Bab 57

2.5K 86 85
                                    

Reyza menggeliat. Selesanya dia tidur semalam. Tak terasa sejuk kerana dia memeluk erat Camelia .

Camelia pula tidak lena tidurnya sepanjang malam. Bertambah beku dengan pelukan erat Reyza. Puas dialihkan tangan Reyza tetapi tidak beralih pun tangan itu. Sudahlah malu Camelia mengingati tragedi malam tadi. 🙈😂😂

"Sayang... Feeling better, sayang?" Tiba-tiba Reyza menyoal apabila Camelia hanya merenung wajahnya. Reyza menyembunyikan senyum, walaupun dalam keadaan bangun tidur pun , isterinya begitu comel di matanya. Hish, parah sungguh kau , Reyza.

Camelia mengangguk sebelum melarikan matanya ke arah lain. Cuba untuk bangun tetapi ditarik kembali oleh Reyza. Adoiii...dah kenapa dia ditarik dan suaminya itu asyik menempek di sisinya. Selimut ditarik rapat ke dada. Mukanya pasti bertukar warna merah kerana malu. Tidak tahu untuk mengelak diri dan bangun.

"Sekejap je ye sayang. 10 minit. Lepas tu kita bangun bersihkan diri dan solat. Lagipun pukul 10 kita ada jemputan dari Farid dan Amel untuk perasmian Amel Flowery."

Camelia mengangguk. Mereka berdua saling tersenyum apabila pandangan mereka bertaut seolah-olah menganyam bahagia dengan kehidupan yang mereka lalui sekarang ini.

Terima kasih Ya Allah! Itulah doa yang dititip oleh mereka dalam hati. Cukup indah!

*****

Farid memandang Amel . Si isteri membuat muka manja memujuk suaminya.

"Betul ke sayang nak pergi sendiri ni? Abang tak nak sayang lambat nanti. Jangan perasmian dah separuh baru sayang tiba."

"Abang janganlah risau. Abang pergi ambil umi , walid, ibu dan ayah kat Hotel Mirwana. Nanti Amel datang tepat waktunya. Lagipun Amel ada nak beli sesuatu."

"Okeylah sayang. Hati-hati ye. Abang tunggu sayang kat Amel Flowery."

Cup! Satu kucupan sayang diberikan di pipi Amel. Kucupan yang menjadi kebiasaan buat Farid pada Amel .

"Love you sayang!"

"Love you abang!"

Selepas tangan Farid disalam dan dikucup Amel, Farid keluar dari rumah. Amel pula kelam kabut masuk ke bilik mengambil keputusan pregnancy yang akan diberi pada Farid nanti. Kemudian dia akan ke butik untuk mempersiapkan dirinya agar nampak lebih cantik dari biasa.

Amel meluncurkan keretanya ke Butik Amara. Tiba di butik itu dia disambut oleh Puan Amara sendiri.
Puan Amara diminta oleh Amel menyolek dan menyiapkannya. Dress juga ditempah dibutik itu. Ini juga satu kejutan buat suami tersayang.

Puan Amara mula menyolek Amel. Dihias wajah Amel seperti seorang model. Selepas siap menyolekkan Amel , Puan Amara merenung Amel yang bertambah cantik selepas disolek. Persis model Pan Asian.

"Cantiknya Amel. Mesti terpegun suami dan mereka yang melihat Amel nanti. Amel dah boleh tukar dress yang Amel tempah hari itu. Pergilah! Tak sabar saya nak tengok Amel yang cantik bak Puteri ini."

Tersipu-sipu malu Amel dipuji Puan Amara. Amel mengambil dress yang diberikan oleh Puan Amara dan membawa ke bilik persalinan. Melihat wajahnya yang cantik disolek di hadapan cermin di bilik itu. Berbangga sekejap Amel. Kemudian dia menukar baju yang dipakainya dengan dress yang ditempah.

Terpegun dengan keindahan tubuh dan wajahnya ketika ini. Selepas berpuas hati , Amel keluar dari bilik persalinan. Puan Amara menoleh ke arah Amel. Terkedu dan terpegun Puan Amara.

"Ya Allah! Cantiknya kamu. Mari saya pakaikan tudung."

"Puan, terima kasih untuk semuanya." Amel memeluk Puan Amara. Terharu dengan bantuan wanita itu menghias dirinya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 01, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cinta Gadis Bunga (Completed)Where stories live. Discover now