Bab 2

2.1K 118 261
                                    

Dengarkan lagu Bunga.

        Farid kawan baik Amel

Keduanya tertunduk membisu tanpa kata

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Keduanya tertunduk membisu tanpa kata. Boss di hadapan mereka seperti singa betina kehilangan anak. Rambut Kerinting yang mengerbang dengan badannya yang nampak chubby memang menakutkan ketika ini. Di sebelahnya berdiri seorang gadis yang berwajah serious. Pekerja baru kot.

"Boleh kamu berdua jelaskan pada saya apa yang dah kau orang buat semalam?" soal Nadia pemilik Nadia Flowery.

"Apa yang dah kita buat ni?" soal Amel bengang.

"Entah... Rasanya takda apapun yang kita buat kan?" jawab Farid selamba.

"Kau orang ni berbisik- bisik tu apa hal? Kau ni kan Farid, saya suruh kamu jaga kedai ni elok-elok dan layan customer elok-elok tapi kamu buat apa ehhhh...," bebel Puan Nadia lagi.

Farid tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Pelik pula. Memanglah dia jaga kedai elok-elok. Kedai masih juga di bangunan ini. Tidak beralih ke manapun. Customer pun okey aje. Cuma ... seorang tu si mamalia . Oo ini mesti kerja si mamalia. Siap kau perempuan... Getus Farid dalam hati.

"Farid!?"

"Oo mak kau singa betina!" Terkejut Farid disergah Puan Nadia.

"Ha ha ha... Singa... ermmm..." Amel tidak jadi meneruskan kata-katanya bila dia pula jadi sasaran mata Puan Nadia. Ditekup mulutnya dengan tangan.

"Yang ni lagi seorang. Baru kerja dah main-main. Jangan sampai saya pecat awak ,"

"Errr, puan... Janganlah pecat saya. Saya suka kerja kat sini. Tolonglah ya puan," rayu Amel agar dia tidak diberhentikan. Bukan mudah nak cari kerja sekarang.

Puan Nadia menjeling kedua pekerjanya itu. Bukan dia hendak marah sangatpun. Tapi ada aduan yang diterima terpaksalah dia bertindak. Lagipun aduan tu dari seorang anak dato'. Bukan calang-calang orang.

"Selepas ni , saya taknak dengar lagi aduan dari customer.  Ni saya nak perkenalkan awak berdua dengan seorang pekerja baru. Jamie," ujar Puan Nadia. Seorang gadis yang agak seksi diperkenalkan pada mereka berdua.

"Hai, saya Farid. Ini kawan saya Amel. Selamat berkenalan, " ujar Farid . Sementara Amel menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan senyuman manis.

Jamie hanya menyambut salam Amel dengan  hujung jari sahaja. Wajahnya juga nampak berlagak. Farid di sebelah Amel mengetap bibir tanda geram. Berlagak konon. Jamie. Entah-entah Jamilah dari Kampung Pinang Sebatang.

************

"Reyza!?,"

"Ehhh, mama! Mama buat apa kat sini?,"  tanya Reyza . Kebetulan bertembung pula dengan mamanya semasa mengambil makanan di tray cafe itu.

Cinta Gadis Bunga (Completed)Where stories live. Discover now