Bab28

1.1K 84 116
                                    

Lagu Kau Pilih Dia...

Puan Sri Amira menghempaskan punggungnya di atas sofa dengan wajah masam mencuka. Terasa geram hatinya bila memikirkan apa yang dilihat olehnya di mall tadi. Bermacam rasa bermain di fikirannya ketika ini. Ainnur Kasih di sebelah hanya berdiam diri. Dia berasa lega, akhirnya mamanya dapat menghidu ketidakikhlasan kekasih abangnya itu.

"Assalamualaikum..." Reyza yang baru pulang dari kerja itu memberi salam buat mama dan adiknya yang ada di ruang tamu .

"Waalaikumusalam..." sahut Puan Sri Amira dan Ainnur Kasih serentak.

Puan Amira memandang wajah Reyza. Kalau diikutkan hatinya yang panas mahu sahaja dia memberitahu apa yang dilihat di mall tentang pemakaian Camelia. Namun mengingatkan plan Ainnur Kasih , niat di hatinya dikuburkan dahulu.

"Awal Rez balik... Rez tak keluar dengan Lia hari ni ke?" Puan Sri Amira cuba berbasa-basi dengan anaknya itu.

Melabuhkan punggung di sebelah Ainnur Kasih, Reyza tersenyum manis.

"Tak ma... hari ni Lia ada belajar mengaji dengan ustazah di surau. Dia pun sedang belajar agama dengan mama dia..." ujar Reyza.

Puan Amira sengaja membuat wajah gembira. Padahal hatinya geram dengan pembohongan Camelia.

"Untung Rez dapat Camelia. Mama juga beruntung dapat menantu yang macam tu. Rindu pula mama dekat Camelia tu."

"Terima kasih ma sebab terima pilihan hati Rez tu... Okeylah ma, Rez naik mandi dan berehat dulu." Bangun Reyza dari duduknya. Sempat dia mengetuk kepala adiknya yang memandangnya dengan satu ejekan.

"Oo, ye Rez... hujung minggu ni, mama nak Rez bawa Lia awal pagi datang ke sini. Mama nak luangkan masa dengan bakal menantu kesayangan mama tu. Malam pula jemput mama dan papa dia datang dinner dekat rumah kita."

Reyza menganggukkan kepalanya tanda setuju.

"Kau siap kau anak beranak. Pandai aje kau orang menipu aku. Lepas ni kau tahulah nasib kau.  Aku ajar kau orang cukup-cukup..."  Puan Sri Amira berkata dalam hati. Memang tidak sabar dia memunggu hujung minggu ini.

************
Di kampung...

"Awak dah fikir masak -masak ke nak teruskan hajat awak ni Melah..." Encik Anwar bertanya pada isterinya Puan Ramlah.

Dia bukannya apa, tidak mahu memaksa anak lelakinya memilih jodoh mereka. Lagipun Farid tu dah cukup package untuk memilih jodoh sendiri.

"Saya cuma nak yang terbaik untuk Farid. Saya taknak Farid tersalah pilih nanti. Abang  jangan risau la... saya tahu Farid takkan menentang punya. Tugas abang sekarang telefon si Farid, yang lain tu biar saya yang uruskan."

Mengeluh Encik Anwar. Memang dia sudah pun telefon Farid tapi Farid baru buat panggilan semula  yang dia tidak dapat pulang ke kampung hujung minggu ini kerana ada hal yang tidak dapat dielakkan.

"Abang dah pun telefon Farid. Dia tak dapat balik hujung minggu ni. Dia pesan suruh awak batalkan kenduri katanya. Tunggu sampai dia ada masa baru dia balik."

"Laaa, takkan asyik nak tangguh aje. Saya dah berkenan pun dengan anak kawan kita tu. Takut saya gadis itu dikebas orang lain pula nanti."

Encik Anwar terdiam. Tidak berkata apa-apa. Jodoh bukan boleh dipaksa.

"Saya rasa awak tangguhkan dulu niat awak tu Melah. Tunggu Farid ada masa untuk pulang. Tak usah dipaksa. Biar dia pilih jodoh dia sendiri. Lagipun mungkin dia dah ada pilihan sendiri. Kita tak payah lah paksa si Farid tu."

Cinta Gadis Bunga (Completed)Where stories live. Discover now