Bab25

1K 66 99
                                    

Jom dengar lagu hindustan...

"Amel, kau buat apa dalam bilik air lama-lama tu? Jenuh aku duk tunggu kau kat pintu bilik air ni," rungut Farid yang sedari tadi menunggu Amel di luar bilik air, tapi Amel betapa pula di dalam tu. Sebenarnya dia takut Amel terlalu bersedih sampai toreh tangan sendiri. Mana tahu . Hish, teruk sangat pemikiran Farid yang terlalu risaukan Amel. Takkan Amel sanggup buat dosa tak masuk syurga tu. Kepalanya diketuk beberapa kali.

"Kalau dah jenuh, pergilah kau kat depan tu. Kau rajin sangat nak tunggu aku buat apa?" Kedengaran suara Amel dengan suara sengau dia seperti sedang menangis.

"Eh, aku pula dia marah. Dia ni tak nak balik ke? " kata Farid sendiri.

Berfikir sebentar Farid. Amel menangis sebab Encik Reyza layan dia acuh tak acuh tadi ke? Hish Amel ni... Pasal lelaki tu sanggup dia bazirkan air mata.

"Amel, aku ni bukan nak sangat tunggu kau. Kau tak nak balik ke? Kan dah waktu nak balik ni? Takkan kau nak tido dalam bilik air tu. Kalau kau nak tido sini , kita orang balik dululah ye?" Saja Farid bercakap begitu agar Amel keluar dari bilik air.

Krik!

Pintu bilik air terbuka. Kelihatan Amel dengan matanya yang sedikit bengkak dan merah. Lega Farid melihat Amel akhirnya keluar juga dari dalam bilik air itu. Sekurang-kurangnya tidaklah dia risau dan perlu ambil kerusi duk tunggu Amel sebab penat berdiri. Kerana Amel., sanggup dia jadi guard depan bilik air.

"Amel, cepatlah, kau tak nak balik ke? Aku nak ajak kau singgah dekat mall tu kejap, nak beli cream dan lotion aku dah habis." Jamie muncul di situ memanggil Amel.

"Hmm, nak baliklah ni..."

Terkebil-kebil Farid ditinggalkan Amel yang berlalu pergi dipanggil Jamie. Lebih menyakitkan hati dilanggar aje tubuhnya oleh Amel.

"Apakah nasib kau ni Farid. Penunggu setia yang kena reject . Hai!" Mengeluh Farid dengan nasib diri sendiri."Aku pun nak baliklah. "

***********
Di dalam mall, Amel hanya berdiam diri.. Fikirannya melayang entah ke mana. Jamie sempat juga menoleh beberapa kali ke arah wajah Amel. Takkan Amel marah dia pula. Macam takde mood aje kawan dia ni.

"Amel, aku tak tau salah aku apa, tapi aku nak tanya juga kau. Kau marah aku ke? Aku ada salah cakap ke Amel," tanya Jamie. Mana tahu betul Amel terasa hati dengan dia pasal tegur Encik Reyza. Bukan kata apa pun.

"Takde apalah Jamie. Aku rasa letih aje. Semalam aku kurang tidur. "

"Laa , kau tak tidur rupanya semalam. Bukan kau balik lambat dating dengan Encik Reyza ke?. Aku tanya aje tau. Kau jangan salah faham pula."

"Hish, dating apa pula. Kami pergi jalan-jalan biasa aje. Kau tak dengar ke tadi yang Encik Reyza belikan bunga untuk kekasih dia tu?" ujar Amel dengan wajahnya yang muram.

Jamie mencebik bibirnya. Ada bau cemburu dekat situ. Macam dia tak tau yang Amel terasa hati dengan lelaki itu. Masih tak serik si Amel ni. Nampak sangat lelaki itu tidak kisah dengan Amel. Entah- entah Encik Reyza tu sahaja hendak buat Amel tempat menghiburkan hati dia.

"Amel kau..."

"Kak Amel , kak Jamie..." Tiba-tiba kedengaran suara perempuan memanggil mereka. Menoleh Amel dan Jamie . Kelihatan Ainnur Kasih adik Reyza sedang tersenyum manis memandang mereka.

Senyuman manis dibalas oleh Amel dan Jamie. Ainnur Kasih menghampiri mereka dan memeluk keduanya silih berganti.

"Akak buat apa dekat sini? Rindu dekat akak berdua. Dah lama tak jumpa. "

Cinta Gadis Bunga (Completed)Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum