Bab 50

1.5K 99 128
                                    

Dengarkan lagu Bila Sudah Sayang

Minggu ini adalah hari pertunangan dan pernikahan Farid. Awal Farid sudah pulang ke kampung untuk bersedia menyiapkan segala kelengkapan majlis pertunangan dan pernikahan dengan Raudhah, ustazah pilihan keluarganya di kampung itu.

Amel dan Airul juga turut bercuti pulang ke kampung . Jamie mengikut mereka juga. Mereka bertiga akan meraikan hari bahagia Farid kerana Amel dan Airul adalah jiran terdekat kepada keluarga Farid.

Amel cuba mengelak untuk pulang ke kampung tetapi walidnya puas membebel menyuruhnya pulang juga. Kata walidnya tidak elok kalau tidak pulang ke majlis perkahwinan Farid kerana banyak jasa pemuda itu kepadanya dan Airul. Akhirnya Amel akur dan pulang ke kampung dengan menaiki grab bersama Airul dan Jamie.

Setibanya di kampung, Amel mendapat khabar berita yang memeranjatkan. Dia juga akan bertunang sehari sebelum majlis Farid. Kerana ingin move on dari kecewa dengan Farid, Amel bersetuju sahaja.

"Amel, ada kawan Mel nak jumpa kat depan tu." Umi memberitahu semasa Amel sedang termenung di dalam biliknya.

"Err, siapa tu umi?"

"Pergilah kamu tengok kat depan tu." Dengan keadaan malasnya, Amel keluar dari biliknya menuju ke pintu depan rumahnya.

Kelihatan seorang gadis bertudung labuh duduk di pangkin depan rumahnya. Dari susuk tubuh gadis itu, Amel mengenali yang gadis itu adalah tunang Farid. Apa agaknya yang Raudhah perlukan untuk berjumpa dengannya.

"Assalamualaikum..." Amel menghampiri Raudhah dan memberi salam padanya.

"Waalaikumussalam..." sahut Raudhah.

Amel duduk di sebelah Raudhah.

"Apa hal Raudhah cari saya ni?"

"Hmm, takde apa-apa. Cuma nak berbual kosong dengan Amel. Boleh tak Raudhah tanya?"

Berkerut dahi Amel. Hendak tanya apa pula perempuan ni. Tiga hari lagi sudah diadakan majlis untuknya dan Farid.

"Tanya apa?"

"Err, dengar cerita Amel dah nak bertunang dua hari lagi ye? Amel bertunang dengan siapa eh?"

"Eh, ustazah pun bz body juga. Sibuk nak tahu hal orang," sempat Amel mengutuk Raudhah.

"Entahlah, saya tak tanya pun dengan walid dan umi saya. Saya percaya pada pilihan dia orang."

"Oo... Hmm, saya pun dah nak bernikah dengan Farid. Awak tak marah ke Amel?"

Geram pula Amel mendengar pertanyaan Raudhah. Kalau dia marah pun takkan dia hendak berterus terang. Buat malu dirinya pula nanti.

"Taklah. Farid tu kawan saya je pun. Lagipun dah jodoh awak berdua. Saya tumpang gembira aje."

"Oo, ye ke? Saya takut juga. Mana tahu kan, awak kan rapat dengan Farid. Takkan takde rasa suka atau sedih bila saya dan Farid akan bertunang dan nikah hari Sabtu ni."

Amel menarik nafas dan menghembuskannya perlahan.

"Awak jangan risau lah. Jodoh awak dan Farid dah ditetapkan. Lagipun Farid happy je nak kawin dengan awak. Saya tak pernah tengok dia gembira macam tu sekali. Saya doakan awak bahagia dengan Farid hingga ke Jannah."

"Terima kasih Amel. Saya juga doakan awak bahagia dengan pilihan keluarga awak. Okeylah Mel, saya balik dulu ye?"

Amel hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Memerhatikan Raudhah yang berlalu meninggalkannya.

"Eh, Raudhah tinggal di rumah Farid ke? Kenapa dia menuju ke rumah Farid pula tu? Lantaklah ! Bukan urusan akupun." Selepas berkata begitu Amel masuk ke dalam rumahnya.

Cinta Gadis Bunga (Completed)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora