UNGKU AQIEL ZAFRAN[COMPLETE]

Por Raymirae

38.4K 2.3K 212

UNGKU AQIEL ZAFRAN S1 AZIELAH FISYA- Setelah pemergian dua ibu bapa azielah dia tinggal bersama ibu saudarany... Más

CAST
UAZ 1🍃
UAZ 2🍃
UAZ 3🍃
UAZ 4🍃
UAZ 5🍃
UAZ 6🍃
UAZ 7🍃
UAZ 8🍃
UAZ 10🍃
UAZ 11🍃
UAZ 12🍃
UAZ 13🍃
UAZ 14🍃
UAZ 15🍃
UAZ 16🍃
UAZ 17🍃
UAZ 18🍃
UAZ 19🍃
UAZ 20 🍃
UAZ 21🍃
UAZ 22🍃
UAZ 23🍃
UAZ 24🍃
UAZ 25🍃
UAZ 26🍃
UAZ 27🍃
UAZ 28🍃
UAZ 29🍃
UAZ 30🍃
UAZ 31🍃
UAZ 32🍃
UAZ 33🍃
UAZ 34🍃
UAZ 35🍃
UAZ 36🍃
UAZ 37🍃
UAZ 38🍃
UAZ 39🍃
UAZ 40🍃
UAZ 41🍃
UAZ 42🍃
UAZ 43🍃
UAZ 44🍃
UAZ 45🍃
UAZ 46🍃
UAZ 47🍃
UAZ 48🍃
UAZ 49🍃
TAMAT
Author Note🥳
UAZ S2 🙀 BIAR BETIK!

UAZ 9🍃

863 60 4
Por Raymirae

        Zafran memberhentikan keretanya di simpang jalan. Jalan tersebut jarang kereta lalu kerana jalan tersebut dipenuhi kanan dan kiri hanya hutan sahaja.zafran melepaskan amarahnya dengan menjerit sepuas hatinya.

"arghhhhhhh... Kurang ajar punya bos!" tercungap-cungap nafas zafran dengan emosinya sekarang yang masih tidak stabil. Kalau nak diikutkan dah lama dia bunuh orang tua tu. Biarlah orang kata dia ni penjenayah. Membunuh orang tanpa sebab. Tapi, memang ada sebab dia mahu membunuh bos besarnya sendiri. Masalah yang dia buat sangat besar iaitu mengkhianati janjinya sebelum ini.

"Kau memang dasar penipu orang tua! Tak apa. Kali ni kau terlepas. Aku nak tengok sejauh mana permainan kau untuk aku"

Zafran mengeluarkan sebatang rokok lalu mengambil mancis dan membakar dihujung rokok tersebut. Dia menghisap rokok tersebut, terdapat rasa nikmat disitu apabila rokok adalah penenang hidupnya.

Zafran merehatkan mindanya sementara waktu. Tiba-tiba fikirannya memikirkan sesuatu iaitu makcik piah. Iya setahu dia, dia kena pergi sana kan. Nak katakan berkenalan dan mulakan peperangan. Zafran tersenyum sinis kalau bukan aku yang pergi aku akan suruh bob pergi heret orang tua tu bawak dekat aku.

Zafran segera menghidupkan enjin keretanya menuju ke pejabatnya semula. Hal ini harus segera dibincangkan bersama bob. Kalau tidak masalah ini takkan selesai sampai bila-bila.

            

          "Baiklah murid-murid, Minggu hadapan akan bermulanya tuisyen pagi hingga malam. Untuk jadual waktu ketua kelas boleh ambil dekat saya semasa rehat nanti dekat bilik guru" kata cikgu aminah selaku guru kelas 5 anggur.

"Cikgu kalau ada masalah kenderaan.  macam mana tu cikgu?" kata salah seorang pelajar perempuan.

"Oh! Cikgu lupa kepada yang tiada kenderaan ataupun mempunyai masalah tertentu, kamu boleh duduk dekat asrama. Nanti cikgu maklumkan kepada warden asrama. Harap jelas ya anak-anak murid cikgu"

"JELAS CIKGU!" jawab mereka serentak

"Kalau tiada apa-apa bolehlah rehat sekarang. Aidil kamu ikut saya ke bilik guru sekarang ambil jadual tuisyen" kata cikgu aminah

"Baik cikgu"

Azielah yang hanya termenung semenjak kelas bermula sehingga waktu rehat. Aina berasa hairan dengan kelakuan sahabat baiknya. Takkan sakit lagi kut. Orang suruh duduk dekat rumah degil jugak nak sekolah. Aina memegang bahu azielah. Keadaan azielah kembali ke dunia nyata.

"Weyh.. zielah kau pahal. Kau okey tak ni? Dari tadi aku tengok mula kelas cikgu aminah sampai sekarang termenung jauh sangat. Nasib cikgu tak baling pen maker kat kau. Kau okey tak ni?" aina menyoal semula kepada azielah.

"Aku okey jelah. Cuma...

" cuma apa?"

"cuma makngah aku tak habis-habis hina aku. Macam lah kesalahan aku ni besar sangat. Nasib ada pakngah dapat bela aku. Anak dia sendiri dia tak jaga baik-baik. Nanti termakan kata-kata diri sendiri baru tahu"

"Makcik dugong kau tu nak kena ajar sikit! Bukan apa bagi dia rasa apa yang kau rasa sekarang. Setahu aku anak dia si nadia tu duduk kelas belakangkan.kelas 5 oren"

"Haah kelas belakang. Dia tak tengok lagi perangai anak dia tu macam mana. Jahanam dan malang dari aku kut"

"Memang pun. Weyh dahlah jom kita pergi kantin aku laparlah"aina membuat muka cemburut.

" jom" ajak azielah

Sampai sahaja mereka dikantin terdapat ramai pelajar berkerumun membeli makanan di kantin. Kelihatan kantin sesak disebabkan ramai pelajar membeli makanan. Azielah cuba berbaris tetapi tiba-tiba bahunya dilanggar oleh seseorang. Azielah jatuh terduduk dan melihat siapa yang sengaja menolaknya.

"Nadia!!" azielah menyebut nama sepupunya.

Nadia ketawa terkekeh-kekeh sambil menekup mulutnya melihat aksi yang dilakukannya tadi. Nadia acah-acah ingin menyambut azielah daripada duduk, azielah menyambut huluran nadia malah nadia pantas melepaskan semula tangannya daripada tangan azielah. Azielah terduduk semula sehingga mengadu kesakitan akibat punggungnya terhempas di lantai tersebut.

"Opss! Sorry tak sengaja" kata nadia berlagak.

Aina yang melihat perbuatan nadia tersebut terus pergi menuju ke arah nadia lalu dia tolak badan nadia. Hampir sahaja nadia tersungkur ke belakang nasib baik ada gengnya yang lain iaitu sofia, atirah dan mira dapat membantu nya.

"Hoii.. Perempuan munafik! Sedar tak diuntung bukan main kau tolak kawan aku haah. Sedap kau je nak tolak-tolak orang. Kau tak belajar adab ke. Suka-suka tolak orang. Mak ayah kau tak ajar kau eh? Ke mak kau juga serupa perangai binatang macam kau" aina mengeluarkan kata-kata pedas

"Kurang ajar kau!" nadia pergi ke arah aina lalu menolak aina.

Sesi pergaduhan antara mereka berdua di kantin sekolah menjadi perhatian pelajar di kantin tersebut. Azielah melihat kawannya yang sedang melancarkan perang bersama sepupunya nadia turut serta memberhentikan pergaduhan tersebut.

"weyh.. Korang dahlah tu tak malu ke orang lain nampak" azielah cuba memberhentikan pergaduhan tersebut.

"KAU DIAM LAH PEREMPUAN MALANG!!" kata nadia yang sedang menarik tudung aina.

Tiba-tiba iskandar datang bersama kawannya yang lain syafiq dan wafiq segera menuju ke arah mereka memberhentikan pergelutan tersebut.

"Eh! Apa ni berhenti boleh tak?" iskandar mencelah di tengah-tengah.

"korang ni macam budak-budak tahu tak? Orang lain nampaklah" kata iskandar lagi.

Habis tudung mereka berdua senget kerana habis pergelutan yang dilakukan. Kedua-dua mereka memandang sesama sendiri. Masih belum puas lagi. Hati masih panas dengan perangai serupa binatang. Kalah binatang.

"Nadia dan aina ikut aku pergi bilik disiplin sekarang!!" kata iskandar tegas.

"ni semua salah kau! Kau tunggu eh perempuan. Kalau tak ada kawan setan  kau ni tak akan dia terhegeh-hegeh datang bantu kau lah" kata nadia.

"Woii perempuan kau yang salah sebab kau tolak sepupu kau sendiri. Kau yang cari masalah dalam hal ni. Takde kena mengena dengan azielah lah. Benda ni takkan jadi kalau kau mulakan dulu" bidas aina

"Kau tak payah masuk campurlah bodoh" marah nadia.

"Suka hati aku lah mulut aku! Bukan mulut kau pun. Aku bercakap benda betul. Bukan macam kau talam dua muka. Cis! Muka je cantik tapi hati busuk kalah tahi manusia" aina menjelir lidah ke arah nadia.

Api kemarahan nadia semakin membuak-buak. Tidak lama kemudian, nadia baru sahaja mahu menarik tudung aina tetapi iskandar menjerit sekali lagi.

" NADIA DAN AINA!! IKUT AKU SEKARANG DEKAT BILIK DISIPLIN. NOW!!" kali ni suara iskandar memecahkan keheningan suasana di kantin.

Iskandar berlalu dari situ diikuti kawan-kawannya syafiq dan juga wafiq.

"Aina aku mintak maaf, kalau benda ni tak berlaku kau takkan masuk bilik disiplin. Aku takut mak ayah kau marah dekat kau sebab ni first time kut kau masuk bilik disiplin kan" azielah meminta maaf kepada aina atas kesalahan kecil yang dilakukannya.

"Tak apa ni bukan salah kau.  semua pasal perempuan jahanam tu. Memang patut dia diberi pengajaran. Aku akan pastikan cikgu akan hukum si nadia tu. Biar dia tahu orang yang dia cuba cari pasal tu adalah orang yang paling aku sayang dunia akhirat. Ibarat macam adik beradik aku sendiri" kata aina

"Kau ni buat aku sedih.." azielah cuba menahan air matanya.

"tak payah nangis. Jom kita pergi bilik disiplin sekarang. Biar aku yang cakap" aina membawa azielah pergi bilik disiplin dan menjelaskan semua perkara yang berlaku sebentar tadi.

Apa mslh betul lah si nadia ni😪..

Oky lh guys happy reading😊❤️

Seguir leyendo

También te gustarán

198K 13.5K 73
Mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Adellea Zayra. Dia merupakan anak yatim piatu dan mengusahakan bisnes kecilnya. Dia seorang yang tegas...
41.9K 5K 19
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA Peluang tak pernah wujud untuk manusia sejelek dia. Peluang tak pernah hadir untuk manusia yang tak sempurna seperti d...
3.2M 286K 93
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
75.3K 8.8K 16
"Airis dah terlanjur dan sekarang Airis mengandung." Siapakah yang menanggung semua ini jikalau bukan gadis muda ni. Belum sempat Airis memberitahu p...