Tanya Sama Hati ☑

بواسطة myladyv

1.2M 56K 3.4K

Cikgu Juwita Natalia dan Doktor Haris Redzuan. Berjumpa buat kali pertama bukan dalam keadaan yang ala-ala se... المزيد

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
Bukan Update #1
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
Bukan Update #2
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56 : THE ENDING
Farewell, TSH ❤

BAB 46

18.2K 801 62
بواسطة myladyv

Haris menghirup Americano yang masih panas itu perlahan-lahan sambil memandang Juwita. Sejak tadi mereka berdua tidak banyak berbicara. Juwita asyik fokus pada Caramel Frappucino-nya sejak mereka berdua sampai di Starbucks itu. Haris perasan gadis itu cuba untuk tidak membuat sebarang eye-contact dengannya dan dia tidak tahu kenapa.

"Kenapa senyap je dari tadi?"

Juwita menjungkitkan bahunya sedikit. "Tak tahu. Maybe sebab tak ada benda yang nak cakap."

"Bila dekat KL nanti... boleh kita jumpa lagi?"

Juwita mengalihkan pandangannya dari Frappucino ke wajah Haris. Wajah lelaki itu kelihatan sungguh berharap selepas menuturkan ayat itu dan membuatkan Juwita rasa bersalah. Dia mengeluh perlahan.

"Nothing's gonna change even if we meet. Abang jangan buat Lia macam ni... Lia rasa bersalah."

"I'm sure we will meet again somewhere in KL. KL tak besar mana pun Lia. Silap haribulan, esok lusa Lia terserempak dengan abang. Masa tu, Lia nak mengelak lagi?"

"Itu yang tidak dirancang. I'm okay with that. Tapi kalau yang dirancang, no. Jawapan Lia akan tetap sama tak kiralah berapa kali pun abang tanya."

Haris menggelengkan kepalanya sekejap. "Sejak bila Lia abang jadi keras macam ni?" tanya Haris dengan senyuman.

Juwita terdiam sejenak apabila terdengar perkataan itu.

Lia abang.

"Sejak balik dari Amerika," Juwita menjawab selamba.

"Fine. Tapi Lia kena janji dengan abang."

"Janji apa?"

"Kalau kita bertembung tanpa dirancang, jangan lari dari abang."

Juwita terdiam sekejap. Dia cuba memikirkan tentang permintaan Haris itu. Tidaklah sesusah mana pun. Juwita yakin yang dia tidak akan brrtembung dengan Haris terlalu kerap.

"Okey?" Haris menghulurkan jari kelingking untuk membuat pinky promise.

"Okey." Juwita mengaitkan jari kelingkingnya dengan jari kelingking Haris tanda bersetuju.

***

"How's your trip?"

Juwita memandang ke arah Khal yang sedang tenang memandu di sebelahnya. Sepatutnya ayahnya yang  menjemputnya di lapangan terbang, tetapi tiba-tiba Khal pula yang muncul.

Pandai aje ayah ni tau! Sajalah tu nak bagi aku rapat dengan Abang Khal!

"It was fun," ujar Juwita kemudian terhenti kerana menguap. "But tiring too."

"Berjalan sakan la ni?"

"Sakan la jugak... memang fully occupied throughout the days!" beritahu Juwita. "And Ju ada bawa balik souvenir untuk abang!"

"Really? Apa dia?"

Tangan Juwita pantas mencapai sebuah beg plastik dari tempat duduk belakang. "Tak banyak pun... Lia belikan abang kek lapis dengan kuih-kuih tradisional Sarawak. You're okay with that, right?"

Khal tersenyum. "Semua yang Ju bagi, Abang Khal terima dengan hati yang lapang selapang padang bola tau!"

Juwita tergelak. Amboi, Abang Khal... kalau bab mengayat memang nombor satu!

"Lusa abang free tak?" tanya Juwita tiba-tiba.

"Kenapa?"

"Ju nak ajak abang dating ni... nak tak?" tanya Juwita sekadar ingin mengusik Khal. Sebenarnya dia ingin mengajak Khal untuk membeli baju sahaja.

"Serius nak ajak abang dating ni?" Khal sedikit terkejut. "Dating punya pasal, I'll make sure I'm free on that day!"

Juwita ketawa besar. "Kalau bab dating, laju aje! Ju nak ajak shopping bajulah. Haritu kan Ju dah janji nak cari baju dengan abang untuk kenduri Aina nanti," terang Juwita.

"Alaa, bukan real date la ni?"

"Ohh, itu bukan real date ke?" Juwita sengaja berpura-pura tanya untuk mengusik Khal lagi. "Real date tu macam mana pulak eh?"

"Kalau nak tahu kenalah date dengan abang dulu," ujar Khal sambil memandang Juwita sekilas dan mengenyitkan matanya.

Juwita ketawa perlahan. Kemudian bicara mereka terhenti di situ sahaja. Juwita memandang ke luar tingkap memandang langit malam yang pekat, tetapi bandar Kuala Lumpur seperti biasa masih dan tidak akan tidur lagi di waktu-waktu seperti ini. Kenderaan juga boleh tahan banyak juga walaupun sudah di malam hari.

"Abang Khal..." Juwita memanggil Khal tiba-tiba dengan suara yang perlahan.

"Ya, Ju..."

Juwita terdiam sebentar. Sudah lama dia memikirkan tentang hal ini. Sejak di Amerika lagi. Sejak Abang Khal bertindak merisik dirinya secara tiba-tiba melalui ibu dan ayahnya di Malaysia. Lagi pula, ibu, ayah dan kakaknya seperti mahu benar dia menerima Khal dalam hidupnya.

Juwita jadi berbelah-bahagi. Bukannya dia tidak boleh menerima Khal. Bukannya dia tidak boleh melupakan Haris. Bukannya Khal tidak cukup bagus.

Cuma hatinya sahaja yang tidak dapat menganggap Khal sebagai seorang kekasih kerana hatinya sudah lama menganggap Khal tidak lebih daripada seorang abang.

Abang yang sangat penyayang. Hanya sekadar itu.

Patutkah dia memberitahu hal ini kepada Khal?

"Kenapa ni, Ju? Is there anything that I need to know?" tanya Khal apabila melihat Juwita diam tiba-tiba.

"Ju rasa bersalah sangat nak bagitahu abang..." ujar Juwita perlahan sambil menundukkan kepalanya. Dia tidak berani untuk memandang Khal langsung ketika ini. Air matanya juga tidak semena-mena mula bergenang di birai mata.

"Why do you need to feel that way? Abang tak faham, Ju. Ju buat abang risau."

"Ju cuma... Ju tak nak..." Juwita cuba berkata tetapi ayatnya tersekat-sekat. Juwita berhenti sebentar lalu menarik nafas panjang. "Ju tak nak abang masih terus berharap pada Ju. Antara kita berdua... Ju hanya boleh anggap Abang Khal hanya sebagai abang. I'm sorry, really sorry. Ju harap abang faham keadaan Ju sekarang ni..."

Juwita memandang Khal yang sedang memandu. Khal hanya mendiamkan diri sahaja tetapi riak wajahnya sudah jelas berubah. Rahang lelaki itu juga bergerak-gerak seperti sedang menahan perasaan dan Juwita juga sedar akan pegangan Khal pada stering kereta juga semakin erat.

"Abang... please say something. Ju rasa bersalah..." ujar Juwita dengan air mata yang sudah mula tumpah.

"You're selfish, Juwita."

Hanya satu ayat itu sudah membuatkan air mata Juwita turun semakin laju. Dia tahu dia bersalah. Mungkin dari tingkah-lakunya sebelum ini seolah-olah telah memberi harapan kepada Khal. Lebih-lebih lagi apabila seluruh keluarganya amat menyokong jika ada hubungan yang terjalin antara dirinya dan Khal, membuatkan Juwita lebih tidak berani untuk menolak.

Juwita tidak tahu kuasa apa yang membuatkan dia berfikir untuk berterus-terang terhadap Khal malam ini.

Adakah kerana dia sudah bersedia?

Ataupun kerana kehadiran Haris semula yang telah menggoyahkan pendiriannya?

"I'm sorry for being selfish. Ju cuma tak boleh nak tipu perasaan Ju lagi..." ujar Juwita sambil tersedu-sedan.

"Ju langsung tak cuba, so how could you say that? At least, Ju. At least... try to forget about your past. Susah sangat ke, Juwita?"

Suara Khal yang tegas tetapi langsung tidak meninggikan suara itu membuatkan Juwita rasa semakin bersalah.

"Ju dah cuba..."

"Then you didn't try harder!" Khal memotong ayat Juwita dan tanpa sedar ternaikkan suaranya sedikit.

Juwita sedikit tersentak mendengar nada suara Khal yang sedikit meninggi.

Khal menarik nafas dalam. Dia tidak mahu bersikap seperti tidak matang dalam hal ini. Biar menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak.

"I love you, Ju. Kenapa Ju tak boleh nampak semua tu?"

Juwita mengesat air mata yang tumpah dengan belakang tapak tangannya. Wajahnya kini sudah basah dengan air mata.

"Ju tahu.... Tapi Ju tak boleh balas perasaan abang terhadap Ju. Ju tak nak kalau Ju terima abang dalam hidup Ju, tapi Ju tak boleh nak cintai abang semula. Daripada abang lebih terluka nanti, Ju rasa baik Ju berterus-terang sekarang."

Sekali lagi Juwita melihat Khal menarik nafas dalam. Kemudian lelaki itu terdiam lama sebelum dia mengeluh berat.

"I'm not going to continue this conversation, Juwita. You're tired and you don't know what you're saying right now."

"Abang, I know what..."

"Juwita. Just don't." Sekali lagi Khal memotong kata-kata Juwita. "My mood is not on the right track right now. Abang tak nak cakap bila fikiran abang tengah kusut, because I know I'll regret everything I've ever said later."

Juwita akur dan terus mendiamkan dirinya. Perjalan ke rumah yang berbaki 10 minit itu hanya ditemani suasana yang senyap sunyi di dalam kereta.

"Terima kasih hantar Ju balik rumah," ujar Juwita apabila kereta Khal sudah sampai di hadapan rumahnya.

Khal tidak membalas apa-apa. Juwita faham lalu terus membuka pintu kereta dan keluar. Beg plastik yang mengandungi barang-barang untuk Khal diletakkan di atas tempat duduknya tadi. Juwita membuka pintu di bahagian belakang dan membawa keluar begnya. Sebaik sahaja semua barang telah pun dibawa keluar, Juwita menutup semula pintu kereta itu.

Dan kereta Khal terus meluncur laju tanpa lelaki itu menoleh sedikitpun ke arah Juwita.

***

Yay, Abang Khal is back. Who's excited to see Abang Khal again? #teamkhal where u at! 🙌🙌🙌

p/s Siapa ada tips macam mana nak jadi rajin secara konsisten? Saya selalu sangat rasa malas walaupun nak update satu bab je 😭



واصل القراءة

ستعجبك أيضاً

511K 20K 30
DARA MANISA Dia ikut cakap mak je! THAQIF QAUSAR Dia sudah punya 'mata air'. Jadi tolong jangan terhegeh boleh? Menjadi calon isteri yang tak diingin...
2M 87.3K 57
[COMPLETED] 1st story Song: Dirgahayu by Faizal Tahir & Siti Nurhaliza Sudah 13 tahun berlalu. Jarak yang memisahkan mereka buatkan dia bahagia dan...
Hati بواسطة Aisyyy

قصص عامة

219K 7.4K 42
Highest Ranking: #1 in General Fiction Publish:21/03/16 End:08/09/17 You can follow my Insta: izz_syahhh
2.2M 87.5K 52
Genap 6 tahun hubungan cinta antara Dian Raisya dan Aidil Zulkarnain, akhirnya hubungan mereka terputus juga. Dian merupakan seorang gadis yang ceria...