Tanya Sama Hati ☑

By myladyv

1.2M 56K 3.4K

Cikgu Juwita Natalia dan Doktor Haris Redzuan. Berjumpa buat kali pertama bukan dalam keadaan yang ala-ala se... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
Bukan Update #1
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
Bukan Update #2
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56 : THE ENDING
Farewell, TSH ❤

BAB 42

19.9K 912 85
By myladyv

Sejak tadi Haris asyik memandang Juwita sahaja. Kemana sahaja Juwita pergi, pasti matanya juga akan turut mengekori gadis itu dari jauh. Bukannya dia tidak mahu mendekati gadis itu, tetapi setiap kali dia cuba untuk mengekati Juwita, gadis itu akan melarikan diri daripadanya. Macamlah dia tu hantu yang nak makan orang!

Haris tersenyum melihat Juwita yang kelihatan sangat manis berkebarung hijau. Bibir gadis itu juga sentiasa sahaja tersenyum kepada orang ramai yang turut berada di situ, tidak seperti ketika dia berada bersama Haris. Dengan Haris, wajahnya masam sahaja tanpa senyuman. Haris rindu untuk melihat senyuman Juwita itu. Senyuman Juwita yang memang hanya ditujukan kepada dirinya. Tapi sampai saat ini, tak ada sekuntum senyuman pun yang Juwita berikan kepadanya.

Haris melepaskan keluhan lemah. Sungguh, dia terlampau merindui gadis itu. Terlampau rindu sehinggakan apabila Juwita hilang dari pandangan matanya sebentar sahaja pun, dia jadi tak tentu arah. Enam bulan mereka tidak berjumpa, dan Haris tahu Juwita masih marah terhadap dirinya. Juwita sudah cukup setia sepanjang pemergian selama sebulan dahulu, tetapi dia yang telah mengkhianati kepercayaan Juwita. Pasti Juwita sudah cukup terluka.

Ketika Juwita bersembang dengan Khal melalui panggilan telefon tadi pun dia sudah diserang perasaan cemburu yang amat sangat. Bermacam-macam perkara berlegar dalam fikirannya. Juwita dan Khal ada hubungankah sekarang? Ataupun... mereka sudah bertunang dan mungkin akan berkahwin tidak lama lagi? Memikirkan kemungkinan itu, Haris rasa seperti hendak migrain pula. Tetapi apabila dia melihat ke arah jari Juwita, jari-jemari itu masih lagi kosong tanpa ada tanda, termasuklah tanpa cincin pemberiannya dahulu.

"Tak kemana pun Juwita you tu, Haris..."

Satu suara wanita menegur Haris membuatkan lelaki itu tersentak dari lamunannya. Haris hanya tersenyum sumbing kepada Hafeesya.

"Pergilah tegur dia Haris. Cakap dengan dia ke... takkan you nak duduk dekat sini je?" tanya Hafeesya seperti tidak puas hati dengan Haris.

Haris mengeluh perlahan. "You tak nampak ke Feesya... every single time I nak rapat dengan dia je, dia dah lari sebatu dari I. Baru I nak datang dekat dia, dia dan menyorok entah dekat mana. She hates me, Feesya. Muka I pun dia dah tak nak pandang dah..."

"Mana you tahu dia benci you?"

"I tahulah..."

Hafeesya tersenyum. "Kalau I cakap yang sebenarnya dia pun selalu curi-curi pandang you... you percaya tak?"

"You tak payah nak tipu I la Feesya..."

"Sumpah I tak tipu!"

Serta-merta Haris berpaling ke arah Juwita. Memang benar, Juwita juga sedang memandang ke arahnya.

***

Juwita terus melarikan pandangannya apabila pandangan dia dan Haris bersatu. Merah wajahnya menahan malu kerana tertangkap sedang memandang ke arah lelaki itu. Dia sendiri tidak tahu kenapa matanya sering sahaja memandang ke arah lelaki itu. Seperti Haris ada magnet penarik pula!

Tanpa Juwita sedar, Haris sudah pun melangkah ke arahnya ketika dia sedang sibuk mengalihkan pandangan ke tempat lain. Haris menarik kerusi bertentangan dengan Juwita dan duduk di situ membuatkan Juwita sedikit terkejut. Dia jadi keras di tempat duduknya apabila melihat Haris kini sudah duduk berhadapan dengannya dan dia tiada pilihan lain selain untuk kekal duduk di situ juga.

"Lia dah makan?" tanya Haris dengan senyuman sambil memandang ke arah Juwita.

Juwita sekadar membatukan dirinya tanpa menjawab persoalan Haris.

"Kalau Lia belum makan..."

"Why are you doing this, Haris?" tanya Lia tiba-tiba memotong percakapan Haris terlebih dahulu. "Why are you doing all this?" Dia mengulang semula soalan yang sama tanpa perasaan. "Awak ingat saya dah lupakan apa yang awak buat dulu? You think so, Haris?"

Haris terdiam. Lama dia memandang Juwita dan kali ini gadis itu juga tanpa gentar memandang ke arahnya. Sepasang mata Juwita seolah-olah mencabar Haris untuk menjawab soalannya tadi.

"I don't know and what I know is I love you."

"Nonsense."

"Abang pernah cintakan Lia... masih cintakan Lia... dan akan terus mencintai Lia..."

Juwita tersenyum sinis. Sedikit pun dia langsung tidak percaya kata-kata Haris. "Awak tak rasa bersalah ke sebut perkataan tu Haris? Cinta? Love? Do you really know what is it?" Juwita bertanya sinis. Dia langsung tidak mahu mempedulikan perasaan Haris. Bagi Juwita, apa yang Haris lakukan kepadanya dulu lebih menyakitkan hati.

Haris menarik nafas dalam. Sungguh... Juwita yang di hadapannya ini sudah lain. Dan dia tahu dia tidak boleh menyalahkan gadis itu kerana semuanya berpunca dari dirinya sendiri.

"Abang tahu Lia masih marah pada abang. But believe me Lia... I've never loved anyone else as much as I love you."

Kali ini Juwita tergelak perlahan dan penuh sinis. "You mean... as much as you love her?" Matanya memandang ke arah Hafeesya yang sedang sibuk melayan tetamu yang hadir ke kenduri kahwin adiknya.

"Lia tak percayakan abang?"

"Macam mana saya nak percaya pada orang yang pernah tipu saya?" Suara Juwita menjadi kendur. Matanya memandang tepat ke dalam mata Haris. "I trusted you, Haris. I trusted you more than anyone else but you broke my trust."

"That was my mistake. Abang tahu... Lia tak nak dengar lagi penjelasan daripada abang. But one thing you should know... my feelings towards her is not the same as my feelings towards you."

Haris terus bangun dari duduknya dan meninggalkan Juwita bersendirian. Tiada guna lagi dia duduk di situ jika Juwita sendiri masih lagi tidak mahu mendengar penjelasannya, apatah lagi mahu memaafkannya.

***

"Juwita... can I have a private talk with you for a minute?"

Juwita terkedu tatkala wanita itu berkata begitu ketika Hafeesya menghantarnya kembali ke hotel selepas selesai majlis kenduri kahwin. Kenapa Hafeesya mahu bercakap dengannya secara sendirian? Ada hal pentingkah? Haris pula sebaik sahaja sampai di hotel itu, dia terus sahaja melangkah masuk ke dalam hotel tanpa berkata apa-apa.

Hafeesya melangkah ke arah ruangan kafe yang terletak di dalam hotel itu sambil diekori oleh Juwita. Mereka masing-masing mengambil tempat dan duduk berhadapan di tempat yang sedikit tersembunyi di kafe itu.

Hafeesya membuat pesanan, begitu juga dengan Juwita. Kemudian mereka berdua diam seribu bahasa sehinggalah air yang dipesan mereka kini sudah sampai di hadapan mata.

"Kak Feesya nak cakap apa dengan saya sebenarnya?" tanya Juwita selepas mereka sudah lama mendiamkan diri tanpa berbicara apa-apa.

Hafeesya memandang ke arah Juwita. "Akak nak cakap tentang Haris."

Juwita membuang pandang ke arah lain dan mengeluh perlahan. Kemudian dia menunduk memandang jari-jemari sendiri. "There is nothing to talk about. Saya dan dia dah lama selesai. Akak tak perlu jelaskan apa-apa pada saya. Saya faham dan terima hubungan akak dan dia."

"Antara akak dan Haris yang dah lama selesai, Juwita. But not between you and him. Antara Juwita dengan Haris belum lagi selesai. Percaya cakap akak Juwita... there is nothing going on between me and him. Apa yang Juwita nampak dulu was completely a mistake."

"Sudahlah kak... saya bukan lagi budak kecil yang tak tahu apa-apa. I know that you guys still love each other. Kalau tak, semuanya takkan jadi macam ni."

Hafeesya melepaskan nafas berat. "Haris masih cintakan Juwita..."

"Saya dah tak ada apa-apa perasaan terhadap dia." Juwita menjawab laju.

"Juwita Natalia..." Hafeesya memanggil nama penuh Juwita sambil memandang tepat ke dalam mata gadis itu. "I'm a woman, and so do you. Akak tahu perasaan Juwita. I'm so sorry... sebab akak, Juwita dan Haris jadi macam ni."

Birai mata Juwita basah tiba-tiba. "Saya dah lupakan semua tu. Tak ada sesiapa pun yang salah. Mungkin dah bukan jodoh saya dan dia..."

"Juwita kena tahu... Haris sangat-sangat cintakan Juwita. What happened six months ago should have not happened at all. Akak yang salah. Akak yang cuba tarik balik cerita lama antara kami berdua without realising that I was already 10 years too late. Haris hanya keliru, Juwita. He's just confused with his feelings."

Juwita terdiam. Dia tidak tahu ingin menjawab apa lagi.

"Enam bulan Juwita... enam bulan akak nampak bertapa menyesalnya Haris sebaik sahaja Juwita pergi dari hidup dia. Hari ni, for the first time akak nampak bertapa gembiranya Haris bila Juwita dah ada depan mata dia, walaupun bukan lagi di sisi dia."

Juwita menunduk sayu. "Dia dah rosakkan kepercayaan saya, Kak Feesya. I trusted him more than anyone else, tapi dia tipu saya..." Tiba-tiba terasa setitis demi setitis air matanya turun ke pipi lalu cepat-cepat dia menghapuskan air mata itu. "I used to loved him with all my heart, but tell me... how could I still love him after what he had done to me?" tanya Juwita perlahan.

"I know it's not easy to forgive, let alone to forget what he had done. Tapi Juwita kena tahu satu benda... antara akak dan Haris, belum ada apa-apa yang kami mulakan. We're just friends and not more than that. All these months, Haris hanya tunggu Juwita. You and only you. Percaya cakap akak Juwita... sekali Haris kata cinta, dia akan tetap cinta."

Juwita hanya kelu seribu bahasa.

***

Maafkan patik yang selalu tidak menepati janji ni huhuhu 🙏Amacam, boleh maafkan ke tidak si Haris ni? 😇

Continue Reading

You'll Also Like

1.9M 86.7K 57
[COMPLETED] 1st story Song: Dirgahayu by Faizal Tahir & Siti Nurhaliza Sudah 13 tahun berlalu. Jarak yang memisahkan mereka buatkan dia bahagia dan...
Hati By Aisyyy

General Fiction

219K 7.4K 42
Highest Ranking: #1 in General Fiction Publish:21/03/16 End:08/09/17 You can follow my Insta: izz_syahhh
864K 26.9K 62
Karya pertama by thecreamcake in romance 📖 B o o k - 1 jodoh dalam keperitan 📖 TAMAT Hawa Afwan . Wanita yang cukup penyabar dan tabah , disa...
3.8K 328 10
My new babies🤍💜 Start: 19 July 2022 End: Genre: Royal-Romance Sinopsis Aku Alara Surya. Panggil Lara. Aku anak tunggal dan aku bakal isteri seoran...