Bab 20

1.2K 80 96
                                    


"Jamie!" Amel sudah meraung memanggil Jamie.

"Innalillah..." ucap Farid pula. Sudahlah tu Amel . Kita sedekahkan Al Fatihah dekat arwah Jamie. Aku ni lagi banyak sakitkan hati dia. Harap dia maafkan aku. Kita panggil bomba untuk angkut mayat Jamie nanti.

Airul sudah terdiam.Baru aje berkenalan , sudah menyahut seruan Ilahi. Itulah takdir Allah. Redha ajelah.

Leman ngok ngek pula sudah berkerut dahinya melihat ketiga mereka. Sedih kenapa entahlah dia orang ni.

"Tolong!" Terkejut ketiga mereka kecuali Leman ngok ngek bila terdengar suara meminta tolong.

Ketiga mereka saling berpandangan.
"Eh! Itu bukan suara Jamie ke?" Amel memberitahu Farid.

"Yelah! Suara Jamie lah tu. Jom kita tengok. Ingat dah innalillah budak Jamie tu." Berlalu mereka semua ke arah lubang tempat Jamie terjatuh. Lubang itu ditutup dengan daun semak dan sekeping papan. Mungkin papan itu sudah reput , jadi bila dipijak terboloslah Jamie.

"Milah!" teriak Airul.

"Cepatlah tarik aku. Aku tak tahan busuk ni." ujar Jamie.

"Allahuakbar,  busuknya. Lubang apa ni abang Leman, tanya Airul.

Leman sudah tersengih-sengih. Mereka bertiga sudah tertanya-tanya.

"He he...sebenarnya, Abang Leman gali lubang tu untuk hem hem..."

"Laaa... tak senonoh lah kau ni Leman. Tengok tu , si Jamie dah mandi najis kau ." tutur Farid sambil tergelak kecil.

"Takkan kau nak suruh aku balik rumah bila nak terberak. Jauh tu rumah aku." kata Leman ngok ngek lagi. Betullah tu. Takkan nak pakai pampers pula kan Leman?

Airul hendak taknak terpaksa menarik tangan Jamie.  Masa inilah dia kena tunjuk jadi hero. Rupanya tak dalam manapun lubang tu. Empat kaki aje. Mungkin disebabkan daun dan papan yang reput itu menyelindung kepala Jamie, maka tidak nampak kepala Jamie yang melebihi paras lubang.  Lagipun keadaan dalam lubang itu licin, tidak membolehkan Jamie  naik ke atas.

"Sampai hati kau orang biarkan aku dalam lubang tu lama-lama. Hampir pengsan aku hidu bau busuk dalam tu,"  Kembang kempis  hidung Jamie menghidu bau busuk dari badan sendiri. Tidak ada siapapun memberitahu dia lubang itu lubang berak Leman ngok ngek. Kalau hidung dia jenis elok lagi pasti tahu sendiri.

"Dah, jom ikut abang Leman pergi sungai mandi. Biar bau busuk tu hilang." Terasa bersalah pula Leman pada Jamie. Kesemua membontoti Leman ngok ngek menuju ke sungai berhampiran kebun buah-buahan itu. Menutup hidung sepanjang perjalanan ke sungai. Nasib najis Leman ngok ngek sudah kering. Tapi bau busuk tetap ada.

"Waah jernihnya  sungai ni. Ada buaya tak ni?" tanya Jamie . Mana tau , nasib tak baik menyebelahi dia hari ni. Sudahlah masuk dalam lubang najis abang Leman, lepas tu dibaham buaya pula.

"Sungai ni sungai buatan.Takde buaya. Tapi kalau buaya lain tu mungkin ada," sampuk Airul sambil menjungkitkan keningnya. Menjeling Amel. Gatal!

"Cepatlah kau cuci bau busuk dekat badan kau tu. Hidung aku ni dari mancung sampai dan kembang macam gorela." luah Farid sambil duduk di atas batu tepi sungai itu.

"Okey, okey, sorry." Jamie masuk ke dalam sungai itu. Sejuk air itu sampai menjalar ke dalam tulangnya. Berendam dia seketika untuk menghilangkan bau busuk pada pakaiannya.

Selepas beberapa minit, dia naik ke atas tebing sungai itu.

"Jomlah,  aku dah sudah ni. Jom kita sambung  makan durian. Nanti kita boleh bawa balik ke Kuala Lumpur beberapa biji. " ujar Jamie yang masih belum puas menikmati buah durian si Leman rupanya.

Cinta Gadis Bunga (Completed)Where stories live. Discover now