Bab 53

9.7K 319 16
                                    

Aidit berjalan ke pintu utama untuk keluar. Belum pun sempat dia menjulur kaki melepasi pintu rumah, kelibat mamanya muncul menegur.

"Kamu nak ke mana angah? "

"Nak keluar kejap. Kenapa ma?" dia melihat ke arah mamanya yang memegang majalah fesyen di ruang tamu.

Mamanya bangun dan mendekatinya di pintu utama rumah.

"Mama tahu apa yang angah buat. Jadi jangan sembunyikan dari mama apa yang angah tengah plan. Angah boleh tipu papa tapi bukan mama. "

Terpegun kejap Aidit disitu.

"Apa mama tahu? "

"Kamu ingat mama tak kenal Humaira isteri kepada Dato' Putra? Dia bekas kekasih yang kamu tinggalkan dulu kan? Baik dan sopan budaknya tapi sayang... Kamu dah sia-siakan dia. "

Mata mamanya ditatap tajam. Sengaja menguji kesabarannya tapi kerana hormat dia diam saja.

"Jangan buat kerja gila Aidit. Mama pesan sekali lagi, jangan calarkan air muka mama dan papa dengan perbuatan kamu. Kalau tak, jangan harap mama nak bela kamu kalau jadi apa-apa. Elok dah ada harta, kang jadi merempat pula kena tarik segala kemewahan oleh papa. "

Dia merengus geram, pasti Aidit bagitahu mamanya.

"Kamu patut tahu dengan siapa yang kamu sedang ajak 'bermain' tu. Jangan tempah bala kalau tak nak jatuh tersungkur. "

Dia memandang langkah kaki mamanya yang menjauh darinya. Dia terus memakai cermin mata hitamnya dan masuk ke dalam kereta.

Dia menghentak stereng keretanya melepaskan kegeraman.

'Tak boleh simpan rahsia betul kau along. ' sempat hatinya mengutuk abangnya itu.

✨✨✨✨

Aidan mengangkat wajahnya yang sedang tunduk meneliti laporan pesakit apabila pintu dibuka oleh seseorang tanpa diketuk dulu.

Melihat Aidit yang masuk, dia menghela nafas. Sesuka saja masuk tanpa ketuk pintu, buatnya dia tengah berbincang dengan doktor lain macam mana? Tak ada adab langsung!

"Mana adab kau angah? Bila-bila masuk tu ketuk dulu pintu. "

Lelaki itu membuat muka kerek dan tidak menghiraukan muka Aidan yang sudah bengang.

" Aku datang ni nak tanya kau. Apa yang kau dah hasut mama sampai dia marah aku?"

"Aku hasut mama? Nak berjumpa dan berbual dengan dia pun tak sempat, kau cakap aku menghasut mama?" sindirnya pakej senyuman sinis lagi.

Aidit mula menayangkan muka kelat.

"Apa mama luah pada kau ni sampai datang serang aku kat tempat aku kerja ni? "

"Kau bagitahu mama pasal aku dan Humaira kan? "

"Duduk dulu adik kesayangan along. " ejeknya seraya menunjukkan kerusi di depan mejanya. Meminta Aidit duduk di situ.

"Aku tak pernah cerita pada mama pun pasal tu. Tak tahu lah siapa yang bongkarkan rahsia kau tu. "

Dia sambung pula menekan keyboard dan mata terarah pada laptop.
Sambil melayan Aidit, kerja perlu bergerak.

" Selain kau siapa lagi yang tahu pasal ni? Mama siap ugut aku lagi supaya tak cari pasal dengan Putra. Mesti kau mengadu pada mama kan? "

Datin Seri Amena memang seorang yang tegas walaupun dia jarang mengambil tahu hal anak-anaknya. Tapi jika anaknya buat kesalahan pasti hukuman menanti.

Tak kisahlah, ambil kunci kereta atau kunci rumah. Kurung anak dalam bilik tak bagi merayau. Kecuali Aidan belum pernah dihukum begitu kerana dia tak buat masalah pun. Kalau Aidit dah selalu kena.

Bab kena piat telinga pun Aidit yang selalu kena sebab degil tak dengar kata orang tua. Dah cakap jangan merayau hingga ke malam, dia balik malam juga. Mendapatlah hukuman piat telinga pakej kena kurung dalam rumah. Kunci kereta pun kena tarik. Hebat betul cara Datin Seri Amena mendidik Aidit. Anak tak boleh dimanjakan sangat. Kang makin besar kepala pula.

"Kau ingat mana tu macam orang lain ke? Kalau dah bekerja tak ambil tahu langsung apa anak buat? Lagi-lagi kau. Mesti mama pantau dari jauh lagi. Degil dan tak dengar kata. Mak mana yang tak risau. Risau anak terjebat kerja gila je. "

"Sedap kau mengata kan."

Siapa je tak marah kalau kena sindir, lebih-lebih lagi sindiran tu berbekas di hati. Ye lah dah betul, bukannya tipu.

"Tak betul apa aku kata? Itu mama yang tahu, kalau papa tahu macam mana? Bersiap-sedialah nak kena tendang dari rumah tu. Pakej rampas kereta dan apartmen tu sekali. Lagi sedih kalau dalam syarikat tu pun tiada nama kau sebagai pemegang saham dan pewaris utama yang akan menguruskan syarikat tu."

Lagipun, dia sudah mempunyai hospital sendiri. Langsung tak halang jika syarikat milik papanya akan diserahkan kepada Aidit sebab dia tidak berminat untuk handle syarikat tu. Nasib baik papanya memahami dia.

"Kau!"

"What? Aku nasihat je. Jangan melenting pula. Kau ni pun, kalau nak hidup aman dan tenteram, jangan kacau hak orang. Jangan buat kerja bodoh nak rampas hak orang. Kang merana pula hidup tu. "

"Hish menyampah aku dengan kau!"

Dia bangun dan menuju ke pintu bilik. Aidan sudah tersenyum kemenangan.

Pintu ditutup dengan kuat.

"Rosak pintu aku kau nak ganti ke bangang!" laungnya dengan kuat. Geram betul dengan perangai Aidit.

Bergegar bilik nasib baik tak runtuh, eh!

"Apa tengok-tengok? " jerkahnya kepada seorang pembantu kesihatan perempuan yang baru saja ingin masuk ke dalam bilik doktor Aidan.

Dia melihat langkah lelaki garang itu yang semakin jauh dengan muka polos, tak ada angin tak ada ribut dia kena marah?

Rasa merundum jatuh semangat dia nak serahkan laporan kepada Doktor Aidan. Nasib baik tak tercabut jantung kena sergah.

✨✨✨✨

"Doktor, ini laporan pesakit bulan lepas yang doktor minta." fail di tangan diserahkan kepada Aidan.

"Kenapa bising kat luar tadi?" tanya Aidan dengan wajah tanpa senyuman.

"Erk ada seorang lelaki yang tiba-tiba marah saya masa keluar dari bilik doktor tadi."

"Ouh tu adik saya. Dia memang macam tu, angin monsun timur laut hari-hari. Bila-bila kalau kena jerkah, lawan balik. Jangan bagi dia naik lemak dengan semua pekerja saya. "

Gadis muda yang memakai tag nama Irdina itu hanya ketawa kecil. Kelakar bila Doktor Aidan sendiri suruh dia melawan adik kepada majikannya.

Dah bos sendiri  bagi keizinan, kiranya tak perlu takut kena pecat lah kan kalau melawan lelaki tadi?
































✨✨✨✨

Aidit aidit!  Geram nak ketuk guna tukul kepala tu biar benjol sikit!

* jemput baca cerita ke 2 dan ke 3 saya ye. On going lagi... *




Sandaran Cinta DudaWhere stories live. Discover now