CLARA (THE GIRL THEY NEVER NO...

By maroonscarlet

1M 22.5K 826

Dia Clara, gadis nerd yang tiada siapa anggap dia wujud sehinggalah pada alumni diadakan, dia merupakan wanit... More

Casting
Prolog
1: Flash Back
2: Ariana
3: Goda
4: This means wars
5: Lasagna
6: Flash Back II
7: Intro of Clara
9 : Still Thorn
10: Sandwich
11: Warning
12: Rayyan
13: Conflict
14: Memory
15: Nizam's Story
16: Nizam' Story II
17: Nizam's Story III
18: Cheat
19: Trap
20: Black Canyon
21: Flash Back III
22: Gym
23: Cikgu Aril
25: View from Highland
26: Fight
Casting II
27: Coax
28: Family Rayyan
29: Family Rayyan II
30: Perfume
31: Ingin berubah
32: Family Rayyan III
33: Complicated
34: Engaged
35: 2weeks before
36: A week before
37: Bad news
38: Answer
39: Bad News II
40: Confession I
41: Confession II
42: Confession III
43: Gaung
44: Awake
45: Solat
46: Hidayah
Epilog
47: Ignored
48: Sorry
50: Forgive me
49: Forget
Notes
Notes II
2.0 (Prolog)
51: Honeymoon
52: Honeymoon II
53: Setia menanti
54: Ditinggalkan ditepi jalan
55: Rayyan is back!
56: Ariana is back too.
57: An hour with Rayyan
58: Fight again
59: Pengsan
60: Ditampar
61: Jatuh
62: Hospitalized
63: Man-to-man
64: Awake
65:
66
67: Persoalan
69: Kebenaran
70: Mardiyah
71: Kata Maaf
72: Lukisan hati
73: Manisnya cinta
74: Kenduri Kahwin
75: Hospital Ampang
TAMAT
Hello!

68: Memori itu lagi

6.9K 201 9
By maroonscarlet

"Perempuan tadi?" Soalnya semula, dia menghampiri Clara, duduk ditepi katil. Clara mengangguk.

"Dia tu tah siapa-siapa je, kalau dia datang lagi sayang jangan buka pintu. Abaikan je. Okay?" Nizam mengusap lembut rambut Clara yang mengurai. Clara kembali teringat pada perkataan 'sayang' yang diucapkan oleh Ariana sebentar tadi. Otaknya ligat memproses perkataan itu sehingga membawanya kepada sebuah memori yang samar-samar.

"Sayang I miss you."

Dia dapat ingat satu ayat itu disebut oleh orang yang sama dan persekitarannya yang masih sama. Suara itu samar-samar juga. Dia cuba dan cuba untuk mendapatkan kembali memori itu, dia tak mahu mengalah. Kalau dia tak cuba, dia tak akan pernah dapat semula memori lama.

"Sayang, you okay ke ni? Jangan paksa diri you." Nizam panik melihat Clara sudah mengerutkan dahi. Pasti sakit itu kembali lagi.

"Tapi dia kenal you, how can you kata you didn't know her?" Ujar Clara sambil merenung kembali mata Nizam, dia akan lawan sakit itu.

"I akan bagitahu semuanya bila you dah okay but not know, you need a rest." Nizam menepuk-nepuk bantal lalu Clara perlahan-lahan baring diatas bantal tersebut.

"I promise." Nizam berkata lagi, dia tahu wanita itu masih curiga. Tapi sumpah, dia memang nak ceritakan segalanya bila Clara dah okay sikit. Dia tak nak Clara terganggu.

"I have your words." Clara lantas memejamkan mata. Dia ingin lupakan segalanya, memori yang masih samar-samar tadi hanya membuatkan dia rasa suck.

**********

"Ee bodoh betul, dasar kurang ajar!" Ariana menghentak kaki dengan kuat. Dia geram sebab rancangannya tadi hampir berjaya tapi gagal sebab Nizam balik.

"Auch!" Dia menjerit perlahan, heels yang dipakai patah. Pasti sebab dia menghentak kaki dengan kuat. Dia membongkok mencapai heels tersebut, apabila dia berdiri semula dia terkejut melihat seorang lelaki sudah berdiri betul-betul dihadapannya.

"What the-" ayat itu terpacul laju. Dia mengerutkan dahi melihat lelaki itu.

"Baby, long time haa kita tak jumpa." Lelaki itu menanggalkan ray ban dan menyangkut dikolar baju.

"Apa you buat kat sini?" Ariana mendengus, nampak seperti dia tak senang dengan kehadiran lelaki itu.

"You ingat tak yang you ada kata nak-" Ayatnya mati apabila Ariana memberinya jari telunjuk tepat pada muka.

"Ei you ni, jangan nak macam-macam eh dengan I! Kita berdua dah tak ada apa-apa, okay?!" Ariana mengalihkan pandangan ketepi.

"Sayang...sayang... I sendiri tak pasti sama ada you ni bodoh ke apa. Takkan you dah lupa dengan agreement kita?"

"You boleh pergi mampus la Razlan!" Jeritnya dengan nyaring. Pantas Razlan menekup mulut Ariana.

"Lepaskan I!" Ariana menggigit jari Razlan sehingga lelaki itu melepaskannya.

"You ni dari dulu sampai sekarang tak berubah, ganas.." Dia memberi senyuman miang sehingga membuatkan Ariana meludah ke tepi.

"Antara I dengan you," jari ditunjukkan pada dirinya dan Razlan.

"Kita berdua dah tak ada apa-apa hubungan dan business!" Teriaknya lagi. Perempuan kalau gaduh memang macam ni kot?

"Hei hei.. I ni belum pekak badak macam you lah! Tak payah nak menjerit-jerit macam kena rogol. Lainlah you nak kena lagi, macam dulu?" Razlan mengelap bibir, tak tahu lah apa yang difikirkan tapi ketika ini Ariana sudah menggigil ketakutan. Teringat kembali apabila dia bangun dia sudah ada disebelah lelaki durjana ini dalam keadaan yang memalukan!

"Kalau you ganggu I lagi, I akan report police!"

"Apa bodoh sangat dia ni," Ujarnya perlahan. Namun masih didengari oleh Ariana.

"Apa you kata?"

"I tak tahu lah kalau you dah lupa tapi video tu kalau viral-" Razlan malas nak sambung ayat seterusnya. Namun itu sudah cukup buatkan Ariana menahan geram, mukanya merah kerana terlalu marah.

"Seriously, apa yang you nak sebenarnya? I dah penat tau layan semua kehendak gila you ni!"

"Haa macam ni lah, kan senang kalau you cakap elok-elok macamni. Sebenarnya I perlukan duit-"

Ariana sudah tertawa sinis, dia tahu lelaki ini takkan berhenti meminta duit.

"Berapa you nak kali ni? Dua ribu? Tiga ribu?" Ariana membuat muka paling menyampah.

"Bagi I lima."

"What?! Apa yang you nak buat dengan duit ni?"

"Jangan banyak tanya lah. Cepat bagi..."

Dan Ariana sentiasa kalah dengan Razlan. Lelaki itu memberikan sebuah kucupan ditelinganya lalu berlalu pergi. Wajah Ariana sudah masam mencuka dan Razlan tertawa melihat Ariana.

Mereka mungkin tak sedar ada satu lensa merakam perbuatan tersebut. Cekap dan pantas.

*********

Tak tahulah berapa kali dia dah mengalami mimpi itu, lelaki yang memegang tangannya masih samar-samar. Ya, dia sendiri tidak tahu siapa lelaki itu tapi dia yakin itu ialah Rayyan, lelaki yang dia cintai. Dia sedar Nizam ialah suaminya namun dia juga tidak inginkan semua ini berlaku.

Sehinggalah lelaki itu tersenyum, gigi yang tersusun cantik itu memberinya sebuah senyuman. Lantas cahaya yang mengikari matanya menampakkan dengan jelas bahawa sangkaannya itu tidak benar sama sekali. Lelaki itu bukan Rayyan, lelaki itu......

Tiba-tiba segalanya berubah, seakan dia di dimensi lain, dia memandang sekeliling, dia dirumah. Namun ada suara yang mencuri tumpuannya, dia lantas berdiri. Mata dijatuhkan, perutnya memboyot. Dia mengandung? Persoalan itu dibiar sepi, dia langkah lagi kehadapan, perempuan tadi.

"Sayang, I miss you."

Memori itu kembali menganggu fikirannya. Wajah perempuan biadap tadi juga muncul lagi. Wanita itu mengucapkan lagi kata-kata itu. Mereka sedang berpelukan? Dadanya berdebar untuk melihat wajah lelaki yang masih samar-samar itu. Apabila lelaki itu menoleh kebelakang.

Rasa seperti semuanya bergerak perlahan. Itu Nizam, lelaki yang mengaku dirinya ialah suaminya. Lelaki yang menafikan kewujudan perempuan biadap itu.

Lelaki yang sama dalam mimpi sebelumnya, Nizam. Tak tahu nak kata ini mimpi ngeri atau apa tapi kebenaran rasanya sudah terbongkar.

Dalam keadaan termengah-mengah mata dibuka pandang kearah atas. Dia memegang perut, kempis. Peluh dilap, huh! Semuanya seakan real, dia menelan liur. Apa semuanya?

Betul ke apa yang dia mimpi tadi? Telefon dicapai, nama Qistina dicari dan dalam beberapa saat, Qistina berada dalam talian.

"Eh, you nak pergi mana?" Soal Nizam sambil meletakkan akhbar dimeja. Clara masih berjalan tanpa menghiraukan soalan itu tapi sebelum dia hilang dari pandangan dia ada menyebut nama Qistina.

Kebenaran perlu dicari, dia mahu mendengar semuanya dari mulut Qistina dulu. Dia tidak percaya pada Nizam lagi.

Continue Reading

You'll Also Like

5.5M 61.7K 38
C O M P L E T E D Only available from Prologue - Chapter 30; incomplete published in Wattpad. She's merely a toffee lydy. Got very nuffin' of scrap o...
995K 42.5K 52
your lips, my lips, apocalypse. - Selepas kehilangan kedua-dua ibu bapa, aku telah diambil sebagai anak angkat oleh keluarga Benjamin. Mereka mempuny...
5.2M 108K 87
[C O M P L E T E D] My second babies 。 •́ ⚈ ( SILENT ) ⚈ •̀ 。 *** Sinopsis soon *** Start ; 01 June 2016 End ; 4 April 2020
1.2M 20.7K 31
Kylia tak menyangka yang hidupnya akan begini. Daniel ingin menuntut apa yang sepatutnya menjadi miliknya. ******** Kylia meneruskan langkah kakinya...