bab 12

1.2K 88 134
                                    

Tan Sri Iskandar memerhatikan Puan Sri Amira yang sedang termenung duduk di atas kerusi meja soleknya. Krim pelembab malam yang berada ditangannya dibiar meleleh keluar dari bekas itu. Entah apalah yang dimenungkan oleh isteri kesayangan .

"Apa yang awak menungkan tu Mira?" Akhirnya dia menegur juga si isteri.

Terkejut Puan Sri Amira mendengar suara Tan Sri menerjah ke dalam gegendang telinganya. Baru dia tersedar yang krim ditangannya separuh melimpah.

"Allahuakhbar, " Mengambil tisu di atas meja solek dan mengelap tumpahan krim pelembab dan sisa krim di tangannya itu.

"Abang..."

"Hmmm, ada apa-apa ke nak cerita dengan abang?" tanya Tan Sri Iskandar lagi.

"Rez bang."
Berkerut dahi Tan Sri Iskandar bila nama Reyza disebut oleh si isteri .

"Kenapa dengan Rez.?"

"Rez bagi tau saya dia nak bertunang,"

Terhambur ketawa Tan Sri Iskandar . Anak yang nak bertunang,  si isteri pula yang terlebih risau sampai duduk termenung. Tilam di sebelahnya ditepuk perlahan. Tujuannya memanggil si isteri duduk dengannya di birai katil. Puan Sri Amira yang mengerti dengan arahan suaminya menghampiri Tan Sri Iskandar dan duduk di sebelahnya.

"Kan bagus si Rez tu nak bertunang.  Lagipun kan awak juga yang tak sabar nak bermenantu. Rez tupun dah dua puluh lapan tahun . Memang dah layak berumahtangga," ujar Tan Sri lembut.

Puan Sri Amira mengeluh.

"Saya memang tak sabar nak bermenantu. Tapi bukan dengan gadis yang Reyza suka tu." omel Puan Sri Amira. Wajahnya tampak muram. Susah hatinya jika  gadis itu tetap menjadi pilihan Reyza

Tergeleng kepala Tan sri. Tidak tahu untuk menyebelahi isteri atau anak. Dia sendiri pun tidak mengenali anak Dato' Aidil.

"Macam nilah. Biar Rez yang tentukan hidupnya. Siapa pilihan dia kita restukan ajelah. Lagi pula dia orang dah kenal lama.Pasti Rez tau buruk baik pilihan dia." Tan Sri masih memujuk si isteri.

"Eh,  mana boleh! Saya tak berkenan budak perempuan tu. Kalau cantik dan setaraf dengan kitapun, kalau perangai tak senonoh,  saya tak setuju. Kalau dia nak juga budak tu , saya taknak masuk campur," desus Puan Sri Amira.

Terbayang dia Camelia yang memakai pakaian menjolok mata, berskirt pendek. Kalau menonggeng pasti nampak seluar dalam yang dipakainya. Lebih tidak berkenan bila anaknya, Ainnur Kasih mengadu perihal Camelia yang tidak tahu malu duduk di atas riba Reyza. Huh! Takkan perempuan macam itu hendak jadi menantunya. Selisih malaikat empat puluh empat.

"Sudahlah tu.  Mata abang  dah mengantuk ni. Esok kita bincang lagi pasal Rez. Tidurlah!" putus Tan sri Iskandar.

************

Reyza memakirkan keretanya di tempat letak kereta. Keluar dari dalam keretanya. Mengeluh kasar bila telefon bimbitnya berbunyi. Semenjak semalam selepas Camelia menyuarakan hasratnya, telefonnya tidak berhenti berbunyi. Sampai mengantuk dia terpaksa melayan Camelia berbual . Pelik pula. Takkan Camelia ni tak bekerja. Oo lupa syarikat papa dia.

Panggilan Camelia dijawab...

"Assalamualaikum..."

"Hello you... kenapa you lambat angkat call I ni?" soal Camelia dengan nada suara yang meninggi. Salam pun tidak dijawab.

"Assalamualaikum, sayang..." Sekali lagi Reyza memberi salam buat kekasihnya. Satu perangai Camelia yang tidak berubah, tidak pernah memberi salam bila membuat panggilan. Menyambut salam pun ikut mood dia aje. Sudah berkali Reyza menegurnya tapi masih sama juga perangai Camelia.

Cinta Gadis Bunga (Completed)Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt