Bab 41

10.8K 381 18
                                    

"Bila nak kahwin? "

Dia tergamam lagi...
Erk salah ke aku tanya? Aku hanya nak tahu je!

Terhenti tangan Aulia yang sedang membasuh pinggan itu dengan air paip. Aku tahu aku gelojoh nak tahu tentang hubungan mereka.

"Kami baru kenal, Ira. Lagipun encik Haq tu jarang sangat tegur Kak Lia. "

Aku dah agak! Haq memang bermasalah kalau melibatkan wanita. Walau pun dia suka seseorang memang dia jarang meluahkan. Ego tinggi melangit.

Tapi aku faham, mesti Kak Lia kekok lagi sebab baru kenal, aku dengan Putra dulu pun macam tu lah. Siap bergaduh mulut lagi. Bila dah kahwin ni nak bersweet pula.

"Ego betul mamat tu. Haih" gumam aku perlahan.

"Apa Ira? " terus aku mengangkat muka terkejut disoal. Rasanya aku cakap perlahan je.

"Tak adalah kak, Haq tu memang macam tu. Dia takkan meluah sebab dia junjung ego dia tu. Tapi percayalah kak, kalau akak jauh dari dia memang tak duduk diam dia mencari akak. Macam kucing hilang anak nanti. "

"Apa Ira merepek ni. " dia ketawa perlahan.

Aku pandang pula dia yang menggeleng kepala. Dia ingat aku bergurau ke? Mungkin dia fikir aku mengarut tapi tak. Ini kenyataan. Aku dah kenal Haq tu!

"Betullah apa Ira cakap. Kalau tak, kenapa dia suruh orang jaga akak waktu dia sibuk uruskan kes tu hingga selesai? Lepastu, dia jaga akak pula walaupun dia sedikit anti dengan perempuan. Kalau akak nak tahu, dia tu orang yang paling tak suka bercinta dan tak suka buang masa dengan perempuan. Tapi dengan kak Lia, siap bawa jumpa tokma dan tokpa pula tu. "

Pandai tak aku buat andaian? Well inilah Humaira.

"Itu ertinya akak bermakna dalam hidup dia. Walaupun dia tak luah pada akak, dengan perbuatan dia pun boleh tahu. "

Aku terus mengacau air teh panas dalam jag kaca untuk mereka yang berbual di ruang tamu. Selesai mengelap tangannya dengan kain bersih, kak Lia terus menolong aku menatang dulang yang aku letakkan cawan di atasnya. Aku pula keluar dengan membawa jag air kaca dan sepinggan biskut.

Setiap langkah kaki aku dipandang oleh suami aku yang tengah meriba Hayden. Dah kenapa asyik tengok aku. Eh tak Haq pun tengok langkah kak Lia hingga kami meletakkan sedulang cawan, jag air kaca dan juga sepinggan biskut ke atas meja kecil di tengah-tengah sofa.

Aku mengambil tempat di tepi Putra dan Aulia pula duduk di tepi Haq dengan ayu dan segannya. Aku faham maklumlah mereka belum decide apa-apa lagi kan.

"Meh sayang duduk dengan mama. "
Gamit aku seraya menghulurkan tangan ke arah Hayden.

Tapi dia tak layan aku pun. Mentang-mentang lah duduk dengan daddy dia sampai lupa mama dia ya...
Sombong betul anak aku ni.

"Amboi mentang-mentang duduk dengan daddy dah tak nak dengan mama ye. Merajuk kang! "

Mata bulat si comel itu galak menatap aku tapi dia tetap tak berganjak dari riba daddy dia. Aku terus mencubit pipi gebunya dengan kegeraman. Ambil kau!

Aku lihat mukanya berkerut tak suka dengan tanganku yang mengacau dia. Tangannya tergawang-gawang cuba menghalang tangan aku dari terus menyakiti pipinya yang tembam itu.

Ada aku kisah? Esok daddy dia pergi kerja cari aku juga! Dasar anak daddy betul!

"Hish kamu ni Ira. Biarlah dia nak bermanja dengan daddy dia. Dah lama dia tak rasa macam tu. Jangan ganggu dia. "

Teguran tokma buat aku tersengih-sengih. Aku tak boleh jauh-jauh dari Hayden. Aku cemburu kalau dia lebihkan orang lain berbanding mama kesayangan dia ini. Walaupun dengan suami aku sendiri. Pelik kan?

Sepatutnya aku cemburu dengan Hayden sebab suami aku asyik bagi perhatian pada dia. Tapi aku cemburu dengan suami aku pula sebab Hayden asyik melekat dengan dia dari petang tadi.

Akibat terlalu geram dengan suami aku yang asyik berkepit dengan Hayden, aku menarik bulu romanya di lengan hingga dia terus mengaduh dan tajam matanya merenung aku.

"Apa? " sengaja aku buat-buat tak tahu.

"Kenapa tarik? Sakit. "

"Saja" aku tayang pula wajah selamba badak aku ni.

Siapa suruh tarik perhatian anak aku hingga dia lupakan aku, mamanya yang gorgeous ini? Mendapat lahhh...

" Haa kamu pula macam mana? " aku kerling kepada tokpa yang mula fokus kepada Haq.

"Haq bawa Aulia untuk kenalkan pada tokpa dan tokma je."

Sempat lagi berdalih. Bukan tak tahu tujuan utama tokpa. Sengaja je tak nak mengaku yang dia tertarik dengan Aulia. Dasar Haq. Malu-malu pula.

"Apa salahnya kamu mengaku je yang kamu nak peristerikan Aulia ni? " tokma dah serkap jarang dia!

"Umur kamu pun bukannya muda lagi. Dah tua dah. Peringkat umur kamu ni sepatutnya dah ada 3 orang anak tahu tak. Tak payah nak pusing ke sana sini lagi. Kalau nak cakap nak. Kalau tak nak jangan menangis pula kalau dah terlepas ke tangan orang lain."

Haq hanya senyap saja termenung bila mendengar bebelan atau nasihat tokma.

"Aulia... "

"Tokma nak tanya kamu ni, kamu dah berpunya ke sebelum ni? "

Kak Lia hanya menggeleng.

"Haaa tunggu apa lagi? Dua-dua single. Langsungkan je lah. "

Aku pula jadi penyokong.

Aku lihat Haq sudah berpaling ke tepinya menghadap kak Lia.
Muka beku tapi sinaran matanya penuh harapan bertembung pula dengan mata kak Lia.

"Aku tak pandai beromantik, ambil cincin ni. Pakai kalau kau terima aku, kalau tak terima jangan pakai. "

Aku ternganga dan terkejut. Macam tu je? Seriously?

Ni kalau lamar aku memang dah lama aku tendang. Kut ye pun sarungkanlah pada tangan kak Lia. Eh silap mereka bukan mahram.

Dengan teragak-agak kak Lia mengambil juga bekas cincin yang Haq hulur. Dia buka dan tengok sekejap sebelum ambil dan pandang saja.

Dia tengok aku dan aku tersenyum mengangguk. Akhirnya dia sarung juga ke tangannya.

Kami pun mula bertepuk tangan dan meraup muka dengan tangan masing-masing. Syukur bertambah lagi ahli keluarga baru!

"Bila nak langsungkan? " aku dah tak sabar-sabar ni!

"Secepat mungkin."
Aduhai Haq, sepatah orang tanya sepatah dia jawab.
Kenapa susah sangat nak beramah mesra dengan orang?

"Haq tak nak bersanding, cukup acara akad nikah je. Lepastu jamuan kesyukuran dan sesi fotografi. Tu je. "

Kami hanya mengangguk saja. Lagipun jimat duit kalau tak bermegah-megah. Buat yang wajib saja.
Asalkan cukup rukun nikah kira done!






















✨✨✨✨

-Rukun nikah-

SISWA

Suami
Isteri
Saksi
Wali
Akad.

Sandaran Cinta DudaWhere stories live. Discover now