik masih waras tak bunuh diri. Berdosa tu.

Sedang matanya melilau dia mendengar pula bunyi riuh di bawah. Setapak demi setapak dia melangkah lagi ke tingkap. Dari situ dia melihat gelanggang yang luas dan beberapa lelaki sedang bertumbuk, tapi kenapa dia rasa muka lelaki yang sedang menumbuk punching bag tu familiar sangat.

Sesusuk tubuh gagah dan sasa itu kemudian duduk di kerusi dan meneguk air. Bukan itu yang menjadi perhatiannya tapi ukiran tatoo di tepi bahagian lengan bahunya itu.

"buku Kak Mel."

Ya,  ukiran yang sama pada buku kakaknya yang pernah dia jumpa semasa tak sengaja geledah almari baju.

Malah, buku tu sengaja di sembunyi dalam almari berhimpit dengan baju yang tersangkut.







Ambil masa yang sangat lama utk update. I baca je setiap komen you all mintak update tapi masa tu i takde idea utk update cerita.

Akhirnya hampir terungkai juga......

Btw korang boleh juga usyar-usyar dan baca, cinta terindah by syaziqa10
Follow and support her yeah

Enjoy your reading!!!

Sandaran Cinta DudaTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon