Bab29

1K 76 104
                                    

Hujung minggu menjelang tiba . Gembira sungguh di hati Camelia. Awal pagi Camelia sudah bersiap- siap untuk ke rumah Reyza. Baju kurung merah yang tersarung di tubuhnya begitu menyerlah dengan kulitnya yang putih gebu itu.

Turun dia dari tingkat atas terus matanya melilau mencari mamanya. Menuju ke ruang dapur kelihatan mamanya sedang memasak sambil terkumat kamit mulutnya seperti membaca sesuatu.

"Ohh mama..." Disergahnya Datin Yana sampai hampir tertumpah maggie kari yang dimasak oleh Datin Yana.

"Mama masak apa ni? Mak Som mana?"

Huh! Mengeluh Datin Yana. Memang sakit hati dia dengan mak Som.

"Orang tua tu ke mana je, kalau tak buat tahi mata lagi." jawab Datin Yana . Ada rasa tidak puas hati pada nada suaranya.

"Nampaknya mama pula dah macam orang gaji rumah ni. Mak Som tu dah macam tuan rumah pula." Sengaja Camelia menaikkan kemarahan mamanya.

Datin Yana tidak berkata apa-apa. Hari ini Dato' Aidil ada di rumah, jadi dia kenalah menahan hati segala perbuatan mak Som. Mentang-mentang adik angkat Dato' Aidil , boleh lah dia besar kepala bila adanya Dato'Aidil di rumah.

"Kamu ni pagi-pagi dengan pakaian merah menyala ni , nak ke mana?"

"Mama dah lupa ke, hari ni kita dijemput oleh keluarga Reyza makan tengahari di rumah dia. Lia ni , orang tua tu dah rindu sangat , tu sebab awal pagi disuruhnya Lia datang." Sungguh yakin Camelia berbicara.

"Oo, mama lupa . Takpelah... nanti tengahari mama dan papa kamu sampai. Kamu tu jangan lupa bodek orang tua tu kaw, kaw... Kamu jangan lupa bawa ubat pengasih yang mama bagi kat kamu tu..."

"Okeylah ma... Lia gerak dulu la... Mama jangan risau. Lia dah belikan orang tua tu hadiah. Bawal eksklusif. ."
Sejurus mencium pipi mamanya, Camelia bergerak untuk ke banglo Reyza.

************

"Bibik, hari ni bibik rehat ye? Saya bagi cuti pada bibik satu hari. Kalau bibik nak pergi dating ke, bibik pergilah." Puan Sri Amira sempat bergurau dengan bibik Noni orang gaji baru di rumahnya.

"He he... Enggak apa-apa puan. Bibik boleh aja duduk dalam bilik bibik. Bibik sudah tua, mana ada boypriend." Tergelak bibik Noni dengan giginya yang rongak di hadapan itu.

"Baiklah, suka hati bibiklah."

"Mama... Nah ,  semalam Ainn dah belikan buah- buahan dalam tin. Ainn nak perempuan tu buat desert nanti. Nanti bibik tolong Ainn keluarkan daging , ayam dan udang dalam peti sejuk tu. Jangan lupa juga ye bik, sayur-sayuran yang perlu dihias pada hidangan itu nanti." Macam bos , Ainnur Kasih mengarahkan bibik Noni.

Puan Sri Amira sudah memandang anak daranya lain macam sahaja. Memang dia tidak berkenan kalau buat arahan pada orang gaji macam tu.

"Banyak cantik muka Ainn. Ainn pun nak jadi macam si Lia tu juga ke? Suka arahkan orang buat kerja sesuka hati. Awak tu perempuan, pergi keluarkan barang-barang tu sendiri. Mama dah bagi bik Noni cuti hari ni."

Tergaru-garu kepala Ainnur Kasih. Malu pula dia pada bibik Noni . Terserlah pula perangai tidak senonoh dia.

"He he... Maaflah mama, maaf bik Noni. Ainn tak tahu bibik cuti tahun hari ni. Bibik gi la rehat. Nanti Ainn keluarkan semua barang tu sendiri."

Sebenarnya bukan Ainnur Kasih sahaja yang malu. Bibik Noni lagi malu bila terdengar cuti tahun . Masakan orang gaji pun ada cuti tahun. Beruntung juga jadi orang gaji rumah Puan Sri Amira. Makan, pakai dan rehat pun dia beri. Tidak lokek Puan Sri Amira. Begitu juga dengan anak-anaknya. Baik-baik belaka. Cuma Tan Sri Iskandar tidak banyak bercakap.

Cinta Gadis Bunga (Completed)Where stories live. Discover now