Bab 35

1.1K 72 54
                                    


Amel yang sedang leka membuat gubahan bunga melihat skrin telefon bimbitnya yang sedang  berdering. Tertera nama Encik Reyza di skrin telefon itu. Mengangkat telefon itu dan menjawab panggilan .

"Assalamualaikum, Encik Reyza..."

"Waalaikumussalam. Amel ,  saya dah putus dengan Camelia..."

"Apaaaa???"

"Oo, mak kau hantu..." Habis terpelanting gunting dan gam yang dipegang oleh Farid. Terkejut dia dengan jeritan Amel.

"Ya Allah! Kenapa ni Amel? Terkejut aku lah."

Jari telunjuk  Amel letakkan di bibir tanda suruh Farid diam sebentar.

"Biar betul ni Encik Reyza. Encik dah fikir masak-masak ke?"

"Saya dah fikir masak-masak lah Amel. Nanti petang saya jumpa Amel. Saya ceritakan ye."

"Tapi..."

Mengeluh Amel bila talian diputuskan oleh Reyza. Fikirnya hendak menolak untuk berjumpa Reyza petang ini. Pagi tadi sudahlah dia hampir diganyang oleh Camelia. Kalau petang ini takut pula dibunuh oleh Camelia. Adoiyai.

"Hish kau ni dah kenapa mengeluh pula ni? Baru encik crush telefon dah lepaskan keluhan . Dia nak apa tu? Minta maaf ke?
Mesti dia kata. Maafkan saya ye Amel. Menyampah pulak aku. Buat salah minta maaf. Takdelah kerja lain."

"Hish, mulut kau ni... Dia bagi tahu dah putus dengan Camelia."

"Apaaaa???"

"Tengok tu. Kau pun terperanjat kan."

Termenung sejenak Farid. Memang dia juga tidak sangka buah cempedak dah jadi nangka. Menggeleng kepalanya seperti tidak percaya. Kemudian tersenyum pula.

Pelik Amel melihat Farid. Dia pula yang seperti bermasalah.

"Yang kau ni menggeleng dan tersenyum kenapa pulak?"

"Amel, kau sepatutnya bersyukur. Akhirnya Encik Reyza dan kekasihnya putus juga. Inilah masa kau kena pikat encik crush kau tu sampai dapat. Aku boleh tolong kau."

Berkerut dahi Amel mendengar kata-kata Farid. Sudah sewel agaknya kawan dia seorang ni. Orang putus kasih , dia suruh bersyukur pula. Apa punya orang lah Farid ni. Hilang akal agaknya.

"Eh, kau ni peliklah Farid. Sepatutnya kau tu simpati bukan bersyukur."

"Kenapa pula aku nak simpati dengan dia orang. Encik Reyza tu peguam. Mamalia tu pula tak habis dengan bongkak hidup dia. Baguslah dia orang tu putus. Baru padan muka perempuan tu. Lagipun aku suruh kau yang bersyukur bukan aku ngok..."

"Dah kenapa kau suruh aku bersyukur. Kau saja nak ajar aku buat hati tak baik. Tak mahu lah aku bersyukur sebab tu."

"Eleh , tak mahu konon . Entah-entah dalam hati kau tu bukan main bersorak lagi. Mustahil kau tak suka."

Bukk!!

Satu tumbukan hinggap di tepi bahu Farid.

"Adoiii. Dah kenapa kau tumbuk aku ni?"

"Sebab mulut kau tu takde insuran. Sepatutnya kau ajar aku yang elok-elok. Ini tak, kau suruh aku songlap kekasih orang pula. Walaupun aku suka dan crush pada Encik Reyza tu, tapi taklah sampai nak bersorak. Aku simpati kat Camelia tu sebenarnya."

"Sekarang ni , Encik Reyza tu bukan kekasih orang lagi. Jadi kau tu ada peluang nak pikat dia. Tak payah nak cakap banyak lagi."

Amel menjuihkan bibirnya. Tidak tahu hendak membalas apa pada Farid. Betullah dia memang rasa suka juga. Tapi nampak kejam kalau dia gunakan kesempatan dalam masalah Encik Reyza.

Cinta Gadis Bunga (Completed)Onde histórias criam vida. Descubra agora