Bab 29

10.2K 385 11
                                    

Deringan telefon yang diletak di atas meja kerjanya di pandang sekilas sebelum dia masuk ke bilik air untuk membersihkan tubuh. Air dingin mengalir di tubuh sasanya menyegarkan fikiran dan tubuhnya.

Bibirnya menyungging senyuman sinis dan puas kerana wanita itu sudahpun di tangkap dan akan di bawa ke muka pengadilan nanti. Wanita itu pasti akan menerima balasan setimpal dengan apa yang dia buat.

Dia masuk ke dalam bathtub dan merendamkan seluruh badannya kecuali bahagian kepalanya. Ini lah masa untuk dia relaks dan meredakan keletihannya akibat kerja sehariannya.

Haruman terbit dari air rendaman yang bersalut dengan buih-buih sabun menenangkan hidung dan fikirannya.

Sudah seminggu dia tidak dapat menghabiskan masa dengan berendam seperti ini. Seminggu juga dia tampil menjadi saksi utama kes pembunuhan bekas kekasihnya.

Kelmarin dia menyerahkan semua bukti tentang kejahatan Melynda kepada Putra. Dan semalam dia baru tahu sesuatu yang mengejutkannya.

Atuknya juga terlibat dengan pembunuhan arwah Hani. Namun kerana dia tidak mempunyai bukti, dia merahsiakan perbuatan lelaki tua itu dulu. Memang dia tak suka dengan perangai atuknya yang suka mendesak dia untuk membalas dendam dia terhadap seseorang tapi tak sangka pula lelaki tua itu juga berbahaya.

Melynda membunuh kerana cemburu, tapi dalang disebalik pembunuhan itu juga kerana atuknya ingin Tan Sri Khalid menderita kehilangan cucu kesayangannya.

Nampaknya dia perlu membuat perhitungan dengan atuknya itu.


✨✨✨✨✨

Seorang lelaki tua menghembuskan asap rokok yang di hisapnya dengan hati resah. Tadi salah seorang anak buahnya sampaikan berita buruk tentang Melynda. Melynda sudah di tangkap dan dikurung entah dimana.

Dia takut jika rahsianya terbongkar. Dia belum puas melihat musuhnya bersedih. Dia belum puas buat musuhnya merangkak di kakinya untuk memohon dan merayu.

Dia mengambil telefon dan mendail nombor cucunya tapi lama sekali dia menunggu tidak diangkat. Dia merengus marah. Putung rokok yang sudah pendek di lempar ke lantai dan dipijak sekuat hati.

"Ada cucu lelaki seorang pun tak boleh harap! "

Dia menghempas punggung kasar ke atas kerusi lembut. Tidak dihiraukan keadaan pinggangnya yang kesakitan mungkin kerana sudah tua.

Itu lah siapa suruh tak amalkan Shaklee?
Hehe...

Beberapa kali juga dia menelefon cucunya tapi tak di angkat sama sekali. Akhirnya dia mengalah dan merehatkan kepala dan badan atas sofa.

Letih!

Sekarang dia perlu bertindak cepat sebelum cucunya mengesyakinya.
Sebelum ini pun Rio semakin curiga dengannya.















*haih atuk ni tak padan dengan umur! Dah tua masih fikirkan dendam*

Bertaubat lah atuk sebelum atuk dihukum.... 😂

Sandaran Cinta DudaWhere stories live. Discover now