Bab 7

1.2K 83 126
                                    

Dengarkan lagu Dalam Benci Ada Rindu.

Camelia mengejar susuk tubuh Reyza yang meninggalkannya kerana berang dengan sikap Camelia yang mengedik tidak tentu pasal di pejabatnya. Malu masih terasa pada Fatimah setiausahanya itu.

"You... Tunggulah I. Lajunya you jalan. I tak larat nak kejar you." Termengah-mengah Camelia mengejar langkah kaki Reyza

Akhirnya Reyza memberhentikan hayunan kakinya. Menoleh ke belakang melihat Camelia yang sedang membongkokkan badannya menahan kepenatan. Kasihan dan tidak sampai hati melihat kekasih hati kesayangan penat mengejarnya . Berjalan mendapatkan Camelia. Menarik tangannya berdiri.

"Jom, kita duduk atas batu ni dulu. Hilangkan mengah sayang tu..." ujar Reyza sambil menarik Camelia ke tepi tebing longkang di bahu jalan .
Camelia hanya berdiri.

"You..." suara manja Camelia memanggil Reyza.

"Hmmm, " sahut Reyza yang sudahpun melabuhkan punggungnya di atas batu itu. Camelia memuncungkan mulutnya menunjuk ke arah batu itu. Reyza menepuk dahinya tersedar sesuatu. Rupanya Camelia menyuruh Reyza mengalas batu itu sebelum dia duduk. Ini adalah sifat Camelia yang pembersih . Tidak akan sebarangan duduk di tempat awam . Reyza yang mengerti dengan apa yang ditunjukkan Camelia, mengeluarkan sapu tangannya dan mengalas batu itu. Camelia tersenyum melirik dan terus melabuhkan punggungnya.

"Sayang juga you kat I kan ?" ujar Camelia manja.

Camelia melentokkan kepalanya di tepi bahu Reyza. Terkejut Reyza. Camelia seperti sudah berubah menjadi kucing miang. Tempat awam pun tidak menjadi masalah kepada Camelia. Reyza menolak perlahan kepala Camelia.

"Sayang, tolong jaga perangai tu sikit. Tempat awam kan? Satu lagi , I nak sayang jaga kelakuan bila berada dalam pejabat I. I taknak pekerja I rasa kurang hormat pada I nanti," jelas Reyza pada Camelia.

Bibirnya dicebikkan tanda meluat. Asyik hendak fikirkan pasal pekerjanya sahaja. Pergi jalan dengan dia orang tu. No class! Fikir Camelia.

"Alaaa, mana ada yang nampak? Fatimah setiausaha you yang kekampungan dan kolot itu aje yang nampak tadi," selamba aje Camelia menutur kata.

Menggeleng Reyza mendengar bicara Camelia. Malas dia hendak bertelagah dengan gadis ini. Kalau merajuk payah pula dia hendak memujuknya. Nasib sayang, kalau tidak lama sudah ditinggalkan si Camelia.

************

Farid mengerling jam di tangannya . Sudah hampir makan tengahari. Penat dia dari tadi mengemas bunga-bunga yang baru tiba di Nadia flowery. Amel pula sedang sibuk mengubah bunga buat mamat handsome, crush dia . Jamie, ke mana pula menghilangnya perempuan itu?

Farid perlahan-lahan melangkahkan kakinya mencari Jamie. Ternampak dia kaki Jamie terjulur di celah kotak besar yang berisi bunga plastik.

"Amboii,  bukan main lagi berehat  kau ye cik kak? Aku ni yang penat angkut barang, huh!" Farid membaling span ke arah Jamie.

"Kau ni... aku baru nak berehat lah! Lagipun panaslah!" rungut Jamie.

Farid cekak pinggang. Tajam matanya memandang ke arah Jamie. Memang kepantangan dia, orang tak tahu bersyukur ini.

"Inilah masalah perempuan macam kau ni. Kerja , asyik nak merungut aje. Panas sikit tak boleh. Langsung tak bersyukur dengan pemberian Allah. Kau tengok bangla kat tepi jalan tu. Seharian berpanas. Masih juga tekun bekerja. Takde merungut pun. Kau belum lagi rasa api neraka.  Baru rasa bahang di dunia kau dah tak tahan.," bebel Farid geram.

Gulp! Air liur ditelan kesat oleh Jamie. Wajah serius Farid dan mukadimahnya membuatkan wajah Jamie berubah  dan meremang bulu romanya. Malu pula dia dengan mamat selenga ini.

Cinta Gadis Bunga (Completed)Where stories live. Discover now