Bab 3

22.7K 872 14
                                    

-izzdi-

Kedengaran bunyi loceng rumah memaksa Tan Sri Khalid yang sedang bersenam di depan laman kebun bunga isterinya yang terdapat di dalam rumah berjalan ke hadapan untuk membuka pintu utama.

Sebaik saja pintu di buka.

"Surprise!!!"

Suara bingit menyambut telinga tua miliknya.

Orang lain sampai je bagi salam, tapi cucunya itu bingit pula membuat lolongan entah apa-apa. Siapa depakan tangan lagu tanda teruja.

"Assalamualaikum..."

Perli datuknya sambil mata ralit melihat cucunya itu terkial-kial memecat kasutnya.

Humaira tersengih-sengih dengan rasa bersalah, akibat terlalu gembira lupa pula dia nak bagi salam.

"Waalaikumussalam tokpa"

Seraya itu dia menyalami tangan tua milik datuknya itu yang selalu di panggil tokpa.

"Kenapa tak cakap kamu nak balik hari ini. Kalau tak, tokpa suruh Pak Lah jemput kamu kat KLIA tu"

Dia membebel sambil matanya memerhati keadaan sekeliling.
Takut juga jika ada yang sedang memerhati dalam diam.

"Haih tokpa ni, dah namanya surprise tang mana pula nak bagitahu"

Humaira mengangkat 2 bagasinya untuk masuk ke dalam rumah agam milik datuknya itu dengan langkah termengah-mengah.

Datuknya ingin menolong pun di halangnya.
Tidak ingin menyusahkan datuknya.

Begitulah sikapnya. Tidak suka mengharapkan pertolongan orang lain. Selagi dia mampu, dia akan buat semua benda sendiri.

Matanya melilau ke segenap ruang untuk mencari kelibat tokmanya. Rindu pula nak dengar leteran nenek kesayangannya itu.

Tan Sri Khalid memanggil isterinya.

Tidak lama kemudian, Puan Sri Maryam keluar dari ruang dapur dengan tergesa-gesa.

"Humaira!"

Lagaknya seperti orang yang menahan kerinduan berpuluh tahun lamanya. Terus badan genit cucunya itu dipeluk erat melepaskan rindu selama 3 tahun gadis itu belajar di Singapura.

Dia melepaskan Humaira bila gadis itu mengadu dia hampir kelemasan.
Erat sangat pelukan tu, nasib tak pengsan cucunya.

"Kamu balik dengan siapa? Kenapa tak bagitahu nak balik harini? Kalau tak, tokma masak sedap-sedap untuk kamu tau"

Sudah!

Bermula lah leteran percuma yang gempak dari neneknya itu. Terpaksalah dia menadah telinganya itu mendengar bebelan yang dia rindui sekian lama.

"Tokma, Humaira balik naik grab je, saja je tak bagitahu sebab nak buat surprise. Terkejut tak?"

Puan Sri Maryam terus menepuk paha Humaira.

"Kamu tahu tak bahaya kalau kamu balik seorang diri. Dah lah kamu tu perempuan. Lain kali tak payah nak buat surprise sangat. Bagitahu je tokma dengan tokpa. Biar Pak Lah yang pergi jemput"

"Tak janji tokma"
Guraunya ingin mengusik hati tua milik Puan Sri Maryam.

Erk.

Humaira hanya mengangguk dan tersengih tanda bersalah.
Lalu dia meminta diri untuk naik ke biliknya setelah tokpa nya menyuruh dia naik ke bilik untuk berehat.

✨✨✨✨

"Dia dah balik."

Putra merenung lama skrin telefonnya setelah membaca mesej yang di terima oleh tokma arwah isterinya.

Sebelum ini tokma pernah beritahu yang Humaira akan balik ke Malaysia setelah tamat belajar. Tapi tak di sangka awal sungguh gadis itu pulang.

'mungkin dia rindu dengan hayden'

' rindu tokpa dan tokmanya'

Duga hatinya.

Semasa arwah isterinya masih ada, pernah juga beberapa kali dia melihat Hani buat video call semata-mata ingin menunjukkan muka anak mereka kepada adik sepupunya itu yang jauh nun di sana.

Humaira pun kelihatan teruja untuk balik menjenguk anak saudaranya itu. Namun, kepulangannya mungkin di selubungi kesedihan.

Putra melihat ke arah katilnya apabila mendengar sedikit dengusan seseorang. Bibirnya mengukir senyuman apabila melihat anaknya, Hayden baru saja bangun dari tidur.

Sangat behave.

Langsung tak menangis .

Bangun saja, mata terus mencari kelibat daddy nya.

Putra melangkah naik ke katil dan mengangkat tubuh montel Hayden dan meletakkannya di atas pangkuannya.

"Esok kita pergi rumah tokma ye! Dah lama tak jenguk mereka."

Dia bercakap dengan anaknya sambil tangan menghalang Hayden yang ingin memasukkan jarinya ke dalam hidung Putra.

Pantang nampak yang berhidung mancung pasti di beleknya.
Haish anak bertuah!

Mukanya di letakkan pada perut bulat Hayden dan di hembus-hembuskan nafas di perut itu. Menggeliat kegelian si Hayden.

.
.
.
.
.
.
.
.
.

Simple bab utk Harini.

Jangan lupa vote😊




Sandaran Cinta DudaWhere stories live. Discover now