Bab 34

949 78 63
                                    


Camelia dengan rasa teruja untuk berjumpa Reyza menghayunkan langkah kakinya masuk ke cafe tempat Reyza selalu bersarapan pagi. Memang Reyza jarang ke tempat lain bersarapan kerana kerjanya yang sibuk dan klien yang selalu datang berjumpanya di office. Sesekali sahaja dia akan ke restoran luar dari kawasan bangunan itu.

Kehadiran Camelia di situ menjadi perhatian beberapa orang pengunjung cafe. Persis seorang model, memang tidak dinafikan kecantikannya sentiasa menjadi perhatian ramai. Cuma sikapnya yang kurang mesra dan angkuh membuatkan dia bakhil dengan senyuman.

"Tak nampak pun Reyza ni. Mana pula dia pergi sarapan ni? Hish dia ni saja je nak sembunyikan diri dari aku ke?"

Matanya masih lagi melilau mencari kelibat Reyza dan dengan tidak salah pada pandangannya kelihatan susuk Reyza sedang duduk di sudut meja yang sedikit tersorok di cafe itu.

Tersenyum Camelia. Rupanya Reyza ada sahaja berseorangan di sudut Cafe itu. Melangkahkan kakinya mendapatkan Reyza.

"Hai sa..." Belum sempat dia menghabiskan tegurannya pada Reyza , matanya terjojol memandang susuk tubuh yang terlindung . Gadis yang amat dikenalinya. Gadis penjual bunga yang berada di tingkat bawah office Reyza. Gadis yang pernah disambut baik oleh mama Reyza semasa majlis hari lahirnya.

Amel dan Reyza agak terkejut dengan kehadiran Camelia di situ. Reyza yang tahu sesuatu pasti akan menjadi hangat terus menarik tangan Camelia .

"Apa tarik-tarik ni . Lepas lah... Patutlah you tak angkat panggilan I. Rupanya you dengan betina ni. You ni buta ke apa ahh?"
Mata Camelia memandang tajam wajah Amel. Terasa pula gugup Amel bila melihat pandangan Camelia.

"Sayanggg... Boleh tak jangan nak menuduh je kerjanya. I kebetulan tertembung dengan Amel. Jadi I tumpang duduk semeja dengan dia," dalih Reyza. Terpaksa dia berbuat begitu untuk menyelamatkan keadaan terutama Amel yang ditakuti menjadi mangsa Camellia.

"You fikir I bodoh. Boleh pula kebetulan ye. Yang kau ni pula perempuan, macam dah takde lelaki lain kann. Kekasih orang juga kau nak songlap." Menghampiri Amel  dan menarik tudung Amel. Hampir nak tercabut tudung Amel.

Tiba-tiba tangan Camelia ditarik kuat . Bukan Reyza yang tarik tetapi...

"Tangan kau ni boleh jaga sikit tak . Jangan sampai aku patahkan tangan kau ni. Hish jijik pula aku pegang tangan kau ni lah..." Sejurus itu tangan Camelia dilepaskan kasar oleh Farid. Digosok-gosok tangannya di seluarnya seolah-olah membersihkan kotoran tangan Camelia.

"Oo, ada pembela yang datang. Beruntungnya kau perempuan. Orang kaya dan kucing kurap pun suka kat kau ye."

Farid mengetap giginya kuat. Kalau ikutkan hati mahu sahaja tangannya dilayangkan ke pipi yang putih melepak itu.

"Mulut kau ni jangan nak celupar sangat eh. Aku kucing kurap ke, atau kau kucing hidung kemek tu. Kau tak kenal aku dan tak kenal Amel tapi suka hati nak hina kita orang. Senget betullah otak kau ni." balas Farid melepaskan geram.

"Kalau kau tu baik dan mulia , tolong nasihatkan kawan kau ni , jangan suka kebas hak orang. Kalau takde lelaki yang hendak, duduk diam-diam." Camelia tidak mahu mengalah

"Cik salah faham ni. Saya tak berniat pun nak rampas Encik Reyza . Saya tahu dia dah nak bertunang dengan cik pun." Amel cuba membela diri.

"Hah... kalau dah tahu baguslah . Jangan jadi perempuan tak sedar diri. Cuba kau tengok diri kau dari hujung tudung murah kau tu sampai hujung kasut kau yang beli kat pasar malam tu. Agaknya sepadan ke dengan Reyza ni. Tak sedar diri."

"Liaaa... Mulut tu boleh cakap elok-elok sikit tak? Kan I dah kata kami bertembung aje. You jangan buat kecoh boleh tak?" Hilang panggilan sayang dari Reyza buat Camelia.

Cinta Gadis Bunga (Completed)Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon