Bab 49

8.9K 348 13
                                    

Humaira pov.

Aku terus memeluk tubuh suamiku yang baru saja masuk ke dalam rumah dengan wajah yang cemas. Haq pula hanya tersenyum dan berbual-bual dengan Kak Ja.

"Sayang okey? "

Sempat lagi dia membelek keadaan aku dengan matanya, takut terjadi perkara yang tak diingin atau dicederakan walhal kami selamat saja.

Kami bersama duduk di sofa dan melihat kotak yang dipegang Haq. Dia mengeluarkan isi yang berada dalam kotak dan diletakkan di atas meja.

Tanpa teragak-agak Haq membuka bungkusan plastik berwarna maroon dan terserlah sekeping gambar milikku, gambar ketika aku belajar di Singapura dulu.

Gambar candid yang diambil oleh seseorang ketika kami mula-mula bercinta dulu.

"Aidit. " tanpa sedar nama itu terlepas dari bibirku.

Semua memandang aku dengan perasaan ingin tahu.

Aku mengambik gambar itu dari tsngan Haq dan aku menggoyangkan tanganku.

"Ini gambar candid yang Aidit ambil masa kami berkawan di Singapura dulu. Kalau tak silap masa tu Ira dah buang dan bakar semua gambar dengan dia termasuk gambar ni pun Ira dah buanv dari galery phone. Hanya dia je yang ada gambar ni. "

Buat apa nak simpan gambar kenangan dengan orang yang tak tahu menghargai kan? Lebih baik ciptakan sebanyak mungkin kenangan dengan yang pandai menghargai kehadiran kita dalam hidup dia.

" Kau uruskan hal ni. " arah suami aku kepada Haq.

Haq bangun menjawab panggilan yang diterimanya.

"Jadi dia yang hantar benda ni ke? Dia yang intip sayang ke haritu? "

"Ya. "

"Abang dah tahu? Kenapa tak bagitahu sayang? " ujarku dengan muka sedih. Sampai hati, selama ni teka-teki aku betul!

"Abang baru tahu je sayang. Aidan, abang kepada Aidit tu kawan Haq. Haq ada bagitahu yang Aidan cerita pada dia, Aidit tengah menggila sekarang ni sebab terkejarkan sayang. Entah apa yang dia tak puas hati lagi, nak ganggu kita. "

Aku kepal tangan membentuk penumbuk. Geram pula dengan perangai jantan tu! Tak habis-habis buat hal, tak boleh move on ke? Dah tinggal orang sibuk terkejar lagi macam itik serati! Eh tiber...

"Bos. "

Haq memberi isyarat untuk bercakap secara tertutup dengan Putra.

Mereka meninggalkan aku dan Kak Ja menuju ke luar rumah, mereka berdiri di tepi kolam renang dan mula berbisik.

Aku terus menepuk perlahan paha Hayden yang mula merengek, sedikit terganggu tidurnya.

Aku mengalunkan zikir dan selawat di tepi telinga Hayden seraya mendodoikannya.

Mata aku masih terkebil-kebil memandang Kak Ja yang meninggalkan aku menyertai perbualan Haq dan suamiku.

Kenapa mereka tak ajak aku sekali? Nak merajuklah macam ni!

Kak Ja kulihat terangguk-angguk disitu. Tekun mendengar apa yang suami aku katakan.

Kenapa eh? Apa yang mereka cakap ni? Tertanya-tanya pula aku.

✨✨✨✨

Aku keluar dari bilik air lepas cuci muka. Aku berjalan ke meja solek dan mula mengoleskan serum ke mukaku. Night cream aku calitkan sedikit demi sedikit pada seluruh muka. Aku menepuk sedikit wajahku yang lembap dan segar ini.

Putra yang masuk ke dalam bilik aku pandang sekilas melalui cermin. Dia kulihat masuk ke dalam bilik air selepas membuka bajunya menampakkan dada bidangnya.

Aku yang baru duduk di atas katil melihat langkahnya yang sedang memakai baju, rupanya dia baru siap mandi.

"Awak mandi malam-malam? "

"Kenapa? "aku tengok mukanya yang blur.

"Elakkan mandi malam, mandi petang lah. " nasihat aku seraya mengalihkan sedikit tubuh Hayden yang berguling tidur di atas katil saiz king kami.

Risau pula nak letakkan dia seorang diri dalam bilik bayi tu. Buatnya ada penceroboh masuk, culik pula anak aku memang sasau aku mencari! Nauzubillahminzalik! Mohon dijauhkan.

"Jarang-jarang je abang mandi malam. Duk berkurung dalam bilik kerja tadi, badan rasa letih. Mandi dapat segarkan badan. "

Aku bukan apa, dah pukul 11.00 malam kut. Orang tua-tua dulu cakap elakkan mandi malam katanya paru-paru berair. Tapi aku tahu mungkin ada sebab lain tu.

"Sayang, esok kita balik rumah tokma dulu ye. "
Aku melihat dia yang baru saja duduk atas katil, tangannya ligat menarik selimut membaluti tubuhnya.

"Abang tak kerja ke esok? "

"Tak, abang ada hal. Nak jumpa kawan lama dengan Haq esok. Kak Ja pun takkan datang kemas rumah selagi kita tak balik sini. Bahaya. "

Bahaya apa?

Manalah tahu si Aidit tu datang otak mereng dia tu kang, cedera pula orang sekeliling Putra.

"Dah tidur. Abang kena bangun awal esok."

Eh eh aku pun kena bangun awal juga! Nak masak sarapan pagi, mandi dan siapkan Hayden sekali dengan bapaknya pula tu! Nak kemas baju pula! Eh tak banyak pun! Tapi cukup buat aku penat pagi esok.

Kalau nak muka segar dan bermaya perlu tidur sebelum pukul 12 malam, kalau makan malam pun elakkan makan makanan berat. Barulah tak gemuk!




















✨✨✨✨

Satu lagi nak pesan!

Stop body shaming orang! Saya dengar banyak berita body shaming, viral kat media sosial.

Cuba fikir perasaan orang yang kena body shaming tu, mesti keyakinan diri dia down sangat!

So please letakkan diri anda di tempat mereka. Tak kisah kurus macam lidi ke gemuk macam apa ke! Stop body shaming orang!

Semua orang tak sempurna, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Jadi jangan pernah anggap anda sempurna dari segala segi!

Nasihat atau bagi tips boleh tapi jangan sampai sakitkan perasaan mereka! Mereka juga ada hak nak bernafas dengan tenang tanpa cemuhan!

So terima mereka seadanya.

Ikhlas dari author! Ehehekkk

✨✨✨✨




Done bebel!











Sandaran Cinta DudaWhere stories live. Discover now