Bab 49

1K 81 74
                                    

Seminggu selepas putusnya pertunangan Amel dan Reyza, kehidupan Amel berjalan seperti dahulu. Bekerja di kedai bunga dan menjadi kawan baik kepada Farid.

Reyza pula ada dua kali ke kedai bunga dan berborak dengan mereka. Sekarang Reyza juga sudah menjadi kawan baik Farid. Selama seminggu ini juga asyik keluar makan tengahari dengan Reyza. Kadang-kadang timbul juga rasa cemburu Amel dengan persahabatan kedua lelaki itu.

"Eh, hampeh betul lah kau ni Amel. Kan ke keduanya itu lelaki. Itupun nak rasa jeles. Ketuk kepala baru tahu," bisik Amel sendirian di dalam biliknya.

Tergerak hati Amel untuk membuka laci almari soleknya. Kotak baldu merah kecil yang diletakkan di dalam laci itu dikeluarkan dan dibuka. Tersenyum dia melihat cincin yang dikatakan oleh Reyza adalah kepunyaan Farid. Cincin itu diambil dan disarungkan ke jari manisnya.

"Kalau kau tak suka kat aku lagi , aku anggap ini hanyalah hadiah yang akan aku pakai sampai bila-bila. Hadiah dari seorang kawan baik aku."

Amel keluar dari biliknya. Hari ini dia berjanji akan keluar dengan Farid. Katanya ada hal penting yang hendak dia beritahu pada Amel nanti.

"Dah siap nak keluar ke Mel?" Jamie yang sedang merapikan pakaian yang dipakainya itu menegur Amel. Dia juga ada temujanji dengan Airul.

"Haah. Farid dah tunggu aku kat depan tu."

"Okey lah... elok-elok keluar tu..." pesan Jamie sambil ketawa kecil.

"Ye... Kau pun elok-elok juga."

Amel keluar dari rumah sewanya dan menuju ke luar pagar. Farid sedang bersandar pada keretanya. Memang itulah sikap Farid yang sangat disenangi Amel. Farid akan menunggunya di luar kereta untuk memastikan keselamatan Amel.

"Dah lama tak kau tunggu aku ni Farid?"

"Lama lah dari semalam lagi..."

Buk!

Satu tumbukan dilayangkan Amel di bahu Farid.

"Aku tanya betul-betul, dia main-main pula. Rasakan. Sakit tak?"

"Eleh, kalau penumbuk besar tangan kau tu, bukan sakit, rasa pun tak."

Menjeling Amel melihat Farid. Farid simpan senyum.

"Dah, jom kita gerak. Aku nak ajak kau breakfast. Lepas tu kita jalan-jalan kat taman bunga. Lepas tu kita makan tengahari, solat dan kita pergi jalan-jalan lagi. Last kita pergi tengok wayang. Bolehkan Mel? Mana tahu ini last kita boleh keluar sama-sama."

Amel menggenggam seatbelt di bahunya. Lain macam pula kata-kata Farid kali ini. Setiap hari mereka akan berjumpa. Takkan boleh pula last melainkan ajal menjemput salah seorang dari mereka. Eh! Takkan Farid nak mati pula. Astaghfirullah... Sempat Amel berfikir yang bukan-bukan dan beristighfar.

"Kenapa kau cakap ini kali terakhir kita keluar? Kau nak pergi mana?" Amel bertanya Farid.

"Nanti lah . Sampai kat restoran nanti , aku cerita pada kau."

Berdebar juga jantung Amel. Apa agaknya yang hendak dikatakan oleh Farid.

Sampai sahaja di sebuah Restoran Masakan Kampung, Farid dan Amel keluar dari kereta menuju ke dalam restoran itu. Mencari sudut yang jauh sedikit dari pelanggan lain.

Seorang pelayan datang mengambil pesanan dan beredar dari situ.

"Farid, kau bagi tahu aku apa yang kau nak cakap tadi."

"Kita sarapan dulu. Lepas tu baru aku cakap."

"Taknak. Aku nak kau bagi tahu sekarang juga."

"Hish, kau ni tak sabar betul. Ye lah , aku beritahu. Hmm, macam ni. Malam tadi Encik Anwar telefon. Kau kenalkan Encik Anwar tu siapa?"

Cinta Gadis Bunga (Completed)Where stories live. Discover now