Tanya Sama Hati ☑

Galing kay myladyv

1.2M 56K 3.4K

Cikgu Juwita Natalia dan Doktor Haris Redzuan. Berjumpa buat kali pertama bukan dalam keadaan yang ala-ala se... Higit pa

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
Bukan Update #1
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
Bukan Update #2
BAB 36
BAB 37
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56 : THE ENDING
Farewell, TSH ❤

BAB 38

18.3K 820 42
Galing kay myladyv

6 bulan kemudian...

Juwita menolak troli bagasinya ke arah ruang menunggu. Tak sabar rasanya mahu pulang ke rumah setelah enam bulan berada di perantauan dan tidak pernah sekali pun menjejakkan kaki ke Malaysia. Hatta berpuasa dan beraya pun terpaksa disambut di Amerika.

Bayangkan masak rendang dalam cuaca yang sejuk? Tak feel betul!

Juwita tersenyum lebar apabila melihat wajah ibu dan ayahnya yang sedang duduk di satu sudut. Pantas kakinya melangkah ke arah kedua-dua orang tua itu.

"Ibuuu!!! Ayah!!!" Juwita terus memeluk tubuh kedua-dua orang tuanya sekaligus. "I miss you both a lot!"

"We miss you too..." balas Datuk Kamil. "Ibu tu haa... hari-hari sebut nama Juwita tau."

"Mesti ibu rindu Juwita kan?" usik Juwita.

"Mestilah sayang... ibu rinduuuuu sangat!" ucap Datin Masnah jujur. Tubuh anaknya itu dipeluk erat dan diusap penuh kasih. "Lama sangat anak ibu ni tak balik. Puasa kat sana, raya puasa dengan raya haji pun kat sana. Sekarang ni anak ibu tak boleh pergi mana-mana dah buat sementara waktu. Kena duduk dengan ibu je!"

Juwita tergelak manja. Ibu... ibu. Comel betul!

"Dah balik Malaysia ni... Juwita dah ada plan ke?" tanya Datuk Kamil apabila mereka semua sudah berada di dalam kereta.

"Plan?" Juwita terdiam sejenak seperti berfikir. "Rasanya macam tak ada lagi. Yang ada pun cuma nak attend kenduri kahwin jelah kot. Sekarang kan tengah cuti sekolah, jadi musim kahwin la jawabnya. Minggu depan Juwita nak attend kenduri kahwin kawan yang sama-sama intern dengan Juwita kat US hari tu. Dia orang Sarawak. Dua minggu lepas kenduri kat Sarawak tu kenduri Aina pulak. Aina dah book Juwita seminggu tau untuk majlis nikah dan majlis kenduri kahwin dia!" terang Juwita panjang lebar.

"Dah nak kahwin Aina rupanya..." ujar Datin Masnah. "Juwita pulak macam mana?" tanya wanita itu sambil cuba serkap jarang.

"Juwita kenapa pulak?" tanya Juwita semula berpura-pura tidak faham. Mata dihalakan ke arah lain.

"Khal tu dah beberapa kali tanya ayah, Juwita..." Datuk Kamil menyampuk. "Cincin yang Khal bagi... Juwita terima atau tidak?"

Juwita tunduk memandang jari-jemarinya yang masih kosong tanpa sebarang cincin. Dulu di salah satu jari itu pernah tersemat sebentuk cincin, tetapi hanya dapat bertahan sementara sahaja.

"Khal tu baik orangnya Juwita... ayah kenal dia. Dia nampak ikhlas nakkan Juwita," sambung Datuk Kamil lagi apabila melihat anak gadisnya itu terdiam. "Kalau dah ada orang yang mencintai dan menghargai Juwita di depan mata, kenapa perlu lepaskan orang tu?" tanya Datuk Kamil lembut.

Juwita memandang ayahnya sekilas. "Ayah tolong bagi Juwita masa untuk fikir..." pinta Juwita perlahan.

Datuk Kamil menepuk bahu anaknya. "Take your time. Ayah tak akan pernah paksa anak ayah untuk buat keputusan. Cuma kalau boleh ayah nak yang terbaik untuk anak ayah ni. Ayah tak nak ada sesiapa lagi yang berani sakiti hati anak ayah."

Juwita rasa terharu. Walaupun dia tahu dia bukannya anak kandung ibu dan ayahnya, tetapi ibu dan ayahnya tidak pernah menganggapnya sebegitu. Malah, mereka teramat sayang kepadanya dan memanjakan dia lebih daripada kakaknya sendiri. Julia juga memang sudah menganggap Juwita seperti adik kandungnya sendiri tanpa ada rasa iri hati.

Juwita memeluk lengan ayahnya manja. "Thanks ayah... Juwita sayang ayah..."

"Ayah pun sayang anak ayah ni..."

***

Sebaik sahaja Juwita masuk ke dalam biliknya, dia terus merebahkan tubuhnya ke atas katil. Bibirnya mengukir senyuman saat belakang badan bersentuhan dengan tilam empuk yang sudah lama ditinggalkan. Walaupun tempat tinggalnya di Amerika juga selesa, tetapi masih tidak dapat disamakan dengan biliknya di sini.

Juwita mendepakan tangan di atas katil bersaiz king itu. Matanya terpejam dan tanpa sedar dia terlena akibat rasa penat yang menguasai diri. Lena sungguh dia tertidur tanpa langsung berkutik walaupun telefon bimbitnya berbunyi beberapa kali.

Sedar-sedar sahaja, jam sudah menunjukkan pukul 9 malam. Juwita terkejut. Hampir tujuh jam dia terlelap. Nasib baik dia sedang 'bendera merah', kalau tidak pasti sudah tiga waktu solat fardu ditinggalkannya.

Tanpa memeriksa telefon bimbit terlebih dahulu, Juwita terus mencapai kain tuala bersih di dalam almari pakaian dan dia melangkah ke arah bilik air untuk membersihkan badan yang terasa berlekit.

Selesai membersihkan badan dan lengkap memakai sepasang pajama merah jambu, Juwita duduk bersila di atas katilnya dengan rambut yang masih berbungkus dengan tuala. Telefon bimbit yang tersorok di bawah bantal dicapai.

Terbeliak matanya melihat berpuluh-puluh misscall dan beratus-ratus pesanan Whatsapp yang masuk. Juwita menekan senarai nama misscall. Ada beberapa nama tetapi paling banyak pastinya nama lelaki itu. Pantas sahaja jarinya menekan pada nama lelaki itu dahulu.

"Hello, assalamualaikum..."

"Waalaikumussalam. Haa... akhirnya puteri beradu bangun dah," usik lelaki itu sebaik sahaja menjawab salam. "How's your flight?"

Juwita tergelak kecil. "My flight delayed for four hours in Tokyo. Bayangkanlah penat macam mana, kan. Sorry Abang Khal..."

"It's okay, Ju. Tiga minggu lagi Aina nak kahwin kan?" soal Khal tiba-tiba.

"Yes. Kenapa?"

"Dia invite abang. Hari tu kitorang terserempak dekat KLCC," ujar lelaki itu. "Ju pergi dengan siapa?"

"Hmmm..." Juwita seperti berfikir sejenak. "Buat masa ni still seorang lagi sebab ibu date dengan ayah, Kak Julia mestilah date dengan suami dia, and then there's me alone like a potato couch," gurau Juwita sambil tergelak kecil.

Khal turut tergelak perlahan. "Kalau macam tu... be my date, then."

"Eleh... nak ke abang jalan seiring dengan Ju. Nanti orang kata apa pulak... Beauty and the Beast tau!"

"Ohh... Ju nak kata abang yang handsome lagi penuh mutu keunggulan ni Beast yaaa?"

Ketawa besar Juwita jadinya. "Abanglah Beauty... Ju ni Beast je kan..." usik Juwita lagi.

"Ju... abang cakap betul ni tau. Jadilah date abang for that night." Khal menjadi serius semula.

"For that night je?"

"Or should I say for the rest of my life? Dah lama abang cakap macam tu, Ju. I am more than happy to have you for the rest of my life."

Juwita terdiam. Dia menggigit bibir bawahnya apabila mendengar suasana sudah bertukar menjadi serius.

"Err... Ju pakai baju warna pink untuk kenduri Aina nanti!" ujar Juwita tiba-tiba untuk mengelak dari topik itu.

Kedengaran Khal mengeluh lemah di hujung talian. "Ju... abang takkan buat Ju macam mana dua orang lelaki sebelum abang buat pada Ju."

Mata Juwita bergenang tiba-tiba apabila mendengar ayat itu. "They said the same thing..." bergetar suara Juwita berkata sambil cuba menahan tangisan. "The exact same thing..."

"Ju..."

Juwita menarik nafas panjang. "I'm wearing pink on that day." Sekali lagi Juwita cuba menukar topik. Dia tidak mahu berbicara tentang itu lagi. "If you want me to be your date, will you wear pink?"

"I can even wear hot pink for you, Ju."

Juwita tergelak kecil. Lawak pula apabila membayangkan lelaki sado seperti Khal memakai warna hot pink. Kalau warna pastel pink okeylah jugak... sweet apa!

"Janganlah warna hot pink. Nanti Ju yang malu nak jadi date abang."

"Habis tu... Ju yang nak abang pakai pink," ujar Khal mengusik. Terlupa sudah topik perbincangan mereka tadi. Dan dia sendiri mahu melupakan topik itu dahulu buat masa sekarang.

"Maksud Ju pink yang lembut... macam pastel pink tu."

"Ju, to be honest I have nothing pinkish in my wardrobe. Macam mana? Boleh teman abang shopping?"

"Tak ada langsung? Baju Melayu warna pink pun tak ada?" tanya Juwita seperti tidak percaya.

"Tak ada, Juwita Natalia."

"Eii... teruklah abang ni! Mesti abang ingat pink is just for girls kan?"

Khal tergelak. "Of course Ju... habislah abang kalau orang nampak abang pakai pink!"

Juwita mencebik. "Yelah tu. Okeylah, nanti Ju teman abang shopping. Tapi abang kena pakai Baju Melayu tau, sebab Ju nak pakai kebaya!" ujar Juwita ceria.

"Okey, okey..."

Sebaik sahaja talian dimatikan, Khal tersenyum lebar. Lega hatinya apabila dapat bercakap dengan Juwita selepas berkali-kali dia cuba menghubungi gadis itu sejak petang tadi.

Khal melangkah ke arah almari bajunya. Sepasang Baju Melayu berwarna dusty pink yang sudah tersangkut elok di dalam almari itu ditanggalkan dari penyangkut lalu disumbat masuk ke dalam laci paling bawah di dalam almarinya.

Sorry Ju... abang terpaksa tipu sunat tadi.

***

Maaf, maaf, maaf semua. 🙏🙏🙏 Saya tahu lamaaaa sangat saya tak update. Sebulan dah kot! Saya memang busy banyakkkk sekarang ni. Maaf lagi sekali kalau awak rasa cerita ni terlalu lama masa diambil untuk saya update. Gomen ne~ 😢😢😢

Ipagpatuloy ang Pagbabasa

Magugustuhan mo rin

63.1K 2.7K 41
Ellaina terpaksa akur apabila dia bakal dijodohkan dengan lelaki yang berstatus suami orang.Pada mulanya,Nashriq melayan Ellaina dingin,namun apabila...
380K 14.5K 33
"Kenapa you kembali? Kenapa you kembali setelah you buang I dari hidup you?" - DR MAWAR ELENA. Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta terhenti sek...
489K 17K 70
( In editing process...) 𝐀𝐑 - 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...
2.2M 87.5K 52
Genap 6 tahun hubungan cinta antara Dian Raisya dan Aidil Zulkarnain, akhirnya hubungan mereka terputus juga. Dian merupakan seorang gadis yang ceria...