Bab 18

14.6K 472 10
                                    

-izzmadihah-

Ira mengambil tempat di sofa depan tv bersama Hayden namun matanya melihat kelibat suaminya yang sekejap keluar dari bilik kerja menuju ke bilik, sekejap turun menuju ke bawah, mungkin ke dapur.

Sejak beberapa hari ini, dia perasan yang suaminya sedikit sibuk. Namun dia pun tidak mahu mengganggu lelaki itu.

Hayden mula menguap tanda mengantuk, lalu muka di sembam elok ke dada Ira. Mata mula tertutup perlahan dan lelap. Ira hanya tersenyum sendiri melihat telatah anaknya yang mudah tidur.

"Hayden dah ngantuk ye?"dia berbicara perlahan. Jarinya perlahan mengelus rambut lebat Hayden.

"Jom masuk bilik, dear! "
Dia mula bangun perlahan dan menggendong Hayden menuju ke bilik.

Letak saja di atas katil, si kecil mula menggawangkan tangan namun dia menepuk lembut paha si kecil.

Matanya memandang pintu bilik. Entah kenapa dia sangat berharap suaminya datang melihat keadaan dia dan anaknya walaupun sebentar. Dia menghela nafas berat.

'dia sibuk, Ira. Jangan ganggu dia'
Separuh akal menghalang, separuh lagi memberontak.

Akhirnya dia pun cuba untuk lelap bersama si kecil. Tubuh itu didakap erat bagai tak nak lepas.

Tubuh sengaja direbah di sisi katil. Setidaknya tiada ruang untuk si suami tidur di sebelahnya. Hanya ada ruang di sebelah Hayde sana. Hayden sengaja di letak di tengah.

Waktu ini lah dia berperang dengan hati sendiri.

'Kau nak merajuk ke Ira? Dia nak pujuk ke kau? '

Haish!

Dia terus bangun menutup lampu bilik, hanya cahaya dari lampu meja saja menerangi ruangan bilik sekarang.

Mata terkebil-kebil ke arah syiling. Cuba mententeramkan hati yang gundah kini.

.....

Putra masuk ke bilik. Sunyi.

Dia berjalan terjengket-jengket supaya tidak mengejutkan dua insan yang sedang tidur pulas itu.

Pintu tandas dibuka perlahan dan muka dibilas untuk menyegarkan matanya yang kuyu ketika ini. Disapu pula dengan tuala bersih. Janggutnya yang nipis digosoknya.

Malam ini dia terpaksa mengendahkan isteri dan anaknya untuk menyelesaikan kerjanya yang bertimbun sejak dia berkahwin.

Honeymoon pun di rumah saja memandangkan ada misi yang perlu dia laksanakan tak lama lagi.

Dia ingin berbaring di sebelah Ira tapi ruang sangat sempit. Akhirnya dia mengangkat Hayden dan menidurkannya di dalam katil khas yang terletak sebelah katil.

Baru selesa dia tidur. Kalau tak peluk 'bantal peluk' dia tu memang tak lena  tidur.

Haruman dari rambut si isteri membuai dirinya. Diciumnya berulang kali pun tidak puas.

'Goodnight dear'

.........

"Bodoh!"

Raungan seorang wanita memenuhi ruangan bilik gelap yang hanya diterangi cahaya malap.

"Hidup menyusahkan aku, sampai sekarang pun menyusahkan aku! Kau ambiklah dia, aku tak kisah pun! Ha ha ha ha ha ha... " seketika dia ketawa seketika dia marah.

"Kau ingat kau boleh hentikan aku kalau jadikan dia tebusan? Aku tak hairan pun dengan dia. Kalau mati lagi bagus!"

Kakinya dihentak ke lantai dengan kuat melepaskan geram yang terbuju di hati.

Hatinya sakit bila pulang saja ke rumah, dia melihat rumahnya kosong dan sunyi. Turut ada sebuah kertas sebagai pesanan.

Dinding yang tertampal dengan gambar musuhnya itu direnung tajam.

"Pengecut! Tak dapat aku, adik aku pun kau rembat!"
Dia melorot jatuh dan duduk bersandarkan dinding. Jarinya ligat mengusutkan rambut sehingga kulit kepala merasa sakit.

Dia mula menangis. Dalam marah, dia teringat raut adiknya yang ceria. Bahkan jika ke dapur sekalipun, pasti termgiang-ngiang suara adiknya sedang memasak sambil menyanyi di dapur.

"Kau menyusahkan aku, Aulia. Kenapa kau selalu menyusahkan aku! Dari kecil sampai kau besar, apa-apa urusan aku pasti kena mengena dengan kau. Dahlah lembik, bodoh pula tu! "

Tak habis-habis dia mengutuk si adik. Sekejap dia marah, sekejap dia menangis. Emosinya tak stabil ketika ini.






Jangan lupa vote!

Sandaran Cinta DudaWhere stories live. Discover now