Bab21

1K 77 97
                                    

Dengarkan Lagu JUJUR

"Kamu dah gila ke Yana?" tengking Dato' Aidil. Terkejut dia dengan tindakan isterinya itu.

"Habis, nak diamkan aje dia buat apa-apa kat si Lia ni? " jawab Datin Yana , melawan Dato' Aidil.

Dato Aidil menggeleng kepalanya. Geram pula dengan sikap Datin Yana yang suka bertindak melulu disebabkan Camelia.

"Awak nampak ke yang bibik ni buat apa-apa kat si Lia ni? Jangan-jangan anak awak yang buat perangai," marah Dato' Aidil dengan wajah berangnya.

"Bibik  Suri enggak buat apa-apa , dato',  datin." ujar bibik Suri dengan linangan airmata.

Kasihan Dato'  Aidil melihat wajah bibik Suri ketika ini. Sementara Datin Yana sudah mengetap bibirnya. Menunduk bibik Suri. Kecut perut dia bila Datin Yana menjeling tajam seakan memberi amaran padanya.

"Dah, jangan menangis lagi. Bibik bangun sekarang dan pergi berehat dalam bilik bibik. Nanti sapu minyak dekat dahi tu," kata Dato' Aidil simpati .

Bangun bibik dari atas lantai. Kelihatan wajahnya yang masih takut-takut itu memandang wajah Datin Yana dan Camelia silih berganti. Cepat -cepat dia beredar keluar dari bilik Camelia.

"Manjakan sangatlah orang gaji Indon tu. Susah-susah sangat kawin aje dengan bibik Suri tu," sindir Datin Yana pada
Dato' Aidil.

"Awak ni memang dah gila agaknya. Kalau  nak sangat bermadu, esok saya bawa balik madu awak. Saya pun malas dengan sikap awak ni. Saya keluar dulu. Awak dan anak awak boleh duduk dalam banglo ni senang lenang," sejurus berkata begitu, Dato' Aidil keluar dari bilik itu. Mungkin untuk berjumpa rakan-rakan perniagaannya mencari ketenangan.

"Pergilah! Pergilah! Tak balik pun lagi baiklah!" Dibalingnya teady bear besar Camelia ke muka pintu yang sudah tertutup itu.

"Ada hati nak kawin lain. Kalau nak rasa penangan saya buatlah. Jangan sampai saya bodohkan awak , baru awak tau,"

Astaghfirullahalazim,  memang  lenyap sudah iman dalam diri Datin Yana. Syaitan sentiasa menjadi kawannya sehingga dia terlupa kekuasaan Allah.

"Mama pelik . Sekarang ni ubat pengasih yang Tok Kulup beri tu dah tak mujarab lagi ke? Papa kamu asyik aje menentang mama," ujar Datin Yana yang selama ini rupanya bersekongkol dengan syaitan yang direjam.

Camelia mengusap belakang badan mama kesayangannya itu. Namun selepas itu, dia berlari masuk ke dalam bilik air. Perutnya  mengulas semula.

Selepas lima belas minit berada di dalam bilik air, Camelia keluar dengan menekan perutnya yang terasa sakit itu.

"Anak mama ni dah kenapa? Salah makan ke apa ni?" tanya Datin Yana risau.

"Entahlah mama. Selepas balik makan tengahari dari banglo  Reyza tadi ,  perut Lia sakit semacam. Asyik nak melabur aje."

"Jomlah! Kita ke klinik. Takut keracunan agaknya. Mesti mama Reyza tu masak makanan yang tak bersih." Datin Yana cuba membuat kesimpulan yang bukan-bukan.

Bersetuju dengan saranan mamanya,  Camelia bangun untuk menukar pakaian.  Takkan nak pakai baju kurung. Sekarang pun dia sudah rimas dengan pakaian itu.

Keluar dari klinik, hati Camelia bertambah panas. Celaka punya budak. Mesti dia yang masukkan julap dalam kopi o tadi. Memang nak cari nahas budak tu. Hatinya tidak akan tenteram kalau tidak membalas di atas perbuatan adik si Reyza.

"Sudahlah tu sayang. Lepas ni kita balas perbuatan budak tu. Kita jemput keluarga dia orang pula datang ke rumah kita. Nanti taulah mama nak ajar budak tu." Datin Yana menenangkan Camelia yang sedang marah itu.

Cinta Gadis Bunga (Completed)Where stories live. Discover now