Bab 19

14.1K 400 3
                                    

-Izzmadihah-

Aulia POV.

"kau tahu tak kenapa kau disini?"

Eh mamat ni, kalau aku tahu tak ada lah aku melalak je kena kurung! Rasa nak bagi penampar je sebijik kat muka tak berapa hensem dia ni.

"kau pekak ke?" jerkahan itu membuatku terperanjat.

Aku senyap dan sengaja menyakitkan hati dia. Biar dia cakap sorang-sorang je.

"takpe lah, aku tahu mesti kau tengah beremosi sekarang ni. Kena culik, kena kurung. Kakak kau pula menghilang entah kemana. Kau ibarat burung patah sayap je sekarang ni. Burung yang tak ada hala tuju."

Mata tajam si lelaki aku tatap dengan penuh amarah. Tangan digempal erat. Andai aku kuat sekarang memang mati dia aku kerjakan.

"kau nak apa, hah! "

Suara aku sudah serak bertanya hal sama. Semua ini ada kaitan dengan kakak aku ke?

"sekali lagi aku tanya, mana kakak kau?"

Lelaki itu berdiri dan bersandar di meja tepi katil Aulia duduki sambil tamgan diletakkan dalam kocek seluar. Berdiri ala-ala model iklan.

Ingat kacak ke? Nak je aku sound dia setepek. Tapi aku senyap je.
Aku tanya tak jawab pula. Asyik tanya mana kakak aku pula?

"kau tahu tak kakak kau dah buat masalah dengan aku. Tapi dia lari sembunyi entah kat mana pula. So sebagai ganti, aku ambil lah kau. "

Aku tengok dia dengan pandangan menyampah. Tak habis-habis senyuman sinis tu terbit dibibir.

Kaki itu berdiri di depan aku. Aku tunduk dan menghiraukan pandangan dia. Tak selesa betul.

"aku bukan nak sangat kau jadi pengganti dia. Tapi aku hanya nak tengok sejauh mana dan selama mana dia nak sembunyi. Pasti sekarang dia gelisah sebab kau tak ada dirumah. Kau agak-agak dia cari kau tak?"

Dia tunduk dan duduk di depan aku. Jarinya mula menyentuh rambutku yang terdedah. Tudung aku entah ke mana dia buang. Aku berpaling ke tepi. Tak ingin biarkan dia menyentuhku. Dasar jantan gatal tangan tak duduk diam. Mulut asyik pot pet je kerja.

"kau tak macam dia. Dia kasar tapi kau lembut. Dia jahat kau baik. Dia licik macam ular tapi kau.... " dia berhenti sejenak.

"baik macam kancil"

Aku rasa nak gelak je sekarang. Dia tak tahu ke kancil pun boleh jadi licik juga. Kalau tak mengenangkan aku kena kurung memang dah lama dia ni lenyap dari dunia. Tapi siapalah aku.

"dia takkan cari aku. Sia-sia je kau culik dan kurung aku kat sini. Aku bukan ada makna pun bagi dia. Aku ni menyusahkan hidup dia. Sekarang kau pula nak susahkan diri kau kurung dan jaga aku kat sini. Buang masa je."bidasku.

Nak nangis pun ada ketika ini. Takkan pernah ada orang yang cari aku. Bagi kak Mel, aku lenyap dari dia lagi baik.

Lelaki itu kulihat senyum manis tapi seram. Entah apa yang difikirkannya. Perlahan dia membawa diri keluar dari bilik.

Fuh, lega. Psiko juga jantan ni!

.........

"atuk nak apa lagi? "

Hampir saja suara ditinggikan tapi masih sabar. Tak faham betul dengan atuknya itu.

"atuk nak kamu bertindak cepat! Kenapa kamu slow sangat ni! Hiraukan je perempuan tak guna tu! Biarkan je dia. Tanpa dia pun kita boleh buat kerja, kan? "

Dia mendengus marah. Tangan terkepal menahan geram. Atuknya memang tak faham bahasa.

" atuk nak Rio hiraukan dia? Plan kita berbeza tuk, atuk nak bunuh musuh atuk! Tapi Rio nak bunuh orang yang dah hancurkan plan Rio. "

Tenang je dia menjawab.

"plan kita tak sama, tuk. Dan takkan pernah sama. Rio tak nak ada kaitan langsung dengan plan atuk. Atuk yang mulakan semua ni, so atuk uruskan sendiri ye. Langsung tak ada kaitan dengan Rio. "

"Rio, kamu kena ingat! De'Rio takkan pernah jadi sehebat itu kalau bukan atuk yang mulakan dulu!"

Rio ketawa mengejek. Bila dah berjaya boleh pula mengungkit.

"atuk salah. De'Rio jadi hebat sebab Rio yang uruskan. Kalau ikutkan perasaan melulu atuk, De'Rio dah lama lingkup. Segala aktiviti De'Rio akan pecah ke tangan musuh. Atuk jangan lupa, siapa yang bangunkan De'Rio balik selepas atuk lepas tangan dulu. So atuk dah tak ada hak terhadap De'Rio lagi. Jadi hal atuk, hal atuk. Hal Rio, takde kaitan dengan atuk, okey? "

Belum sempat atuknya menyambung, dia terus menutup panggilan. Tadi dia terpaksa meninggalkan gadis itu untuk menjawab panggilan atuknya.

Kalau bertengkar dengan atuknya memang ke esok tak selesai. Ada je hal lama nak dibangkit.

Sekarang fokusnya hanya mencari Miranda Melisa. Perempuan ni dah lama sembunyi tanpa khabar.

"Agaknya adik kau memang tak ada makna untuk kau. Lagi senang urusan aku. Kau bunuh kesayangan aku, aku jadikan adik ku tebusan. Permainan ini sangat menyeronokkan. Aku tak sabar nak bermain dengan kau. "

Jangan di cabar seorang Ahmad Hariz Rio. Cucu pembunuh yang  tak insaf-insaf, Tan Sri Allen Rio.

Allen Rio bukan Islam, tapi memandangkan ibunya, anak tunggal Allen Rio, Amanda Rio atau nama Islamnya, Nur Amanda Rio Abdullah berkahwin dengan papanya, Dato' Hamdan yang merupakan jutawan yang beragama Islam.
Maka dia seorang Islam.
Tapi perangai Nauzubillah.












I know this story berbelit-belit. Hahahahaha. 

Sandaran Cinta DudaWhere stories live. Discover now