Tanya Sama Hati ☑

By myladyv

1.2M 56K 3.4K

Cikgu Juwita Natalia dan Doktor Haris Redzuan. Berjumpa buat kali pertama bukan dalam keadaan yang ala-ala se... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
Bukan Update #1
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
Bukan Update #2
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56 : THE ENDING
Farewell, TSH ❤

BAB 23

18.7K 1K 141
By myladyv

Saya lupa nak cakap dekat chapter sebelum ni. Bullying is a serious case. Kebelakangan ni banyak sangat kes buli yang kita dapat tengok dalam tv atau surat khabar. Membuli tak kiralah fizikal atau mental sama saja teruknya. Membuli tidak menunjukkan kehebatan, tapi menunjukkan kebodohan. Care for other people. Say NO to bullying! #antibullying

***

"Juwita? Kenapa menangis ni?"

Pantas Juwita mengesat sisa-sisa air mata di pipinya. Dia tidak mahu Khal salah faham apabila melihat keadaannya seperti itu. Dia memandang sekeliling, cuba mencari di mana jatuhnya selimut yang menutupi kepalanya tadi. Di atas lantai.

"Tak ada apa Abang Khal. Tadi doktor ambil darah sikit. Biasalah Ju dengan jarum macam mana kan..." dalih Juwita.

"Are you okay now? Tak payah jawablah sebab you are totally not okay," ujar Khal sambil mendekati Juwita. Sendiri yang tanya, sendiri yang jawab.

Belum sempat Juwita hendak turun dari katil untuk mengambil kembali selimutnya, Haris terlebih dahulu menunduk dan mencapai selimut itu. Selimut itu dikibas beberapa kali sebelum Haris sendiri yang meletakkannya di atas kepala Juwita, menutupi seluruh rambut gadis itu yang tadinya terdedah.

"Saya akan datang semula pukul 2 petang untuk periksa Juwita lagi. Nurse akan datang bagi ubat kejap lagi, please make sure you eat it." Haris berkata kepada Juwita sekaligus kepada Khal juga yang nampak seperti ingin tahu.

Tiba-tiba Haris mencapai pergelangan kiri Juwita. Dia menyeluk poket kot putihnya dan mengeluarkan tiga keping plaster. Satu demi satu dilekatkan dengan berhati-hati untuk menutupi parut di pergelangan tangan gadis itu tanpa dapat dilihat oleh Khal.

"Untuk sementara waktu..." bisik Haris perlahan dan hanya dapat didengari oleh Juwita. Kemudian dia melangkah ke arah pintu bilik dan keluar.

Sengaja dia membiarkan pintu bilik itu tidak bertutup dan terbuka luas kerana dia tidak mahu Juwita berdua-duaan di dalam bilik itu bersama 'pesaingnya'. Tak sedar pula dia sendiri pun berdua-duaan bersama Juwita di dalam bilik itu tadi. Ohh... untuk kau sendiri tak apa ya Haris? Haris tersenyum sendirian.

Khal meletakkan jambangan coklat di atas meja di tepi katil Juwita. "Because flowers are too mainstream, I bought chocolates for you. Favourite Ju kan?" Khal pura-pura tanya.

Juwita tersenyum manis dan mengangguk. Ferrero Roche, memang sampai menjilat jari la nanti!

"Thanks, Abang Khal. Patutlah dari semalam tekak ni asyik rasa nak makan Ferrero Roche je..." usik Juwita. "Macam mana abang tahu Ju ada dekat sini?"

"Julia yang bagitahu..." ujar Khal. Kerusi di sebelah Juwita ditarik dan dia duduk di situ. "It's okay, I won't ask what happened. Mesti Ju stress kan asyik kena tanya soalan yang sama je?"

Juwita tergelak kecil. "Sangat stress. Nasib baik Abang Khal very understanding!"

Khal turut tergelak sama. Kemudian matanya terpandang pada lantai bilik. "Kenapa ada banyak manik atas lantai ni?" tanya Khal yang curiga.

Juwita menggaru kepala cuba memikir jawapan. Belum sempat dia ingin menjawab, tiba-tiba pintu biliknya yang terbuka luas itu diketuk.

Haris melangkah masuk ke dalam bilik Juwita. "Sorry, lupa nak ambil fail." Dengan selamba dia mencapai fail di atas meja. Kemudian dia beralih memandang Khal di sebelah Juwita. "Haris Redzuan. Juwita patient saya." Haris menghulurkan tangan kepada Khal.

"Khal Benjamin." Huluran tangan Haris tadi disambut erat. "Macam mana dengan Juwita? Dia okey?" tanya Khal sekadar berbasa-basi.

"So far so good. Insya-Allah kalau tak ada apa-apa masalah petang ni dia dah boleh discharge," ujar Haris. Khal mengangguk-angguk. "Okeylah, saya keluar dulu." Haris bersalaman sekali lagi dengan Khal sebelum dia melangkah keluar dari bilik Juwita dengan fail di tangannya.

"Err, kat mana tadi?" soal Juwita yang terlupa soalan Khal kerana kehadiran Haris tadi. "Ohh, lantai kan? Tadi gelang Ju tersangkut dekat tepi katil ni, lepas tu terputus. Itu yang luka sikit tangan ni..." Juwita kelentong sambil menunjukkan tangannya yang telah diplasterkan oleh Haris tadi. "Abang Khal, nak coklat tu." Pantas Juwita menukar topik. Jarinya menunding ke arah sejambak coklat Ferrero Roche yang kelihatan sungguh menggiurkan pada pandangan mata Juwita.

Khal mencapai jambangan coklat di tepi meja. Sebiji Ferrero Roche dicabut dari jambangan itu dan dibuka bungkusan coklat berbentuk bulat itu perlahan-lahan.

Dengan selamba Khal menyuakan coklat itu ke mulut Juwita. Juwita jadi segan untuk membuka mulutnya.

"Biar abang suap Ju..." ujar Khal dengan senyuman.

Belum sempat Juwita ingin membuka mulutnya, sekali lagi pintu bilik diketuk. Seperti tadi, Haris dengan tanpa perasaan malu masuk ke dalam bilik Juwita dengan muka yang selamba. Kali ini dia tidak berseorangan malah dia membawa seorang makcik cleaner.

"Maaf ganggu. Saya nak suruh makcik ni sapu lantai bilik Juwita kejap. Bahaya manik-manik ni... nanti tergelincir patient saya," ujar Haris selamba sambil memandang Juwita.

Juwita mengecilkan mata memandang Haris tanda marah tetapi lelaki itu hanya tersenyum. Sengaja dia ni... Okey, tak apa.

Juwita tahu Haris sedang memandangnya, jadi dia sengaja membuka mulut untuk menerima suapan coklat daripada Khal. Tak sempat coklat itu masuk ke dalam mulut, tiba-tiba Haris bersuara.

"Tu makcik, bawah kaki dia banyak manik tu makcik... Mari sini saya sapukan." Haris pantas mengambil penyapu dan penyodok dari tangan makcik tadi dan dengan wajah selambanya dia menyapu bawah kaki Khal, membuatkan lelaki itu terpaksa berdiri untuk memberi ruang kepada Haris.

"Eh Doktor Haris... ini kerja makcik, biarlah makcik yang buat," ujar makcik itu serba salah melihat seorang lelaki berpangkat doktor sedang melakukan tugasnya.

"Tak apa makcik, sikit je ni. Lagipun ini patient saya, mestilah kena sayang lebih..." ucap Haris selamba. Sengaja dia mengenyit mata kepada Juwita kerana ingin mengusik. Ingin sahaja dia tergelak melihat wajah Juwita yang sudah masam mencuka itu.

Disebabkan coklat di tangannya kian mencair, Khal terpaksa menyuap coklat yang tadinya ingin disuap kepada Juwita ke dalam mulutnya sendiri. Tersenyum lebar Haris kerana taktik kotornya berjaya.

"Okey, dah settle. Sorry mengganggu awak berdua..." Haris menyerahkan semula penyapu dan penyodok kepada makcik tadi dan mereka sama-sama keluar dari bilik Juwita.

Khal duduk semula di tempatnya. "Kenapa dengan doktor Ju tu?" tanya Khal. Juwita menggeleng perlahan sambil angkat bahu. "Dah tak ada patient lain ke sampai nak caring macam tu sekali?" Suara Khal sudah seperti tidak puas hati.

"Tak tahulah... Biasalah tu kot, dia nak jaga patient dia."

"Ju ada rasa nak makan apa-apa tak? Nanti abang belikan. Makanan hospital ni mesti tak sedap kan?"

Juwita menggeleng sambil tersenyum. "Tak apalah, tak nak susahkan abang. Lagipun pagi tadi lepas Subuh, Juwita suruh ibu balik rumah rehat sekejap. Kesian ibu jaga Ju lama dekat sini. Ibu kata nanti ibu masak ikan siakap steam lemon untuk Ju sebelum datang!" ujar Juwita dengar ceria apabila berbicara tentang makanan.

"Ju... Ju..." Khal menggeleng dan tersenyum. "That's why I love you..." ujarnya perlahan.

Mata Juwita sedikit membulat. "Apa?" Dia tidak pasti betulkah apa yang didengarinya tadi.

Khal ingin mengulangi ayatnya, tetapi terbantut kerana pintu bilik diketuk lagi. Kali ini Haris datang bersama seorang jururawat pula.

"Masa untuk makan ubat!" ucap Haris tanpa rasa bersalah. Dia mengenyitkan mata beserta senyuman yang nakal kepada Juwita yang jelas menunjukkan riak tidak puas hati.

Haris gelak dalam hati. Sorry Lia... abang akan kacau Lia dengan mamat ni sampailah dia rasa nak balik!

***

Yay, saya dah publish tiga chapter dalam masa tiga hari berturut-turut. Sekali-sekala manjakan readers tak salah kan hehehehe...

Continue Reading

You'll Also Like

511K 20K 30
DARA MANISA Dia ikut cakap mak je! THAQIF QAUSAR Dia sudah punya 'mata air'. Jadi tolong jangan terhegeh boleh? Menjadi calon isteri yang tak diingin...
77.1K 2.7K 66
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
499K 15.1K 75
⚠Known As: MY TEARS!⚠ SARAH IRDINA_ Dia memang seorang gadis yang cantik namun, dirinya tidak pandai dalam bab bergaya dan bersolek. Dalam sekelip m...
63K 2.7K 41
Ellaina terpaksa akur apabila dia bakal dijodohkan dengan lelaki yang berstatus suami orang.Pada mulanya,Nashriq melayan Ellaina dingin,namun apabila...