Bab 27

1K 77 105
                                    

Amel termenung sebentar. Resah juga hatinya bila teringat rajuk Farid pagi tadi. Sehingga tengahari bayang Farid juga tidak kelihatan di Nadia Flowery. Selalunya Farid tidaklah marah begitu sekali.

"Manalah kau pergi ni, Farid oiii. Sampai hati kau tinggalkan aku buat kerja seorang diri. Boring nya aku..."

Amel menangkup wajahnya di atas meja.  Tiada mood untuk membuat kerja. Selepas Farid merajuk dan pergi dari Nadia Flowery, satu kerja pun dia tidak buat. Bunga dan perkakas untuk membuat gubahan bunga terbiar bersepah di atas meja kerjanya dan Farid.

Ting tong...

Amel mengangkat wajahnya memandang ke arah pintu utama Nadia Flowery. Tersenyum lebar Amel melihat gerangan yang muncul itu.

"Farid..."

Farid yang berwajah serius itu kelihatan menghampiri meja kaunter tempat Amel bermuram durja. Namun kini kembali ceria dengan kemunculan kawan baiknya itu.

"Nah, aku belikan kau makan tengahari. Kau pergi makan dulu. Lepas tu baru sambung kerja." Mendatar sahaja suara Farid. Amel tersenyum geli hati melihat telatah Farid. Memang takde tokoh marah terpamir pada wajah Farid. Nampak lucu tapi cuak juga tadi bila dia mengamuk.

"Kau ni senyum-senyum macam orang baru keluar dari Hospital Bahagia tu dah kenapa?" Kerusi di sebelah Amel ditarik dan dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi itu.

"Kau dah okey ke Farid? Kau tak marah aku lagi kannn?"

"Tadi marah, ni dah okey. Marah kau lama-lama pun bukan dapat apa. Dapat sakit hati ada la..." Suatu jelingan diberi Farid buat Amel, tapi dibalas senyuman manis oleh Amel.

Sahaja Amel mendekatkan wajahnya berhampiran wajah Farid. Tujuan Amel hanya untuk bergurau dengan Farid.

"Farid..."

"Hish, boleh jauh sikit tak.  Kau ni dah kenapa gedik semacam aje ni. Aku ni lelaki tau. Kau buat macam ni kau tak takut aku tercium kau nanti..."

Buk...

Belakang Farid ditumbuk Amel dan terus dia bangun dari situ sambil mencapai bungkusan makanan yang dibeli Farid. Takut pula dia dengan ucapan Farid itu.  Mana tahu tiba-tiba syaitan bertenggek dekat kepala Farid nanti.

"Aku nak makan dululah Farid. Aku betul-betul lapar ni. Terima kasih la sebab masih ingat kat aku. Kau jangan lah merajuk dan baran macam tadi lagi.  Boleh kecut perut aku. Air mata aku pun keluar tadi tau tak?"

"Tahu kau takut. Sebenarnya tadi tu aku saja main drama.  Cuak kan kau Amel... Cuak kann. He he..."

Amel rasa macam nak sekeh kepala Farid. Tapi tak boleh juga, takut dia merajuk betul-betul. Puas pula Amel nak memujuknya. Makan lagi baik. Polisterin yang berisi makanan dikeluarkan dari plastik bag.  Dibukanya polisterin itu.  Rupanya Farid membelikannya nasi goreng daging kesukaannya. Tanpa berlengah lagi Amel terus menyudukan nasi ke mulutnya. Tiba-tiba pintu depan Nadia Flowery terbuka.

"Assalammualaikum..." Terjengol Reyza dengan bungkusan plastik di tangannya.

"Waalaikummusalam..." sahut Farid. Amel yang menyudu makanan ke mulutnya hanya menyahut dalam hati.

Reyza terus mendapatkan Amel yang berada di sudut sofa kedai bunga itu. Melabuhkan punggungnya menghadap Amel. Amel hanya menunduk menyuap nasi ke mulutnya. Tiba-tiba polisterin yang berisi nasi goreng Amel ditarik oleh Reyza. Membulat mata Amel melihat telatah Reyza. Farid di kaunter memerhatikan sahaja drama yang sedang berlangsung.

"Amel kan demam...  mana boleh makan benda goreng berminyak macam ni. Nah,
ni saya belikan Amel bubur.  Bubur ni tak berminyak dan bagus untuk kesihatan. Nasi goreng ni bagi aje kucing kat luar tu makan." Reyza meletakkan mangkuk bubur sayur di hadapan Amel.

Cinta Gadis Bunga (Completed)Where stories live. Discover now