PROMOTE EBOOK 1

456 6 0
                                    

Hai ADMIN SAH Mia Kiff here!!!

Ebook ni bukan dari author tau! Tapi dari Mia Kiff...
Korang berminat boleh wasap je Admin Mia Kiff🥰

KUPUJUK BEKAS ISTERIKU - MIA KIFF

Rm 17, 460+ pages❤️

✨ SINOPSIS ✨

Rumahtangga Zhiyan Dan Batrisyia yang dibina selama tiga tahun, runtuh disebabkan kehadiran orang ketiga iaitu kekasih lama, Zhiyan. Nadira.

"Abang sebenarnya Masih cintakan, Nadira. Abang dah tak boleh tipu diri abang dan tipu Sya lagi. Abang minta maaf sangat-sangat. Abang dah buat keputusan, abang pilih dia dan abang nak kita berpisah. Itu yang terbaik, dari abang terus lukakan hati Sya." -Zhiyan

Hati Batrisyia penuh dengan luka hingga tiada tempat untuk menampung dukanya lagi. Jika ingin sembuh dia harus reda melepaskan Dan menerima ujian terberat dalam hidupnya iaitu penceraian.

"Sya sihat? Lama abang tak jumpa Sya. Sya nampak lain sekarang ni. Sya dah kahwin lain ke? Tahniah, dah berapa bulan kandungan tu?" - Zhiyan

"Terima kasih. Ituler. Tak sangka dengan suami baru boleh mengandung. Sebab suami dulu tu, tinggalkan saya sebab saya mandul. Sekarang lega hati saya, dapat tahu siapa yang mandul sebenarnya. Haha nasib baik kena cerai, kalau tak, tak merasa lah saya jadi ibu." - Batrisyia

Pemergian Batrisyia dari hidup Zhiyan hanya meninggalkan kekesalan Dan kifarah mula mengejarnya. Cukupkah sekadar itu atau Zhiyan masih punya peluang untuk menebus kesalahan nya?

💞

TEASER 1 💋

Nadira senyum bahagia melihat Zhiyan mendukung Aril, anak lelakinya yang berusia 4 tahun itu.

Sungguh pandai lelaki itu melayani ragam anaknya bermain peralatan taman permainan. Gembira sungguh Aril seperti mendapat kasih sayang seorang bapa semula.

Memikirkan itu hatinya berbaur sedih.

Zhiyan yang sedang melayan Aril, perasankan Nadira yang tiba-tiba nampak sedih itu.

"Ira, kenapa ni?" Soal Zhiyan sambil mengucup pipi Aril, anak kecil itu.

"Tak ada lah..." Nadira senyum hambar.

"Jangan macam ni, bagitau la saya. Saya ada buat salah ke dengan awak?"

Nadira geleng lihat wajah risau Zhiyan. Sifat prihatin lelaki ini sama seperti dulu. Tak pernah berubah.

"Tak ada lah, awak baik. Baik sangat."

"Habis tu?"

Nadira tak dapat tahan air mata. Mengalir sendiri.

"Awak, jangan macam ni. Kenapa menangis? Saya rasa bersalah. Please..." Rayu Zhiyan. Wajah ayu itu ditatapnya risau.

"Tak, saya okey. Saya bukan apa, saya terfikir yang... Kalau saya tak tinggalkan awak dulu, tentu sekarang awak lah ayah pada Aril. Kita mesti tengah bahagiakan? Saya dah buat silap besar dalam hidup saya. Kerana tersalah pilih jodoh, anak saya jadi mangsa. Sebab lukakan hati awaklah saya dapat kifarah dosa saya. Perkahwinan saya penuh derita dan tipu helah..." Nadira mengesat air matanya.

Zhiyan renung sayu wajah yang cantiknya tak pernah berkurang itu. Dipegang muka Nadira.

Dikesat air mata yang mengalir di wajah jelita itu. Saat mata bertentang, perasaan cinta yang pernah dikongsi dan diletak ke tepi, kembali dirasai semula.

"Jangan salahkan diri awak. Itu semua suratan takdir. Yang penting, awak dah lepas dari lelaki jahat macam tu. Saya akan ada disisi awak, okey? Kalau ada apa-apa masalah, share jer dengan saya Dan saya akan bantu awak..."

Sandaran Cinta DudaWhere stories live. Discover now