Bab 44

906 72 44
                                    

Sudilah baca bab sebelum ini dulu ye. Terima kasih.✌️😍😂


"Wahhh, nampak gembira kau ye Amel. Dari tadi asyik kau belek cincin berlian tu. Untunglah kau dapat bertunang dengan crush sendiri." Jamie mengusik Amel sambil mencebikkan bibirnya.

"Alaaa kau ni. Aku sebenarnya memang tak sangka yang tunang aku adalah Encik Reyza." Tersengih-sengih Amel sambil membelek lagi cincin di jari manisnya.

"Entah-entah cincin yang kau pakai tu cincin Farid. Mana tahu Farid beralah dan dia juga yang minta si Reyza tu bertunang dengan kau. Silap-silap barang hantaran tu semua dari Farid bukan Reyza."

"Eh, bila kau sebut pasal Farid, aku tak nampak dia dari tadi. Dia takde ke? Takkan dia taknak ucap tahniah pada aku."

"Baru sekarang kau perasan dia takde. Sudahlah Amel. Tak payahlah kau sibuk-sibuk nak cari dia lagi. Kau tu dah jadi tunang Encik Reyza, jadi tak perlu nak tanya pasal Farid lagi. Ni ada surat untuk kau."

"Surat? Surat dari siapa?"

"Entah! Kau bacalah."

Surat yang dihulur Jamie dibuka lipatannya.

Hai Amel, kawan baik ku dari kecil. Aku nak ucapkan selamat bertunang pada kau dan Encik Reyza. Tentu kau happy kan? Hasrat kau dah tercapai. Kau akhirnya dah jadi tunangan orang yang kau cintai. Aku turut gembira dan bahagia dengan senyuman kau tu.

Kalau aku yang bergambar di sebelah kau mesti muka kau macam asam kecut kan. He he. Nasib Encik Reyza yang ada di sebelah kau.

Amel, macam mana. Gempak tak surprise untuk kau tu. Takkan lah aku pula nak bertunang dengan kau. Aku ni kan kawan baik kau. Aku dan keluarga kau saja nak duga kau aje. Okeylah Amel. Lepas ni kita takkan selalu bersama lagi kan. Kau kena jaga diri kau sebagai tunang orang. Tapi aku ada aje kalau kau dalam kesusahan ataupun perlukan pertolongan aku.

Oklah Mel. Selamat bertunang ye. Semoga jodoh kau kekal sampai hari pernikahan nanti.

Dari kawan baik kau
Farid (Superman , Spiderman, autraman)✌️✌️

Tersenyum Amel. Rupanya Farid dan keluarganya sengaja hendak mengenakannya. Tunggulah nanti bila dia balik kerja. Akan dikerjakan Farid cukup-cukup.

Di kolam ikan, Farid masih termenung. Tiba-tiba bahunya ditepuk oleh seseorang. Menoleh dia pada gerangan yang menepuk bahunya itu.

"Airul?"

"Abang buat apa duduk dekat kolam ikan ni seorang diri?"

Keluhan dilepaskan Farid. Dia tersenyum memandang Airul.

"Airul pula kenapa dekat sini? Bukan nak tolong dia orang berkemas."

"Dah ada yang buat dah. Dah nak siap dah . Kenapa abang takde kat majlis tu? Abang sedih eh?"

"Takde lah. Abang okey je. Anak lelaki mana boleh bersedih sangat. Abang happy kalau Amel happy. Akhirnya dia dapat juga cinta Encik Reyza tu."

"Semua tu sebab abang kan? Abang yang dah berkorban untuk kebahagiaan akak. Kalau Airul kat tempat abang, Airul pasti akan frust. Tak tahulah sampai bila."

"Eh, abang dah lambat ni. Abang kena balik Kuala Lumpur hari ni. Esok banyak tempahan yang customer nak ambil. Jom lah balik." Farid tidak mahu lagi berbicara pasal Amel. Amel sudah jadi tunang orang. Dia tidak mahu menjadi sebahagian dalam hidup Amel.

"Bukan abang bercuti lama ke?"

"Mana ada. Pandai-pandai ajelah Airul ni. Okeylah , nanti Airul ambillah cuti. Balik dengan Amel."

Cinta Gadis Bunga (Completed)Where stories live. Discover now