Bab 38

1K 78 46
                                    

Reyza termenung memikirkan hala tuju hubungannya dengan Camelia. Tidak dinafikan sisa cinta masih ada tapi pudar sedikit demi sedikit. Sikap Camelia dan mamanya menakutkan Reyza. Apa akan jadi jika dia meneruskan hubungan mereka. Lagipun mama Reyza juga sudah menghalang hubungan mereka.

Amel, gadis yang semakin menghuni hatinya sebagai seorang kawan perempuan yang sering ada di kala dia menghadapi masalah. Gadis bunga itulah yang dicarinya setiap kali dia terasa sunyi

Tersenyum Reyza dengan lekuk di pipinya yang kelihatan. Andainya ditakdirkan dia kehilangan cinta tapi Allah utuskan gadis bunga sebagai kawannya di kala dia memerlukan seseorang untuk melepaskan bebanan perasaannya.

"Abang fikirkan siapa tuuu..." Adiknya Ainnur Kasih menegurnya yang sedang tersenyum dan mengelamun itu.

"Hish, adik ni tak pernah nak bagi salam kalau masuk bilik abang. Cubalah bersopan sikit. Ini tak . Main sergah je kerjanya. Mana nak ada boyfriend kalau macam ni."

"Eh, boyfriend jangan cakap tau. Ainn ramai lah boyfriend. Cuma nak jadikan special tu je belum masa lagi. Lagipun Ainn taknak lah jadi macam abang. Girlfriend kaki kencing."

Terlepas ketawa Reyza. Pandai pula adiknya cipta ayat buat Camelia. Kalau Camelia dengar ni mahu dia mengamuk tak ingat dunia.

"Adik abang ni memandai je. Entah-entah lelaki tu semua takut adik yang kencingkan dia tak?"

"Mana ada. Tengok orang arrr. Adik cuma jual mahal je. Ha ha ..."

Memeluk bahu adiknya . Sayang sangat dia dekat adiknya yang seorang ini.

"Abang sayang adik tau. Kalau nak cari boyfriend cari macam Farid tu. Dia tu bertanggungjawab dan abang suka kat dia."

"Maksud abang , abang bunga tu. Taknaklah adik. Abang bunga tu mulut dia celupar."

"Padanlah dengan adik. Adik pun mulut celupar juga. Werkkk ."

Buk! Buk! Buk!

Bertalu-talu tumbukan di bahu abangnya. Geram pula Ainnur Kasih bila disamakan dengan mulut celupar Farid.

************

Amel termenung bila mengingatkan kata-kata walidnya di telefon lepas maghrib tadi. Terkejut dan rasa hendak menangis sahaja bila memikirkannya.

"Amel, tadi kawan walid datang ke rumah. Dia bertanya pasal kamu. Katanya nak berbesan dengan walid. Walid ingat nak tanya kamu. Nanti hujung bulan kamu baliklah dengan Airul. Walid dan umi nak bincang dengan kamu."

Kepalanya digaru-garu. Sekejap dia mengeluh dan sekejap lagi dia rasa nak menjerit. Tapi kalau dia menjerit tak pasal-pasal orang akan cop dia gila pula. Malam- malam buta menjerit. Eh, tapi mana ada orang lain kat rumah ni selain dari Jamie.

Sedang leka dia memikirkan hal walidnya, tiba-tiba telinganya diganggu dengan bunyi deringan telefon bimbitnya. Amel mendengus kasar. Malas pula dia hendak bangun menjawab panggilan itu. Siapa pula hantu yang ganggu aku malam-malam buta ni.

Akhirnya deringan itu berhenti. Tidak sampai satu minit deringan kembali berbunyi.

Adoiii, siapa yang call aku ni. Aku ni nak tidur dah. , sibuk pula nak call aku. Tak senang aku dibuatnya. Mesti Farid Ngok ngek yang call aku malam-malam macam ni.

"Kau pergi mana ni Amel? Lambatnya kau nak angkat telefon aku ni. Aku ingat telefon kau tu baling je kat dalam tong sampah," sembur Farid apabila talian bersambung.

"Assalamualaikum... Aku ada kat dapur tengah sarapan."

Farid tersengih di hujung talian. Amel kalau tak bergurau dengannya bukan nama Amel.

Cinta Gadis Bunga (Completed)Where stories live. Discover now