Bab 16

1.1K 81 98
                                    

"Amel, jom kita pergi tengok wayang. Nak tak?"

Terkejut Amel dengan ajakan Reyza. Betul ke Encik Reyza yang bersuara atau telinga dia salah dengar. Mengarut betullah kau Amel.

"Hahh! Tengok wayang waktu macam ni. Saya kan dalam waktu kerja lagi Encik Reyza. "
"Hish, dia ni... tak romantik langsung. Tengok wayang waktu macam ni. Kalau  malam barulah best," bisik Amel dalam hati aje.

Reyza menyimpul senyum. Reyza merenung tajam anak mata Amel. Terasa segan pula Amel. Sebenarnya renungan itu bukan renungan jatuh cinta , sebaliknya renungan kalaulah Camelia punya sikap macam Amel, mudah untuk dia memujuk mamanya. Lain pula dengan Amel. Renungan Reyza adalah renungan , mungkinkah crush dia dah jatuh cinta dengan dia ke? Angan-angan aje kau Amel. Hati Reyza masih pada Camelia.

"Kenapa awak tak makan nasi goreng ayam tu Amel? Tak sedap ke? Kenyang ke kalau  awak renung saya macam tu" Teguran Reyza buat Amel terhenti dari lamunannya. Ya Allah! Mengelamun rupanya Amel. Sebenarnya dia rupanya yang merenung Reyza.  Sedangkan Reyza sedang khusyuk menghabiskan makan tengaharinya.

"Err, sebenarnya ,saya sedang fikirkan ajakan Encik Reyza untuk menonton wayang. Kalau hari minggu mungkin bolehlah. Sebab saya cuti, " Tersengih-sengih Amel memberi jawapan.

"Hahh! Tengok wayang? Saya ajak awak tengok wayang ke? Bila eh? Tak ingat pula saya. Kalau awak nak ajak saya tengok wayang, boleh aje. Dah lama saya tak pergi tengok wayang," ujar Reyza sambil tersenyum manis.

Terlopong mulut Amel seketika. Rasa hendak sahaja dia hentak kepalanya di dinding. Adoiii Amel, tak habis berangan rupanya. Farid , aku malu...

Amel tunduk menghabiskan makanannya . Laju dia makan.  Tidak ada lagi hendak control ayu. Malu punya pasal. Sampai nasi goreng melekat di pipi pun , Amel tidak perasan. Reyza mengesat sisa nasi yang melekat di pipi Amel. Terkaku Amel. Ya Allah ! Kali kedua buat aku seperti tak boleh bernafas.

"Amel..." kata Reyza terhenti sebentar. Lidah dia kelu tiba-tiba.

"Ye, Encik Reyza..."

"Saya suka awak."

"Saya pun suka Encik Reyza. "

Tangan Reyza diawangkan di depan wajah Amel. Berkelip-kelip mata Amel memandang Reyza.

"Amel! Awak suka saya?"

"Errr, suka... eh, maksud saya suka sebagai kawan . Ah gitu..." Cepat-cepat Amel membuat dalih.

"Kalau awak dah habis makan , jomlah saya hantar awak balik ke kedai bunga. "

Amel yang malu bila dia secara tak sengaja meluahkan perasaannya hanya menganggukkan kepalanya.  Reyza dari tadi hanya tersengih macam kerang busuk. Takkan tak penat asyik duk tersenyum aje.

        Sementara Farid pula sibuk mencari Jamie. Baru pulang dengan mamalia takkan dah hilang pula si Jamie ni. Perlahan-lahan Farid membuka pintu stor. Pintu itu disendal dengan kotak bunga . Takut pula dia ditangkap basah dengan Jamie.

Menggeleng Farid melihat Jamie yang sedang tidur menyandar di dinding stor. Mana tak malas, lepas makan boleh pula dia tidur. Ini nak jadi kekasih aku. Tak ingin aku perempuan macam Jamie.

"Hoi, perempuan, seronok kau membuta kat sini eh?" sergah Farid kuat.

Jamie membuka kelopak matanya perlahan apabila lenanya terganggu dengan jerkahan Farid. Jamie menguap besar. Tersedar yang dia dipandang tajam oleh Farid,dia menutup mulutnya.

"Dah nak balik ke?" soal Jamie menggosok-gosok matanya yang masih mamai.

"Soalan bodoh apa kau tanya ni? Baru pukul dua setengah nak balik apa? Kerja pun kau tak buat , alih-alih nak balik?"
Pandangan mata Jamie yang masih berbalam-balam itu melihat Farid seperti harimau jantan yang sedang lapar.

Cinta Gadis Bunga (Completed)Where stories live. Discover now