Bab 42

10.1K 363 15
                                    

Akhirnya hari bahagia Haq sudah tiba. Aku dari pagi hari lagi kalut sebab suami aku ni lah! Ada ke patut dia pakaikan baju sedondon kami pilih untuk hari bahagia Haq ke tubuh Hayden awal pagi lagi.

Si kecil tu pula pagi hari melantak bubur nasi yang tokma masakkan untuknya dan terkena pula pada baju bahagian dada tu.

Apa lagi aku, gelabah lah gosokkan baju baru untuk Hayden. Tapi tak sedondon dengan kami laaa. Sakit pula mata aku tengok! Aku nak sedondon supaya bila bergambar bersama nanti nampak cantik je, nampak smooth gituu.

Padahal tak ada lag banyak sangat bezanya. Biru juga kan...

"Anak mama sorang je pakai baju warna lake blue. " komen aku dengan mencebik mulut tak puas hati.

"Biru juga kan sayang" orang lelaki ni memang ambil mudah semua benda!

"Tak sama lah. Kita biru cerah! Nanti jadi alien anak saya ni! " mengarut dah aku kalini. Baju sky blue suamiku aku pandang sekilas sampai ke baju Hayden, aku menggeleng.

Muka cemberut aku tayangkan pada Putra yang duduk di atas katil. Tangannya pula memegang celah ketiak Hayden untuk mengangkat si kecil itu naik ke atas katil.

"Hish nak salahkan abang kang jadi isteri derhaka pula. " keluhku.

"Tahu tak apa. Daripada sayang membebel dari tadi, cepat pakai tudung tu. Kita kena turun bawah kang menunggu pula tok kadi kat bawah tu. "

"Kenapa nak tunggu kita pula. Kang yang nak kahwin tu Haq dengan kak Lia. Bukannya kita. "

Apa kepeliknya suami aku ni, kenapa pula tok kadi nak tunggu kami. Kalau tak ada kami pun majlis akad nikah tu berjalan juga.

"Abang kenalah ada kat tepi Haq. Tepuk-tepuk belakang dia, tenangkan dia. Manalah tahu dia gelabah sampai tersasul kahwin dengan orang lain kang naya pula Aulia tu. " selorohnya.

Aku tahan gelak.

"Mengarut je abang ni! "

Aku terus melilit shawl di kepalaku. Satu persatu pin dan kerongsang dipasang. Sempat lagi aku membaiki awning shawl supaya terbentuk dengan baik. Pantang betul kalau awning tak jadi, boleh hilang mood baik tu seharian.

"Dah siap, jom! "

"Tundukkan badan abang tu kejap" arahku seraya cuba menggapai kepala Putra.

"Why?"
Dalam penasaran tu dia tundukkan juga badannya.

"Dah handsome hubby sayang ni. "
Puji aku seraya membetulkan songkok dikepalanya yang senget itu.

Dadanya aku tepuk perlahan selepas memastikan baju melayunya itu tidak berkedut dan tidak selekeh.

Sempat dia mencium tepi kepalaku tanda terima kasih. Makin lebar senyuman aku. Dapat morning kiss tapi versi sopan! Ehek...

"Jom turun"

Ni lagi happy! Sambil dia kendong Hayden dengan sebelah tangan, dia pimpin pula tangan aku turun ke bawah. Sweet tak? Korang ada?

Jangan tanya author! Author pun takde. Sendu!

Mulalah aku menggedik nak pegang lengannya yang sasa dan berurat itu dengan sebelah lagi tanganku.

Dalam tak sedar ramai pula mata yang melihat ke arah kami!
Mana taknya gaya kami berjalan turun tu mengalahkan pengantin yang baru turun dari pelaminan pula. Tapi ini versi dah ada anak.

Tokma datang menerpa kepada kami.

"Kamu berdua buat apa lama sangat kat atas tu? Majlis dah nak mula ni. Nasib baik Haq suruh tunggu kamu berdua turun baru langsungkan. "

Aku sudah tersipu malu.
Tapi Putra hanya tayang muka selambanya saja.

"Dah, pergi duduk. Haih berjalan mengalahkan pengantin baru pula dah."
Bebel tokma seraya kembali duduk di tepi Aulia. Aku mengambil tempat di sebelah kanan Aulia dan menyapanya dalam diam.

Aku memberi dia semangat sedikit. Nampak sangat dia berdebar tu!

Kelihatan Haq sudah berjabat tangan dengan tok kadi disaksikan dengan beberapa orang saksi dan juga berwalikan bapa saudara, abang kepada arwah ayah Kak Lia. Mujur saja dia senang dipujuk untuk datang walaupun terpaksa meninggalkan ternakan dan kebunnya di kampung.

Di sebelah tokma pula, mak saudara Kak Lia yang dipanggil Mak Long Dhiah sudah tersenyum menyaksikan semua itu. Mungkin gembira kerana anak saudaranya akhirnya bersuami dan akan dijaga dengan baik.

Akhirnya mereka sudah pun bergelar suami isteri yang sah. Tangan ditadah untuk bacaan doa.

Terketar-ketar tangan kak Lia apabila Haq menyentuh tangannya untuk memakaikan cincin dijarinya. Aku hanya tersenyum puas kerana akhirnya ada yang akan jaga dan uruskan makan, minum Haq nanti.

✨✨✨✨

Tepat pukul 11 pagi, tetamu dan juga saudara mara kak Lia dari kampung memenuhi ruang tamu rumah untuk jamuan makan kecil-kecilan.

Tokpa hanya menjemput pekerja di syarikat dia, jiran-jiran terdekat dan saudara mara kak Lia sahaja. Cukuplah, tak nak ramai sangat sebab memang tak buat majlis gah pun.

Atas permintaan Haq juga. Cukup sekadar hebahan pernikahan mereka supaya jiran-jiran tidak lah membuat fitnah nanti.






















✨✨✨✨

Kenapa kita perlu sembunyikan pertunangan dan hebahkan perkahwinan?

Contohnya seperti seorang penyanyi,  Zizi Kirana. Tengok2 dah kahwin! Ehek!!!

Antara persoalan yang selalu timbul di dalam pertunangan ini, adakah dibenarkan syarak untuk mengiklankan atau dihebahkan pertunangan tersebut sepertimana diiklankan majlis perkahwinan atau pun tidak.

Sebahagian ulama’ melihat bahawa menyembunyikan pertunangan adalah suatu yang digalakkan. Ini kerana terdapat sebuah hadis daripada Ummu Salamah R.Anha yang mana Rasulullah SAW telah bersabda:

أظهروا النكاح، وأخفوا الخطبة

Maksudnya: Zahirkan (iklankan) pernikahan dan sembunyikan pertunangan.

Riwayat al-Imam al-Dailami di dalam Musnad al-Firdaus (1/1/27)


✨✨✨✨

Done.

Siapa-siapa yang nak saya promote cerita awak, boleh dm saya tau!

Tengah rajin nak promote ni 😂

Sandaran Cinta DudaOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz