"Baik makngah" azielah mengangguk lemah lalu naik keatas rumah. Nadia tersenyum menang. Padam muka kau. Sebab mak aku lebih percayakan aku berbanding perempuan malang macam kau ni. Dia takkan pernah percayakan kau walau sekalipun. Kesalahan yang mak kau buat tak pernah pudar sekalipun.

    

         
           Kelihatan kereta vios berwarna putih memasuki perkarangan rumah mereka. Makngah dan nadia agak sedikit terkejut kerana tiba-tiba sahaja kereta mahal memasuki rumah mereka. Bila difikirkan, anak aku kawan dengan orang kaya tak juga. Nak katakan aku masuk meminang lelaki kaya untuk anak aku memang tidaklah. Anak aku masih bersekolah. Perjalanan mereka masih jauh. Tapi tak apakan anak aku kawin dengan orang kaya. Tak payah susah-susah cari duit. Boleh mintak dengan suaminya sahaja.

Kereta vios betul-betul diparking dihalaman rumah makcik piah. Setelah memarkir kereta tersebut kelihatan seorang figura lelaki yang berpakaian serba hitam serta memakai kaca hitam dengan keadaan yang segak dan bergaya.

Mak piah dan nadia melopongkan mulut kereta kerana terkejut dengan apa yang dilihatnya. Seorang lelaki yang berpakaian simple tetapi masih kelihatan kekacakannya. Nadia segera berbisik di telinga mak piah.

"mak siapa lelaki hensem tu mak? Tiba-tiba datang rumah kita. Mak nak suruh dia naik meminang nadia eh?" soal nadia.

"apa kamu merepek ni, mana mak tahu. Tiba-tiba saja datang. Entah-entah teman lelaki si azielah"

"Ish! Mak ni tak mungkinlah. Si azielah tu bukan cantik pun. Muka dia macam tongkang pecah. Tak sesuai dengan lelaki kaya macam dia tu"

"Iye tak ye jugak kan. Dah lah kita tunggu lelaki tu datang"

Zafran meluru ke arah makpiah dan seorang remaja perempuan. Mungkin anaknya.sebelum dia pergi ke arah makcik piah dia membetulkan sedikit jaketnya yang agak sedikit kusut lalu dia berjalan menuju kearah mereka.

"Assalamulaikum.. Makcik hasnah kan?" kata zafran

"Waalaikumsalam.. Iya saya. anak ni siapa ya? Hajat apa anak datang ke mari?" bertubi-tubi soalan yang dilontarkan makcik piah.

Zafran hanya tersenyum sinis memandang makcik piah.

"sihat jugak orang tua ni. Nasib baik aku sempat jumpa kalau tak, mampus diselubungi dengan hutang yang tak berbayar. Agaknya dia masih ingat tak janji dia dulu. Tak apa aku nak test dia dulu ingat tak aku" bisik dalam hati zafran.

"Makcik boleh makcik jemput saya dulu masuk ke dalam rumah makcik" selamba zafran berbicara.

"eh.. Boleh apa salahnya mari masuk. Maaflah rumah makcik ni tak seberapa indah yang kamu nampak. Rumah makcik ni biasa-biasa sahaja" kata makpiah lembut

"tak apa makcik saya pun suka jugak dengan sederhana sahaja" zafran tersenyum sinis.

Makcik piah menjemput zafran memasuki rumahnya lalu disuruh duduk di kerusi tersebut. Mak piah jugak turut serta duduk disitu lalu makcik piah memanggil azielah dari ruang tamu.

"zielah.. Ooh azielah" makngah menjerit dari ruang tamu

"iye makngah kejap zielah datang ni" azielah yang baru sahaja selesai mencuci pinggan. Dia mengelap tangannya di kain lap. Selepas itu, dia pergi ke ruang tamu kerana dipanggil oleh makngahnya.

"iye makngah kenapa panggil zielah" azielah sedikit terkejut apabila terlihat figura lelaki yang segak duduk kerusi sedang bermain telefon pintarnya.

"Tolong makngah buatkan air untuk tetamu kita" lembut makngah bercakap.

"hmm.. Baik makngah" azielah berlalu pergi dari situ.

Suasana kembali sunyi. Makngah sedikit kekok melihat figura lelaki itu yang sedang bermain telefonnya. Agak misteri jugak anak ni. Dengan memakai jaket hitam, topi hitam serta kaca mata hitam seperti pencuri yang mahu merompak rumahnya atau polis yang sedang mencari penjenayah. Makngah memulakan semula perbualannya.

"Nak, makcik nak cakap sikit ni. Apa hajat anak datang ke rumah makcik?"

Zafran mengangkat mukanya lalu tiba-tiba kaki disilangkan naik keatas pahanya seperti along yang berkuasa dirumah tersebut. Dengan segera dia membuka kaca mata hitam sambil tersenyum melihat mak piah.

" Hye makpiah.. Welcome back. You know me? Zafran tersenyum sinis.

Tubuh makcik piah menjadi kaku seolah-olah ada benda berat yang menghempit dirinya. Mulutnya juga terkunci seperti ada batu didalam. Dia berasa sangat terkejut melihat tubuh lelaki yang sekian bertahun lama dia tidak jumpa. Kali terakhir dia jumpa lelaki ini pada 5 tahun yang lepas.

AKHIRNYA... ZAFRAN DAH BERJUMPA DENGAN MAK PIAH.. 😂

Jgn lupa vote, comment and share korang.

UNGKU AQIEL ZAFRAN[COMPLETE] Where stories live. Discover now