Bab 17

1K 71 82
                                    

" Amel , walid dah setuju nak tunangkan kamu dengan si Leman anak pak Lamin tu. Kamu jangan pula menolak. Malu Walid dan umi kamu nanti. " ujar cikgu Zali tegas.

Melopong mulut Amel.

"Tidak! Amel tak setuju. Amel taknak. Tolonglah walid. Amel tak cintakan si Leman tu. Amel taknak!!." Tersedu sedan Amel menangis.

"Walid tak kira kamu setuju atau tidak , walid dah tetapkan harinya. Esok kamu akan ditunangkan."

"Taknak! Amel kata taknak, taknak lah! Kalau walid terima juga , Amel nak lari. " Menuruni anak tangga rumah kayu itu dan berlari laju. Kelihatan cikgu Zali mengejarnya dari belakang.

"Kau nak lari ke mana ah? " Tangannya ditarik cikgu Zali dan Amel yang hendak melepaskan diri menggigit tangan cikgu Zali.

"Arghh!!! Adoiii... sakitnya tangan aku..." terkejut Farid yang baru hendak mengejutkan Amel dari tidur lenanya, mencapai tangan Farid dan menggigitnya. Jamie yang lena di tempat duduk belakang kereta juga terkejut bila Amel terjerit seperti sedang berlari dalam kereta Farid. Teruk benar menggigaunya si Amel.

Matanya masih terpejam dan kakinya masih juga menendang - nendang dashbox kereta Honda Civic Farid. Kalau kereta kancil Amel memang sudah terbarai gamaknya.

Farid mencapai botol mineral water lima ratus ml yang berada di dalam kereta . Merenjis  wajah Amel dengan sedikit air di dalam botol itu. Terkumat-kamit mulutnya membaca ayat qursi . Takkan nak curahkan pula. Habislah nanti kusyen kereta barunya itu.

Terpisat- pisat Amel membuka kelopak matanya. Termenung dia sebentar.

"Kat mana ni Farid?" tanya Amel mamai.

"Oo... kau kat ladang getah si Leman ngok ngek,  tunang kau tu. Sedang  naik kuda berdua sambil disirami rintik-rintik hujan yang turun. Ha ha ha..." tergelak Farid melihat wajah Amel yang mamai itu.

Papp! Lengan Farid ditampar oleh Amel.
Menjeling dia memandang Farid.
Lebih -lebih lagi Jamie turut ketawakan dirinya.

"Kita ni dah sampai kat depan rumah kau. Nasib baik dah sampai.  Kalau tak mampus kau gigit aku masa aku tengah drive. Dahlah seronok aku tengok kau main polo dalam kereta aku."

Amel mencebikkan bibirnya. Agaknya teruk sangat ke dia mengigau tadi. Nasib bukan betul-betul dia ditunangkan. Malu juga dia pada Farid dan Jamie. Tapi lantaklah. Ada aku kisah!.

Ketiga-tiga mereka keluar dari kereta Honda Civic Farid. Beg baju dikeluarkan dari bonet. Memandang rumahnya yang tersergam indah . Walaupun rumah kayu tapi baginya itulah syurga dunia kerana di situlah dia dan adik beradiknya dibesarkan.Amel semakin berdebar.

"Okeylah , Amel . Aku balik dulu. Kirim salam kat umi dan walid ye? Petang nanti aku datang rumah kau." Masuk semula ke dalam keretanya.  Enjin kereta dihidupkan. Meluncur kereta Farid keluar dari halaman rumah Amel. Macam jauh aje lagaknya , pada hal sebelah rumah Amel aje.

Amel dan Jamie menapak ke tangga rumah kampung itu. Salam diberi dan terdengar suara lelaki menyahut salam Amel. Terjengol wajah yang dirinduinya di depan pintu rumah kayu itu.

"Walid! " Meluru Amel menapak ke anak tangga batu itu dan memeluk cikgu Zali. Umi Sarah yang terdengar suara Amel berlari dari dapur ke ruang tamu rumah . Amel yang melihat umi Sarah , meluru ke arah uminya pula. Memeluk dan mencium pipi uminya bertalu-talu.  Airmata gembira menitis di pipi kedua beranak itu . Terharu Jamie melihat suasana  seperti jejak kasih pula.

Mata umi Sarah  sempat melirik Jamie yang  berdiri di tepi pintu. Diteliti susuk tubuh Jamie. Seksi!. Mujur juga rambutnya tidak terlalu perang. Malam ini akan dipakaikan minyak Zam Zam ke atas rambut Jamie.

Cinta Gadis Bunga (Completed)Where stories live. Discover now