Nadia masuk semula ke dalam kelas manakala aina terkaku sendiri disitu dan menimbulkan banyak tanda tanya betulkah azielah lari daripada rumah. Tapi sebab apa. Culik. Mustahil siapa nak Culik dia. Aina segera pergi ke kelas sebelum pembelajaran bermula. Dia akan cuba siasat kemanakah azielah pergi dan dia sekaligus meminta maaf atas kesalahan yang dilakukannya kepada azielah sebelum ini.

        BOB mengangkat azielah masuk ke dalam kereta. Sebelum bob mengangkat azielah masuk ke dalam kereta kejadian sebelum azielah diangkat dimana bob memberikan azielah sebotol air mineral yang dicampur dengan ubat tidur. Azielah hanya menerima dengan hati terbuka. Azielah minum air tersebut dan tidak lama kemudian azielah merasakan kepalanya pening lalu pengsan.

Telefon bob berdering menandakan seseorang sedang menghubunginya.

"Hello bos, assalamualaikum"

"waalaikumsalam, aku nak tanya kau dah angkut bocah tu ke rumah aku"

"Dah bos on the way nak pergi sana ni"

"mmm... Baiklah tapi ingat pastikan kalau kau dah sampai dekat sana terus call aku"

"orait bos!"

Bob memandang ke belakang melihat azielah yang sedang lena diulit mimpi. Kali ni kau akan lebih selesa tidur berbanding dekat bilik usang yang kau duduk. Bob meneruskan pemanduannya sehingga sampai ke rumah bosnya zafran.

Bob memasuki halaman rumah agam milik zafran yang sangat besar. Bob memarking keretanya lalu keluar daripada perut kereta. Dia segera mengangkat azielah masuk ke dalam rumah dan terus menghantarnya ke dalam bilik. Setelah selesai menghantar azielah bob segera mendail nombor zafran bahawa mereka sudah berada di rumah.

Tut.

Tut.

Tut.

"hello!"

"hello bos aku dah sampai dekat rumah bos ni" jawab bob.

"Baiklah.. Kejap lagi aku datang. By the way, kau jangan lupa cari pembantu rumah dengan segera sebab aku tak nak dia kesunyian dekat rumah tu seorang-seorang"

"oky bos. Bos nak pembantu tu hari ni juga kan?"

"taklah tahun depan aku nak. Harini lah sebab tak ada orang kan dekat rumah tu. Takkan kau pula yang nak jaga budak tu berdua-duaan dalam rumah aku. Nanti jadi lain pula!"

"hehe... Oky bos!"

  

        AZIELAH tersedar daripada tidur. Kelopak matanya dibuka secara perlahan-lahan. Dia merasakan berada di sesuatu tempat yang asing. Dia segera bangun daripada pembaringannya dan melihat di sekeliling. Dia berada di sebuah bilik yang mewah dan segala kelengkapan bilik ini cukup sempurna. Azielah berjalan-jalan mengelilingi bilik tersebut serta bermonolog sendiri di dalam hatinya.

"setahu aku tadi, aku dekat bilik usang, buruk dan kotor. Sekarang aku duduk dekat rumah mewah dan tidur dekat bilik yang sangat besar. Aku dekat mana ni?" soal azielah dalam hati.

Tiba-tiba pintu bilik dikuak dari luar. Kelihatan susuk tubuh seorang lelaki yang dikenalinya masuk tanpa meminta izin.

"Awak!"

"Buat apa dekat sini, kenapa tak ketuk pintu tu dulu kalau nak masuk?" marah azielah.

Zafran memandang azielah dingin. Bukan main mengarah orang ketuk pintu. Dia ingat ni rumah dia ke nak main ketuk-ketuk. Suka hati oranglah nak ketuk ke taknak.

"kau nak marah-marah ni apasal. Suka hati aku lah nak ketuk ke tak nak. Rumah aku juga bukan rumah kau!" marah zafran.

Azielah terkaku bapak aihh rumah dia ke ni. Tak sangka pula dia ada rumah sebesar ni dan lagi tak disangka rupanya dia anak orang kaya. Tapi, mana ibu bapa lelaki ni.

"saya tahu lah ni rumah awak, tapi ada baiknya awak guna sikit adab awak tu kalau ada orang dekat rumah awak"

"kenapa saya dekat sini. Kenapa tak letak saya dekat rumah usang tu je?" soal azielah.

"boleh tak mulut kau tu tutup sikit. Telinga aku ni nak bernanah dah sebab kau asyik membebel je"

"suka hati sayalah, ini mulut saya bukan mulut awak pun!" azielah tersenyum sinis.

Ooh... Kau bermain dengan aku ye. Sekarang aku main dengan kau pula. Zafran segera mendekati azielah perlahan-lahan. Muka azielah mula cuak dengan kelakuan pelik zafran. Zafran tersenyum sinis lalu semakin menghampiri azielah. Jarak antara mereka sangat dekat sehingga azielah terpaksa mendongakkan kepalanya keatas melihat wajah zafran. Maklumlah tinggi azielah paras dada zafran sahaja.

"A- awak nak apa?" azielah perlahan-lahan mengangkat kepalanya memandang zafran.

"Aku nak makan kau boleh?" zafran tersenyum sinis.

Muka azielah mula blushing. Segera dia menolak zafran daripada terus mendekatinya.

Baru sahaja azielah mahu pergi daripada situ pergelangan tangannya ditangkap semula oleh zafran.

"Kau nak pergi mana?" datar sahaja suara zafran.

"Sa-saya nak keluar daripada sini!" azielah tergagap-gagap bercakap.

"Tak payah. Teman aku dekat sini. Bolehkan?" sekali lagi senyuman nakal zafran terukir.

Azielah hanya diam terkaku sahaja di situ. Dia tidak mahu memandang wajah lelaki itu. Dia membuatkan jantung azielah berdegup laju.

"Aduh macam mana ni? Ya, allah kau selamatkanlah kau!" monolog azielah dalam hati.

Hye korang author update, semoga korang suka part ni.

UNGKU AQIEL ZAFRAN[COMPLETE] Where stories live. Discover now