Bab 36

10.6K 390 5
                                    

Putra menghempaskan tubuh di atas sofa menghilangkan keletihan yang bersarang dalam tubuh.

Dia melilaukan mata mencari Ira tapi tiada pula kemunculan isteri tersayangnya itu. Selalunya setiap kali dia balik Ira pasti berada di ruang tamu, tak pun di kerusi tepi kolam.

Harini sunyi dan sepi je rumah.

"Putra dah balik? " teguran tokma dibalas dengan anggukan dan senyuman mesra.
Dia terus menyalam tangan tua milik neneknya itu.

"Mana Ira dan Hayden tokma? "

"Tadi Ira bawa Hayden naik, meragam semacam je Hayden hari ini. Ira tengah ulit dia tidur rasanya dekat atas."

"Tokpa pula mana? Putra ada hal nak bagitahu tokma dan tokpa ni. "

Duduknya dibetulkan sedikit menghadap ke arah tokmanya yang duduk di sofa tepi.

"Hah ada apa tu? " kemunculan tokpa dari dapur mengejutkan mereka.

"Hish mengejutkan kami saja. Abang dari mana ni? "
Amboi dah tua pun sweet berabang tokma ni!
Putra pula tersengih-sengih dari tadi.

"Haih abang ada je duk kat taman tepi kolam tu! Dengar nama kena seru je terus keluar"

Tokma hanya menjeling. Kalau dah cakap kat taman tu apalagi, tak lain tak bukan duk membelek kertas kerja syarikat lah tu. Kat situ udara segar, cantik mata memandang. Tenang je nak buat kerja tak ada gangguan langsung.
Tua-tua pun larat nak uruskan hal syarikat sedangkan Putra sudah mengambil alih syarikat miliknya. Nak harapkan siapa lagi kalau bukan Putra, cucu menantunya.

Kedua-dua anaknya pun sudah tiada, tinggallah satu-satunya cucu mereka, Humaira. Pewaris dan satu-satunya harta mereka.

"Hah macam mana dengan kes arwah? Ada apa-apa perkembangan ke? "

"Putra dah jumpa dengan Inspektor Hariq, kawan Putra yang berkhidmat di situ. Dia yang akan ambil alih kes ni. Katanya ada beberapa kecurigaan pada siasatan tahun lepas. Seolah-olah ada yang bersubahat sembunyikan bukti sebenar. "

"Maksud kamu dalam kalangan polis penyiasat, ada yang cuba sembunyikan kebenaran? "

Putra hanya mengangguk mengiakan pertanyaan tokmanya.

"Tokma dah agak! Mustahil tiada bukti sedangkan pisau tu dijumpai. Macam mana boleh kata tak ada cap jari dijumpai! "

Tokma dah mula marah! Mana taknya, dia teringat tahun lepas polis terpaksa menutup kes pembunuhan itu atas sebab tiada bukti kukuh. Pisau sebagai senjata yang digunakan suspek dijumpai tapi tiada langsung cap jari. Katanya suspek buat perancangan rapi. Mungkin memakai sarung tangan ketika memegang alat tajam itu.

"Putra dapat rakaman dari CCTV dalam rumah tu dari seseorang. Jelas dalam CCTV tu suspek tak pakai sarung tangan pun pegang pisau. Tapi polis penyiasat cakap tak ada cap jari di pisau. Maknanya ada dalam kalangan mereka cuba hapus bukti tu. "

"Bukan ke kamu cakap rakaman pada masa tu tiba-tiba hilang?"

Patut ke dia bagitahu Tokpa tentang Rio? Mungkin belum tiba masanya.

"Memang hilang. Haritu ada seorang lelaki ni jumpa Putra dan Haq,  dia bagi pendrive pada kami. Bila kami buka pada laptop memang jelas suspek disitu. Suspek pun kawan kepada arwah. "

"Kami tak pernah pula kenal perempuan tu. Betul ke dia kawan Hani? "
Tokma mula curiga. Dia tahu semua kawan Hani selama ni. Tapi tak pernah pula tahu Hani berkawan dengan Melynda.

"Putra tak tahu mereka jumpa kat mana dan macam mana mereka kenal. Tapi Melynda mengaku dia bunuh Hani sebab dia nak miliki Putra. Dia cemburu dengan Hani. Dia cuba pisahkan kami tapi Hani masih setia dengan Putra. "

Tak pula dia cerita pasal pertama kali Melynda melihat dan berjumpa dengannya dulu.

Boleh dengar suara Putra dah berubah. Sebak.

Tok ma mula beristighfar.

" Sekarang ni Putra tengah cari bukti siapa lagi yang terlibat dalam perancangan bunuh ni. Putra yakin Melynda tak mampu buat semua tu seorang diri. Dia tak pasti mampu sogok duit pada polis yang tak amanah menjalankan tugasnya tu. Pasti ada orang lain yang bantu dia."

Tokpa mula termenung, rasanya dia tahu siapa. Sebab orang itu sudah lama berdendam dengannya. Mungkin orang itu cuba membuat dia derita dengan kehilangan cucunya.

"Tokpa tak pasti pasal hal ni. Kamu ingat lagi tak tentang musuh lama tokpa dulu? "
Putra berkerut sejenak dan dia mula mengangguk bila mengingati hal itu.

"Kemungkinan dia terlibat sama. Tokpa hanya buat kesimpulan saja. Mungkin dia gunakan Melynda untuk capai apa yang dia nak. Lagipun dia pernah cakap dulu yang dia takkan biarkan tokpa sekeluarga bahagia. Dia akan buat tokpa hilang orang yang tokpa sayang. Bermula dengan arwah papa dan mama Ira, arwah mommy dan daddy Hani. Sampailah arwah Hani."

Tokpa mula mengimbas kembali.

"Dulu semasa arwah mama dan papa Ira pergi bercuti sekali dengan mommy dan daddy Hani, mereka kemalangan dan seolah-olah kemalangan tu dah dirancang. Polis pun cakap kemalangan tu punca dari jalan yang licin di selekoh tu. Nasib baik cucu-cucu tokpa selamat. Tapi tokpa penasaran juga, kalau licin kenapa tiada kesan tayar yang terseret pada jalan? Sampai sekarang tokpa takkan boleh lupa semua tu"

"Kebetulan tempat tu tak ada CCTV pula. " jelas terpancar riak kecewa pada wajah tua itu.

Suasana mula berubah. Tokma turut menahan sebak dalam hati. Rindu kepada dua orang anak lelaki mereka.
Papa Ira dan daddy Hani adalah anak mereka, tapi kedua-duanya meninggal bersama semasa merancang bercuti ke Langkawi beberapa tahun lalu.

"Putra akan siasat kes tu juga. Tokpa dan tokma jangan fikirkan lagi. Kita redha dengan pemergian mereka, terima ketentuan Allah. Putra yakin siapa je yang buat kerja jahat pasti akan ditangkap. Putra nak hak mereka terbela. "

Tanpa mereka sedari sepasang telinga sedang mendengar dari sebalik dinding yang memisahkan ruang tamu dan tangga bahagian atas.

Dia mula tersedu-sedan mendengar kenyataan sebenar.






















✨✨✨✨





Banyak kes pula dia kena siasat!
Makin membelit otak author buat chapter ni 😂

Sandaran Cinta DudaWhere stories live. Discover now