Bab9

1.1K 89 113
                                    

Dengarkan lagu Bayang.

Memerhati baju kurung yang dibeli oleh Farid petang tadi. Kemudian matanya menyorot pandang dress yang dipinjamkan oleh Jamie padanya. Baju kurung pink belacan itu memang secocok dengan kulitnya yang putih kuning. Dress merah kepunyaan Jamie pula terdedah sangat. Tidak kena dengan jiwanya.

Akhirnya baju kurung pilihan Farid dipilih untuk ke majlis hari lahir Puan Sri Amira.

Seperti yang dijanjikan, Farid datang ke rumah sewa teres  setingkat itu untuk mengambil mereka. Kereta jenis Honda Civic facelift terbaru berwarna putih (Civic 1.5 TC-P) berhenti di luar perkarangan rumah teres itu.

Pin! Pin!...

Jamie yang sudah bersiap , menjengokkan kepalanya di sebalik cermin tingkap . Melihat siapakah gerangan yang membunyikan hon kereta di luar pagar rumah mereka.  Farid mungkin.

"Hish, siapa pula yang bawa kereta Honda Civic putih ni? Takkan mamat selenga tu pula. Kalau mamat selenga tu mesti dah naik vespa dia tu," bisik Jamie sendirian.

Amel yang sudah bersiap , melihat penampilannya di cermin buat kali terakhir. Lagipun Farid sudah menghantar mesej yang dia sudah sampai di luar rumah sewanya.
"Cantik juga kau ni Amel..." ujar Amel sambil tersenyum sendiri.

Tas tangan diambil dan Amel berlalu keluar dari biliknya.

"Jamie, jom... Farid dah datang tu."

Jamie ternganga. Takkan Farid yang empunya kereta honda civic tu.
Membontoti Amel keluar dari rumah . Setelah mengunci pintu , mereka bergerak menuju ke kereta Honda Civic itu. Farid yang ternampak mereka dari cermin sisi kereta, keluar dari kereta .

"Hai, tuan puteri. Lamanya bersiap. Patik dah lama tunggu tuan puteri.  Dah naik kematu punggung patik ni," seloroh Farid sebagai gurauan yang ditujukan buat Amel.

Amel menjeling. Jamie pula terkedu melihat penampilan crushnya itu. Farid dengan kemeja hitam dan seluar slack hitam . Handsome pada pandangan Jamie. Eh!, sama dengan dress pendeknya yang berwarna hitam juga. Tersenyum melirik  dia .

"Banyaklah kau punya tuan puteri. Cepat bukakan aku pintu kereta ni?" arah Amel pula.

"He he... baik tuan puteri ku sayang." Pintu kereta di sebelah pemandu dibuka oleh Farid untuk Amel . Selepas itu dia ke bahagian pemandu.

"Aku!" tanya Jamie.

Farid menoleh ke arah Jamie.

"Buka sendiri," ujar Farid tanpa rasa bersalah.

"Hish! " protes Jamie. Dibukanya pintu di bahagian belakang. Mukanya masam mencuka.

Bum!!

"Kau ni kan... kalau rosak pintu kereta ni , siapa nak bayar? Kereta ni kereta sewa tau tak?"

"Kereta sewa pun nak sibuk lebih," omel Jamie perlahan.

"Oo, kalau kereta sewa kau boleh buat sesuka hati. Sampai nak kopakkan pintu dia," bebel Farid.

"Hish, dahlah tu. Adoii kau orang ni. Nanti dah habis majlis baru nak sampai ke?" ujar Amel yang geram dengan telatah kebudakan Farid dan Amel.

Farid menghidupkan ingin kereta dan memulakan pemanduannya ke majlis itu.

***********
Kebanyakan tetamu yang merupakan saudara mara terdekat dan rakan kongsi perniagaan Tan Sri Iskandar hadir di majlis itu. Meriah sungguh sambutan hari lahir Puan Sri Amira. Ketawa riang mengiringi perbualan di antara mereka.

Cinta Gadis Bunga (Completed)Where stories live. Discover now