"Eleh kalau nak menipu tu cakap sahaja tak pandai. Tak payah nak tutup-tutup bagai" sindir azielah.

Zafran mendekatkan lagi jaraknya antara azielah. Muka azielah kelihatan blushing.
Jarak antara zafran dan azielah hanya 2 inci sahaja.

"kenapa diam. Takut?" zafran cuba menahan ketawanya.

"Kau jangan cuba cakap besar depan aku. Sekali kau kena dengan aku tak susahnya tu"

"Aku dah cakap aku tak hadap langsung badan kau tu. Kau bukan taste yang aku nak. Berapa kali aku nak ulang erm?"

Azielah terdiam. Terkaku. Gelisah. Takut. Semua ada terbuku dalam hatinya.

"Sekali lagi kau cuba nak lawan atau bantah apa yang aku cakap siap kau. Sekarang ni aku nak tidur balik. Aku izinkan kau turun bawah tapi untuk buatkan aku sarapan dan hantar dekat bilik. Aku tak nak kau melencong tempat lain termasuk pergi ke luar halaman. Kalau kaki kau cuba jejak atau pijak dekat luar, maruah kau akan hilang serta? . Aku harap kau dengar. Kalau kau sayangkan maruah kau, ikut cakap aku tapi kalau sebaliknya kau faham sendiri okey"

Amaran keras daripada zafran. Azielah mengetap giginya menandakan dia marah. Adakah ugut orang macam tu sekali. Ish dasar mamat gila.

"kau tercegat dekat situ buat apa. Pergilah sekarang!"

" ba-baiklah.."

Azielah menjadi kelam-kabut membuka pintu. Zafran melihat telatah azielah hanya mampu ketawa melihat gelagat seakan seperti kebudak-budakan. Eh memang budak pun!


Nafas azielah tercungap-cungap selepas bermarathon dari tingkat atas ke tingkat bawah.

"huh, penat gila lari dari atas sampai bawah. Dia ingat aku apa ke main ugut-ugut macam tu. Ingat dia tu berkuasa sangatlah!" azielah membebel seorang diri.

Azielah sedang khusyuk membebel seorang diri tiba-tiba disergah daripada belakang oleh seseorang.

Bah!!

" opocot mak kau! "

Azielah terkejut lalu memegang dadanya menandakan dia sedang terkejut. Dia memandang belakang siapa yang cuba mengejutkan dia. Kelihatan makcik mariam ketawa tidak henti-henti sampai keluar air mata.

"Makcik mariam apa ni. Buat orang terkejut lah. Nasib azielah tak ada penyakit jantung!" keluh azielah.

"Hahaha.. Makcik mintak maaflah. Kamu ni muka masam sahaja dari jauh cik ma tengok, kamu macam tak puas hati dengan sesuatu?"

"makcik tahu tak mamat gila tu dah ugut saya macam-macam. Saya boleh jadi gila makcik" keluh azielah.

Mamat gila?

"Siapa mamat gila yang anak maksudkan tu?"

"alah yang dekat atas tu lah tidur macam raja" azielah memutarkan bebola matanya. Dia rasa menyampah dengan perangai lelaki itu.

"Ooh encik zafran. Kenapa dengan abang encik. Apa dia buat?"

Masa bila aku ada abang. Entah berapa kali aku nak ulang juga makcik ni baru faham. Ke nak suruh aku cakap bahasa mandarin. Aish!

"makcik saya tak ada abang. Saya anak tunggal. Tolonglah makcik faham!"

"makcik tahu kamu tak suka abang kamu tapi tolong jangan benci sangat sebab dia tu darah daging kamu sendiri" nasihat makcik mariam.

Azielah hanya mampu bersabar sahaja. Duduk dekat dalam rumah banglo ni boleh buat dia jadi gila agaknya. Satu orang seram-seram sikit lepastu suka ugut orang. Sudah culik orang bukan main suka dia suruh orang. Makcik mariam pula lagi tak faham. Asyik-asyik cakap abang. Abang. Abang. Berbuih dah mulut cakap.

"Makcik, makcik saya nak ke dapur dulu nak masak. Bye" azielah melambaikan tangannya ke arah makcik mariam.

"eh... Kamu nak buat apa dekat dapur tu. Kamu tak sihat lagi kan?" risau makcik mariam.

"Saya nak berperang dekat dapur tu sebab orang dekat atas tu dah membebel macam singa sebab tu saya turun ke sini" azielah tersenyum sinis.

Makcik mariam sedikit tidak memahami apa yang dikatakan oleh azielah.

"kalau makcik nak tolong juga jomlah sekali. Cepat sikit siap" azielah mempelawa makcik mariam lalu pergi menuju ke dapur.

Maaf para readers ku syg 😘sbb lmbt update. Hrp korang suka part ni.
Happy reading ye ank"🤣❤️

Zafran dan azielah sekarang makin menjadi. Nak thu apa jdi dkt dorang. Tunggu part seterusnya..
Bye..

UNGKU AQIEL ZAFRAN[COMPLETE] Where stories live. Discover now