Bab 52

9.1K 310 12
                                    

Putra memaut tangan isterinya sebaik kaki melangkah masuk ke dalam perkarangan rumah mewah Dato' Adlan, ayah kepada Aidit yang merupakan clientnya.

"Putra, sampai pun kamu. " sapa Dato' Seri Adlan diikuti Datin Seri Amena dibelakangnya.

Humaira sudah terpana dengan pesona Datin Seri Amena yang mungkin sudah berumur hampir 50-an tapi masih tetap elegen seperti orang muda. Berjubah labuh dengan manik-manik berkilauan dan selendang yang melilit kepala tapi menampakkan leher, gaya trend terkini, bertudung tapi nampak leher dan tidak menutup aurat dengan sempurna.

"Jom masuk, majlis dah nak mula ni" ajaknya mengiringi Putra dan Haq ke ruang tamu.

Humaira dan Aulia pula mengikuti langkah Datin Seri Amena ke ruang makan. Mereka melabuhkan punggung di atas karpet berbulu tebal, kehadiran Aila disambut dengan senyuman manis.  Walaupun mereka kaya tapi Ira akui mereka tidak sombong dan bongkak.

Dia sudah tahu ini rumah Aidit, tapi melihat muka Aila yang hampir mirip dengan Aidit sedikit membantutkan keinginannya untuk berbual mesra. Hanya menyapa dan berbual biasa saja. Selebihnya dia hanya diam dan bercakap dengan Aulia je.

Majlis bacaan doa dan tahlil dimulakan...


✨✨✨✨


"Makan lah, jangan segan-segan." teguran dari Datin Seri Amena yang ramah itu dibalas dengan anggukan dan senyuman nipis oleh Ira.

Dia menarik tangan Aulia yang banyak berdiam diri kerana segan dan malu itu ke bawah khemah, disitu terlihat kelibat Putra dan Haq sednag berbual santai dengan Aidan.

Tidak nampak pula kelibat Aidit. Tadi pun selepas dia nampak kelibat Putra yang turut menyertai majlis di rumahnya, dia terus naik ke bilik kerana marah.

Tak sangka pula Putra, Ceo Aman Offshore (M) Sdn Bhd juga turut diundang ke majlis ini. Siapa je tak kenal syarikat perkapalan terkenal itu dan syarikat papanya juga merupakan salah sebuah syarikat yang bekerjasama dengan syarikat gah milik musuhnya itu. Adakah itu kebetulan atau takdir?

Dari balkoni bilik dia melihat ke bawah. Matanya tajam memerhati setiap langkah Ira menuju ke tepi suaminya.
Gigi dikertap menahan marah dan cemburu.

Ira meletakkan pinggan nasi dan lauk pauknya diatas meja tepi tempat Putra duduk. Satu pinggan yang ada kuih-muih  ditarik oleh Putra. Kuih karipap diambil dan dikunyahnya sambil bercakap.

"Abang nak air? " tanya Ira. Risau pula kalau suaminya itu tersedak kuih ke. Naya pula.

Ira berjalan ke arah air minuman dan mengisi air ke dalam gelas.

"Nah air. " dia meletakkan gelas berisi air di depan Putra dan fokus kepada makanan di depannya.

Putra dan Haq yang baru sudah makan tadi hanya memerhati gelagat isteri masing-masing yang sedang melahap makanan. Langsung tak menghiraukan tetamu sekeliling.

Aidan pula hanya tersenyum nipis. Dia seorang je tak berteman. Cemburu ke?

"Itu lah dulu aku suruh mengorat budak perempuan tu tak nak. Malu lah itu lah apa lah. " usik Haq bila nampak Aidan melihat layanan Aulia kepadanya. Kesian single!

"Engkau ni. Entah-entah dia dah kahwin pun. "

"Mana kau tahu? Kalau dah kahwin mesti dah post gambar kahwin dalam instagram kan? "

Aidan mengangkat bahunya perlahan. Terus dia teringat crushnya semasa zaman belajar dulu. Tapi itulah, budak perempuan tu tak pandang pun dia.

Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi.

"Mana adik kau? "tanya Putra pula. Lepas je majlis bacaan doa dan tahlil atas rumah tadi, terus dia tak nampak Aidit. Hilang pula.

"Ada lah tu dalam bilik, dia jarang berbual dengan orang. Suka buat hal sendiri. "

Eh playboy pun Introvert ke?

"Ke sebab tak nak jumpa dengan aku? "

"entah" nampak sangat Aidan malas ambil tahu pasal adiknya itu.

Ira pula hanya senyap makan, malas ambil tahu pasal lelaki tu. Buat apa? Dah ada suami, peduli pasal suami je lah. Buat apa pandang lelaki lain kan?

"Putra. " teguran seseorang dari belakang membuatkan Putra menoleh ke belakang. Terus dia bangun bila melihat Dato' Seri Adlan berdiri disitu, Aidit juga ada di tepinya.

"Kenalkan anak kedua saya, Aidit. Dia lah yang akan mengambil alih syarikat saya. Sekligus akan handle urusan projek kita bersama nanti. "

Putra hanya menayangkan senyuman sinis. Suka melihat wajah cemberut lelaki itu.

"Dato Noah Putra. " tuturnya memperkenalkan dirinya seraya menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Aidit.

Biar dia kenal dengan siapa dia cara pasal sekarang! Setakat budak mentah macam ini, sekali jentik je!

"Aidit. " sebentar saja dia menjabat tangan Putra.

"Moga kita dapat bekerjasama dengan baik lepas ni. " ujar Putra dengan senyuman meleret. Sengaja dia ingin menduga Aidit.

Aidit hanya mengangguk. Rasa tercabar pula! Dia melihat Ira yang tunduk makan di sebelah Putra. Ira langsung tak tengok muka dia.

"Dah kenal kan? Aidit masuk dulu. Ada hal! " pamitnya seraya berpaling dan masuk ke dalam rumah.

Sombong!

"Maaf lah, anak saya tu memang jarang bercakap dan berbual dengan orang. Kalau bercakap pun tak lama. Suka buat hal sendiri. "

Anak buat hal, ayah pula yang kena minta maaf. Dasar!

"Tak apa. Nanti bila dah kenal lama,  okey lah kami. "

Macam Aidan, dulu dia jarang juga bercakap dengan Aidan. Tapi bila dah lama kenal, dah banyak kali jumpa boleh 'masuk air' sama-sama.




























✨✨✨✨



Kelmarin dah mula kelas,  so author tak update sbb idea hilang maklumlah tercampur dgn study 😂


Btw, final year student. Goodluck!
Untuk pelajar lain pun goodluck!

Goodluck untuk semua laaaaaaaaaaaa

Nanti tunggu story pasal Aidan pula! Hehehehehe.....

Sandaran Cinta DudaWhere stories live. Discover now