bab 8

19K 694 13
                                    

"What!"
Ternaik suara Humaira apabila menerima khabar dari datuknya.

Dia berpaling ke arah tokmanya, kelihatan wajah tua itu mengukirkan senyuman manis dan ikhlas sekali.

Rasanya tak sanggup pula dia nak hampakan harapan mereka. Dari kecil lagi dia dijaga oleh mereka berdua walaupun ketika itu orang tuanya masih hidup.

"Tokpa, Ira masih muda lagi. Takkan lah tokpa nak Ira  yang tak matang lagi ni kahwin. Nanti tak makan pula suami Ira tu"
Dia sedikit membantah.

Umurnya terlalu muda untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri, boleh pula diorang nak kahwinkan dia dengan duda, bekas iparnya itu.

Dia rela pergi sambung belajar jauh-jauh untuk sekali lagi laaa.

Puan Sri Maryam mengelus lembut tangan milik cucu kesayangannya itu.
Wajah penuh mengharap dipamerkan agar hati si gadis cair.

"Kami buat semua ini demi masa depan Ira. Kami takut tak mampu untuk lindungi kamu."

Terdengar keluhan nipis dari bibir tua itu.

"Hidup Ira akan lebih better dengan dia. Lagipun, kami dah kenal hati budi Putra tu."

"Tapi kenapa sampai tahap kahwin, tokma. Ira belum sedia untuk ke arah itu. Ira nak kejar impian untuk buka butik sendiri milik Ira. Masa depan Ira masih panjang lagi"
Katanya dengan keluhan kecil.

Bukan niat untuk melawan tapi, dia tidak suka dikongkong dan di arah sesuka hati. Kalau boleh dia nak tentukan sendiri hidupnya.

Tak nak bagi orang lain masuk campur soal kehidupan dan masa depannya.

Tapi apa boleh buat itu demi kebaikan dia jugak.

"Ira, Hayden masih kecil. Dia perlukan kasih sayang dari seorang ibu. Dan kami yakin hanya kamu layak jadi ibu Hayden. Kami tengok cara layanan kamu. Kamu sayang sangat dekat Hayden. Kamu nak ke anak saudara kamu sendiri kena dera oleh mak tirinya yang tak tahu asal-usulnya nanti?"

Sengaja memancing perhatian Ira.

Sebenarnya, buka hal Hayden yang perlu diberi perhatian ketika ini. Tapi nyawa Ira yang perlu dilindungi.

Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali. Cukuplah kehilangan semua kehilangan dia hadapi, sekarang dia tak nak semua itu berulang lagi.

Dia tak kuat, dia takut.
Takut untuk rasa kehilangan lagi.

"Tokma, tak semua perempuan kat luar sana tu suka dera anak tiri. Ada je yang baik dan penyayang. Kalau si bapa pandai pilih isteri, insyaallah baik je anak tu terjaga."

Dia memang nak bantah sekeras-kerasnya juga.
Baginya di usia muda, tak pernah terfikir nak pegang tanggungjawab seorang isteri dan ibu 'segera'.

Diri yang tak matang dan selalu main-main dalam buat sesuatu hal ni ingin dijodohkan dengan bekas ipar sendiri? Tak logik.

Tapi itu yang berlaku sekarang.

Resah dan gundah dalam hati tak boleh di sembunyikan lagi.

"Memang ada yang baik, tapi si bapa tu pilih kamu. Bukan orang lain."

Si nenek juga tak nak kalah.

Tan Sri Khalid tidak menyampuk, matanya hanya fokus pada berita yang ditayang dal televisyen dari tadi.

Alah, hal berdebat ni bagi pada kaum perempuan je. Lelaki tak kuasa nak layan😂
Baik buat hal sendiri.
Nanti kalau dia menyampuk, tak pasal kena tengking pula dek isterinya itu.

"Keputusan tokma muktamad!"
Puan Sri Maryam bangun.

"Kalau Ira sayang tokma, tunaikan hasrat tokma yang ni. Kalau tak, jangan bercakap dengan tokma sebulan" lamanya tokma dia nak merajuk ye.

Lepas je kata macam tu, Puan Sri Maryam melangkah ke dapur dan sebaik saja kelibat itu hilang dari pandangan, Ira pandang pula datuknya dengan pandangan minta simpati tapi si datuk hanya buat tak tahu je.

Dah agak memang datuknya tak boleh tolong.
Kalau mem besar bersuara memang takde yang berani bantah.

"Ikutkan je lah, kang merajuk tokma kamu tu, Meran pula kamu bercakap sorang-sorang je dalam rumah ni nanti"

Amboi sempat lagi perli.

Ira akhirnya masuk ke biliknya.

Tak guna dia membantah kalau akhirnya semua itu kena turuti juga.

Dia mengeluh nipis sambil menghayun kaki ke dalam biliknya.



















Hai, sorry sangat jarang update😭
I buat sangat2 sampai kering idea.

And i akan update bila mood i okey.😜

Satgi kalau ada idea i sambung pulak ye.

Sorry tak baca komen u all, I tak sempat sangat nak baca but i akan baca nanti ye.❤️

Sandaran Cinta DudaKde žijí příběhy. Začni objevovat