Bab 10

1.2K 87 102
                                    


Puan Sri Amira memperkenalkan Amel, Jamie dan Farid kepada beberapa orang kawannya. Dapatlah juga keuntungan bila berhadapan dengan mak datin . Ramai juga yang membuat tempahan . Biasalah , ada yang elok pekerti ,tidak sombong dan ada juga yang berlagak tahap melangit.

Orang yang mendapat perhatian lebih adalah Farid. Memang popular lah Farid malam ini. Dikerumuni mak datin yang glamor . Harap Farid tidak jadi anak ikan mereka sudah.

Mulut bau longkang pun biasalah tidak terkecuali. Salah seorangnya adalah Datin Yana. Kenalkan siapa? Tidak lain tidak bukan mama si mamalia tulah. Farid menggelarkan Datin Yana kucing Siam. Taknak kalah dengan anaknya bila lens yang dipakai berwarna hijau. Padanlah tu . Anak bermata biru dan si mamanya pula bermata hijau.

"Tak sangka gadis jual bunga pun ada hati nak hadir dalam majlis ni ye?" perli Datin Yana. Memang dia geram di sepanjang majlis, Puan Sri Amira melayan mereka lebih baik dari anak gadisnya.

"Oo , ada larangan ke untuk hadir di majlis ni? Tak nampak pula kat depan pagar tu tulis apa-apa," Farid mencelah. Sedari tadi dia menahan mulutnya dari bersuara.

"Kalau saya nak order bunga untuk kematian kawan bukan Islam saya, bolehkan?" Tidak mahu mengalah Datin Yana.

"Boleh aje datin. Kalau nak order untuk kematian datin pun boleh juga," ujar Farid yang masih geram dengan mak datin berlagak ini. Terjojol biji mata Datin Yana. Kalau cuping telinganya cuping telinga palsu, memang sudah jauh terpelantingnya.

"Dahlah tu Farid. Jangan buat kacau kat majlis orang pula," Amel menegur Farid. Risau pula dia dengan mulut kawannya yang seorang ini.

"Hish, kau ni? Kau nak orang hina kita ke? Aku memang tak boleh ni?" ujar Farid menahan marah.

"Hai, mama. Mama pun nak jadi kawan dia orang ke? Ma... Takde class lah ma... " Camelia menghampiri Datin Yana dan berkata perlahan di cuping telinga mamanya tapi masih didengari oleh Farid dan Amel. Jamie sudah bergerak ke meja buffet. Puan Sri Amira juga sudah melayan tetamu yang lain. Inilah masanya Camelia hendak kenakan Amel cukup-cukup.

"Hish tak kuasa mama. Takde standard mama nak layan dia orang ." ujar Datin Yana dengan senyuman sinisnya.

Amel menoleh Farid yang sudah berubah wajah itu. Dia tahu Farid tidak senang dengan kata-kata Camelia dan mamanya. Adoii nampaknya dia orang anak beranak ini sudah menjolok sarang tebuan.

"Siapa aje yang heran dengan standard datin tu? Matipun ditimbus tanah juga. Tak taulah kalau datin mati ditimbus dengan duit dan emas berlian. Oo ye. Lupa. Dengan bunga yang datin nak order tu ." Kan dah kena setepek. Farid kau jangan buat main.

"Farid kau ni? Tak payahlah nak jawab lagi. " Gerun pula Amel melihat Farid. Farid mengetap bibirnya memandang Amel. Mana boleh diam.

"Kau boleh jangan menggelabah tak Amel. Jangan datin perasan ni tak kena , kau pula yang makan siku aku sekejap lagi ," geram Farid asyik dari tadi suruh dia diam. Takkan nak biar orang pijak kepala dia. Memang taklah!.

Datin Yana dan Camelia sudah merah muka mereka. Namun tidak berani membalas kata-kata dan pandangan tajam Farid.

"Aunty, sayang , dah makan tak ni? Jom kita pergi ambil makanan," pelawa Reyza yang muncul di situ.

"Reyza, aunty rasa, aunty nak baliklah. Macam aunty tidak diperlukan di majlis ini? " Datin Yana beredar mendapatkan Dato' Aidil. Merajuk lah tu. Mak dan anak sama- sama kuat merajuk.

"You pergilah pujuk mama I tu. Tengoklah , semua ni pasal budak-budak bunga yang mulut celupar ni. Mama you pun bukannya nak layan mama I. Youuu..." Camelia mula menggedik manja.

Cinta Gadis Bunga (Completed)Where stories live. Discover now