Bab 25 a

1K 74 98
                                    

Baca bab sebelum ini dulu... T.kasih daun keladi. Nanti author update lagi...😂✌️

"Kau kata apa? Banyak cantik muka kau kata aku buruk. Kau tu yang muka buruk. Tu sebab tak ada yang hendak." Jahat sungguh mulut Datin Yana. Kesian Mak Som. Terkebil-kebil matanya memandang Datin Yana.

"Ya Datin, Saya memang buruk. Saya salah cakap. Tadi tu nak kata Som buruk tapi terkeluar pula datin. Datin memang cantik . Kalah Neelofa..." jawab Mak Som sambil tersenyum manis mengalahkan gula Hudson. Manis dan pedas.

Terjegil biji mata Datin Yana.

"Kau sindir aku ye? Mulut kau ni kannn." Diambilnya daun salad di dalam polisterin itu, ditonyoh ke mulut Mak Som. Selepas itu dia berlalu pergi dari dapur menuju ke ruang tamu.

"Celaka punya datin. Kau tonyoh mulut aku. Aku ni bukan tak laku. Dekat kampung tu ramai yang masuk meminang. Tapi mak aku..." Tidak habis dia meneruskan luahan hatinya bila sedih mengingatkan dirinya dahulu.

Mak Som memang ramai peminat. Malah dia lagi cantik dari Datin Yana. Dia terpaksa menolak pinangan lelaki yang meminangnya kerana ingin menjaga emak Dato' Aidil. Wanita yang menjadi ibu susuannya yang menjaga dia dari kecil. Sebenarnya dia tahu Datin Yana cemburukan dia dan Dato'Aidil.

Bodoh! Datin bodoh! Aku dengan dato' bukan boleh kahwin pun. Mesti datin ni tak sekolah. Tu sebab bodoh tahap langit ketujuh. Hehe...aku pun sekolah sampai darjah enam juga. Kita geng lah datin.
Sempat Mak Som bermonolog sendiri.

Tidak tentu arah Camelia bila Reyza menelefonnya yang dia dan keluarganya dalam perjalanan ke rumah Camelia.
Dress muslimah cantik tersarung di badannya. Cantik sangat mengalahkan model muslimah di dalam majalah jelita itu. Rambutnya disanggul tinggi. Berpuas hati dia dengan penampilannya .

Sementara di dalam bilik Datin Yana...

"Kau tarik lah kuat -kuat bengkung ni bodoh? " Mulut Datin Yana tidak henti-henti memarahi Mak Som. Sakit telinga Mak Som. Berpeluh-peluh Mak Som cuba untuk mengenakan pin pada bengkung Datin Yana.

Datin Yana juga tidak mahu kurang bergaya dari anaknya. Entah siapalah yang hendak ditunjukkan penampilan bergayanya itu.

Tussss!

Terlopong mulut Mak Som. Berdebar jantungnya ketika ini. Alamak macam mana ni? Tergaru-garu kepalanya yang bertudung itu.

"Kenapa kau tak cangkuk lagi pin tu? Kau buat apa tu?" tegur Datin Yana bila Mak Som berhenti dari menarik bengkungnya

"Datin, pin bengkung ni tercabut. Macam mana ni datin." Merenung Mak Som sekejap melihat bengkung itu.

Terkejut Datin Yana. Lagi nak cepat lagi datang masalah pula. Tak boleh harap lah si Som ni.

"Ya Allah! Bodoh betullah kau ni? Buat kerja senang pun tak boleh. Aku suruh kau tarik dan cangkukkan pin bengkung ni, yang kau cabut kan pin dia kenapa?" Terbakar hati Datin Yana. Sudahlah dia berangan-angan memakai dress berkilat penuh dengan labuci. Mak Som pula spoil kan angan - angan dia. Sempat ditunjalnya kepala Mak Som.

"Cepatttt! Pergi jahitkan bengkung si Camelia ni. Kau doublekan jahitan pin tu. Aku bagi masa lima minit. Lambat kau siap kau." Tidak tentu arah Mak Som mengambil jarum dan benang . Terkial-kial dia menjahit bengkung itu.

"Kalau tahu nak pakai baju ketat, pergilah kempiskan perut tu. Ini tidak, perut dahlah buncit, aku pula yang nak disalahkan. Lepas tu tak sedar diri pula. Ada ke bengkung si Camelia dia gunakan. Bodoh betul datin perasan ni lah..." Mak Som mengutuk Datin Yana.

Selepas bersiap dengan penampilan yang anggun jelita, Camelia ke dapur menjenguk makanan yang terhidang di atas meja panjang yang boleh diduduki dua belas orang tetamu. Puas hati dia melihat lauk pauk yang kebanyakan hidangan western. Air fresh orange juga sudah tersedia di atas meja itu. Semuanya lengkap teratur. Menepuk kedua telapak tangannya .

Cinta Gadis Bunga (Completed)Where stories live. Discover now