Bab 36

987 83 72
                                    

Amel menolak pelawaan Reyza untuk berjumpa dengannya pada petang ini. Cukuplah pagi tadi dia dimalukan oleh Camelia. Reyza pada mulanya cuba juga memujuk Amel tapi akhirnya terpaksa mengalah bila Amel beri alasan banyak tempahan yang perlu dia buat.

Tiba-tiba...

Ting Tong! Ting Tong!

Bertalu talu pula loceng di pintu masuk Nadia Flowery berbunyi. Dari bunyi loceng itu memang lebih seorang pelanggan yang datang. Menoleh Amel dan Jamie yang sedang tunduk membuat kerja-kerja gubahan bunga di meja kerja masing-masing. Pada waktu itu Farid dan Airul tidak ada di Nadia Flowery kerana menghantar pesanan bunga yang sudah siap kepada pelanggan.

Hayunan langkah dan wajah masam mencuka seorang wanita separuh umur bersama seorang gadis yang memang dikenali terus menuju ke arah meja kerja Amel.

"Psstttt, apa hal tu?" tanya Jamie perlahan sambil muncung mulutnya diarahkan pada Datin Yana dan Camelia.

Amel hanya menjungkitkan bahunya tanda entah tak tahu. Walaupun wajah Datin Yana masam mencuka tapi Amel tetap memberi senyuman manisnya. Maklumlah pelangan kenalah diberi sambutan dan senyuman yang sehabis manis biarpun terpaksa.

"Assalamualaikum datin..." Amel berdiri dari duduknya dan memberi salam pada Datin Yana. Tanpa ada sebarang sahutan balas tiba-tiba Datin Yana mengangkat tangannya.

Panggg!!!

Satu tamparan kuat melayang di pipi comel Amel. Terteleng kepala gadis itu dengan tamparan kuat Datin Yana. Nasib belum dihulur tangannya untuk bersalam. Kalau tidak tangannya pula jadi mangsa dipulas Datin Yana. Terkejut Amel sambil memegang pipinya yang terasa sakit itu. Airmata Amel bergenang . Jamie yang juga terkejut dengan tamparan datin pada Amel melopong mulutnya . Tidak ada angin dan tidak ada ribut tiba-tiba pokok tumbang pulak. Berdiri Jamie dan bergerak mendapatkan Amel.

"Ke... kenapa datin tampar saya ni?" tanya Amel tergagap-gagap. Pelik! Airmata tanpa dipaksa mengalir juga membasahi pipi mulus itu. Sementara Jamie merenung tajam ke arah dua beranak yang memang biadab itu.

"Saya tak boleh tampar awak ke?" Ringkas jawapan dari Datin Yana. Sementara Camelia tersenyum sinis.

Amel merenung datin dengan bermacam persoalan bermain di benaknya ketika ini. Jamie pula sudah berkerut dahinya mendengar pertanyaan datin pada Amel yang pada fikirannya sudah gila .

"Tapi apa salah saya?"

"Kau tak tahu salah kau ke hahhh? Masih nak tanya aku kenapa aku tampar kau, bodoh!" Sempat Datin Yana menunjal dahi Amel  yang jendol itu.

Jamie sudah mengetap bibirnya geram. Dia memang pantang bila orang luar cuba berkasar dengan kawannya.

"Datin dah melampau ni? Kawan saya ni  dari tadi duk gubah bunga, datin tiba-tiba datang tampar dia apa ke hal? Datin dah gila ke apa ni? Jangan sampai. Hish , geramnya akuuu... Ikut kan hati aku nak aje aku SmackDown kau dua beranak," dengus Jamie berang. Lengan t.shirt tangan panjangnya dilurut ke atas menampakkan siku .

"Kau dengar sini. Saya tak suka kau ni menggatal dengan bakal tunang anak aku. Macam dah takde jantan lain agaknya yang kau nak goda, sampai si Reyza tu juga yang kau nak eh perempuan? Tak sedar diri. Kau pergi cermin muka kau tu , Layak ke kau dengan si Reyza tu hah?"

"Eh, nanti kejap. Datin datang kat tempat kerja kita orang ni semata-mata nak cakap pasal boyfriend anak datin ke? Apa ke hal pasal anak mak masuk campur pula ni. Ni sape yang punya kekasih ni. Datin ke atau anak datin?" Jamie terus melawan mulut dengan Datin Yana.

"Eh yang kau nak marah mak aku ni dah kenapa pula. Sekarang ni benda ni semua takde kena mengena dengan kau. Kita orang tengah bercakap dengan perempuan tak sedar diri ni," sampuk Camelia yang sakit hati bila Jamie turut campur urusannya dengan Amel.

Cinta Gadis Bunga (Completed)Where stories live. Discover now