Bab 32

1.1K 75 41
                                    


Camelia mengamuk dan bermacam maki hamun yang keluar dari mulutnya. Datin Yana juga mengeluarkan sumpah seranahnya buat Puan Sri Amira dan keluarganya.

"Mama memang dah agak Puan Sri tu saja nak kenakan kamu. Malu mama."

"Kalau Lia tahu, memang Lia tak pergi awal-awal. Dahlah dibiarkan Lia masak seorang diri kat dapur tu. Kipas rosak lah . Dia sakit kepala lah. Rupanya bukan main mengekek ketawa dengan anak perempuan dia tu. Geram je Lia tengokkan."

"Mama tengoklah makanan ni. Dah tak boleh makan tu, buang ajelah. Boleh pula dia suruh kita bawa balik untuk makan malam. Sial punya Puan Sri." dengus Camelia berang.

Datin Yana memicit dahinya yang terasa sedikit bengal.

"Apa yang kita nak buat ye? Rasanya Puan Sri mesti akan melarang Reyza berkahwin dengan kamu. Kamu jangan jadi bodoh Lia. Mama nak kamu paksa Reyza tu macam mana pun."

"Mama jangan risau lah. Lia akan pastikan Rez tetap jatuh dalam genggaman Lia. Kalau susah-susah Lia sanggup cari bomoh yang pandai-pandai untuk capai hasrat Lia."

"Pandai anak mama. Jangan risau mama akan tolong kamu."

Berani kedua beranak itu bercakap begitu sebab Dato' Aidil tidak ada di rumah. Selepas habis sahaja lunch di rumah Tan Sri Iskandar, beliau terus pergi outstation. Katanya ada meeting tergempar dengan klien. Entah-entah berjumpa dengan isteri keduanya dan anak kecilnya.

"Eh, kau boleh bersandar kat sofa tu. Bukannya kau nak ke dapur buat kan kita orang air. Banyak besar rupanya kau ye?" Datin Yana menegur Mak Som yang relax bersandar di sofa ruang tamu itu sambil melelapkan matanya. Bukan Mak Som dengar pun bebelan Datin Yana. Mulutnya ternganga sambil berdengkur lena di atas sofa itu.

"Bodohnya orang tua ni ma... Boleh pula dia terlelap kat atas sofa ni. Dah lebih nampaknya ni..." Camelia bangun dan desert tak jadi yang dibekalkan oleh Puan Sri tadi dikeluarkan dari plastik dan dilumurkan ke muka Mak Som.

Terpisat-pisat Mak Som. Terkejut dia melihat wajah mencuka Camelia yang melumur mukanya dan wajah datin yang buruk itu memandangnya tajam.

"Erghh, erghh..." Tidak tentu arah Mak Som dan terus berdiri dalam keadaan yang mamai.

"Kau pergi ke dapur sekarang? Sedap pula kau tidur ye. Kau buatkan air untuk kita orang sekarang?" arah Camelia geram.

"Ba... baik Cik bodoh... eh, Cik Lia. Saya ke dapur buatkan datin dan Cik Lia air." Bergerak Mak Som ke dapur dengan wajahnya yang sudah comot dilumur desert.

"Tak boleh tengok orang senanglah datin ni... Padan dengan muka kau anak beranak dimalukan oleh Puan Sri. Memang anak kau kena reject punya. Kalau buang kuku berdarah berani aku jamin Puan Sri tak suka kat anak kau tu. Sukanya hati aku." Sempat Mak Som mengutuk datin dan Camelia. Wajahnya dibersihkan di sinki.

Selepas itu Mak Som membancuh kopi o seteko dan membawanya ke ruang tamu.

"Datin, Cik Lia, ni airnya dah siap."

Menjerlung mata Datin Yana memandang Mak Som. Kopi O panas yang berasap itu membuat Datin Yana bertambah bahang. Mak Som sudah merasa lain macam dengan renungan tajam datin padanya.

"Kau ni ada otak ke tidak hah?"

"Eh, adalah. Kalau takde otak, dah matilah saya." Menjawab pula Mak Som. Bertambah mendidih darah  Datin Yana.

"Menjawab , menjawab. Cuba kau tengok cuaca kat luar tu panas ke sejuk. Kau buat air kopi o panas ni dah kenapa? Dah takde ais ke dalam peti sejuk aku tu? Bodoh!!!"

Terkebil-kebil mata Mak Som dimarahi lagi oleh datin. Sementara Camelia ketawa mengejek Mak Som.

"Kan Lia dah cakap. Memang bodoh orang tua ni. Entah apa punya orang agaknya yang papa pungut. Memang sesuai duduk kat bawah jambatan orang macam ni." Sejurus menghina Mak Som, Camelia berlalu meninggalkan ruang tamu itu ke tingkat atas biliknya. Datin Yana juga mengekori Camelia. Sempat dia memberi jelingan tajam buat Mak Som.

Cinta Gadis Bunga (Completed)Where stories live. Discover now