Bab 3

1.7K 106 303
                                    

Melihat Jamie yang tidur di atas kusyen  membuatkan Amel panas hati. Ini boss punya pasallah. Terpaksa tumpangkan Jamie di rumah sewanya. Pemalas bukan main lagi. Cuti hujung minggu pun asyik nak melengkar. Tapi betullah juga kut. Takkan nak melengkar waktu kerja. Apalah kau ni Amel. Pejam celik dah seminggu juga minah senget ini bekerja di Nadia Flowery.

Telefon bimbitnya yang berbunyi dijawap.

"Hello Farid. Kau nak apa ni call aku pagi-pagi buta ni?" omel Amel

"Oiii , pagi buta apa ni? Dah pukul dua belas tengahari minah? "

"Ahh! Ya ke? Adoiiyai aku ingat baru pukul tujuh pagi. Aku baru nak gi jogging, "  ujar Amel bersahaja.

Menoleh ke arah Jamie yang terbongkang itu. Memang pemalas minah ni. Pukul dua belas pun tak sedar lagi. Kalau dekat kampung memang umi dah siram dengan air. Itu sebab aku ni baik... Awal sudah bangun. Boleh jadi menantu mithali . Perasan kau Amel... Menantu menyesali adalah. Hehe...Sempat Amel berkata sendirian.

"Amel... kau berangan ke apa tu? Diam aje... takkan aku cakap seorang diri...,"

"Errr... mana ada. Aku tengah korek telingalah ni. Gatal telinga aku," temberang Amel.

"Amel... teman aku lunch hari ini?"

"Lunch? Habis si Jamie ni macammana? "

"Amel..."

"Ya lah... kau datang ambil aku nanti,"

************
Vespa LX125 meluncur laju di jalanraya. Amel yang membonceng sudah kelihatan seperti awek vespa lah pula. Farid memang anak orang berada di kampung Amel. Ayahnya berkawan baik dengan walid Amel. Mempunyai ternakan ikan dan sebuah kedai runcit. Kedua orang tua Farid adalah bekas persara guru juga. Anak tunggal.

"Farid, kau bawa vespa kau ni perlahan- lahan sikit ya? Aku belum lagi nak mati tau tak? Kalau kau nak mati kau mati seorang aje," ujar Amel bersahaja.

"Kalau bawa perlahan bila nak sampai cik adik manis? Lagipun kalau aku bawa awek aku bestlah bawa perlahan.  Ini bawa kau. Tak semangat aku,"

Dicubitnya belakang badan Farid. Mulut macam nak kena gam aje. Memang tak sayang mulut. 

"Kau ada awek ke ? Setahu aku kau ni dah cop bujang terlajak. Ha ha ha...,"

Farid melajukan lagi vespanya. Biar padan muka Amel . Mulut sesedap rasa.Amel mencengkam bahu Farid kuat. Rasa macam nak terbang ke belakang. Hendak peluk pinggang sorry. Malam sikit...

Sampai di sebuah restoran mamak  vespa diparkir. Amel turun dari vespa dan menunggu Farid. Farid menghampiri Amel.

"Suka sangatlah kau ni makan kat kedai mamak. Kenapa tak pergi kedai Mak Munah tu aje. Lauk dia best juga,"

"Ehh... kau ni. Aku yang belanja, suka hati akulah nak makan kat mana. Lagipun aku nak pekena kari mamak. Umphh... best...,"

"Farid... aku taknaklah makan dekat sini. Kalau kau sayang aku jom kita ke kedai Mak Munah tu. Lagipun kau takkan tak nampak bulu tangan mamak tu. Panjang woo... Mesti gugur dalam kari tu...," beritahu Amel lagi.

"Hish! Macam-macamlah kau ni," balas Farid tetapi masih menurut kata Amel. Menapak  semula ke arah vespanya terparkir.

Semasa berlalu ke tempat parking motosikal, Amel terlanggar seseorang.

"Adoiii... sakitlah tangan aku... besi ke apa ni...," rungut Amel.

"Maaf adik... saya tak sengaja," suara itu membuatkan Amel menoleh. 

"Ya Allah... Pakwe handsome ni lagi...,"

Namun pakwe handsome itu berlalu tanpa segaris senyuman. Hanya Amel sahaja yang tersenyum manis. Syok sendiri...

Cinta Gadis Bunga (Completed)Where stories live. Discover now