Tanya Sama Hati ☑

Door myladyv

1.2M 56K 3.4K

Cikgu Juwita Natalia dan Doktor Haris Redzuan. Berjumpa buat kali pertama bukan dalam keadaan yang ala-ala se... Meer

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
Bukan Update #1
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
Bukan Update #2
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56 : THE ENDING
Farewell, TSH ❤

BAB 4

24.9K 1.2K 14
Door myladyv

Malam itu selepas selesai solat Maghrib, Julia dan Juwita keluar ke pasar raya untuk mencari buah-buahan. Kalau tak ada buah-buahan, mana nak jadi pavlova kan? Buah tembikai dikecualikan!

Sepanjang perjalanan, habis Julia dibahan adiknya hanya kerana dia ingin menyusun tembikai tinggi-tinggi di atas pavlova. Tak pernah dibuat orang guna tembikai atas pavlova!

Kerana Cold Storage tempat yang terdekat sekali untuk dituju, maka mereka berdua pun menuju ke arah situ.

"Adik nak cari apa je ni?" tanya Julia sambil menolak troli di sebelah Juwita.

"Whipping cream dengan buah-buahan. Kalau boleh nak yang masam-masam macam strawberry dengan kiwi. Kalau ada anggur hitam pun okey jugak, baru colourful kan..." ujar Juwita manja sambil merangkul tangan kiri Julia dan berjalan beriringan.

Julia tersenyum melihat gelagat adiknya. Gelagat Juwita yang sebenar-benarnya. Juwita yang bersamanya sekarang ini tidak sama dengan Juwita apabila berada dengan orang yang tidak dikenali atau yang tidak rapat.

Julia tahu kenapa adiknya berperangai seperti itu. Juwita seperti mempunyai alter egonya yang tersendiri. Buktinya, jika Juwita bersama dengan orang yang tidak dikenali atau belum rapat dengannya, dia akan menunjukkan imej seperti garang dan sombong walaupun pada hakikatnya itu bukan sikap sebenar Juwita.

Semuanya kerana sebuah kisah silam yang membuatkan Julia rasa bersalah terhadap Juwita sehingga sekarang kerana tidak dapat menjaga adiknya itu disaat dia amat memerlukan seseorang.

"Adik... kakak nak pergi tandas kejap. Kalau akak lambat nanti adik call," ujar Julia sebelum dia tergesa-gesa mencari tandas.

Juwita mengambil alih menolak troli. Troli yang masih kosong ditolak ke  bahagian sejuk. Dua kotak whipping cream jenama Rich diambil dan diletakkan ke dalam troli. Tiga botol minuman yogurt pelbagai perisa dan sekotak susu coklat HL diletakkan di dalam troli meskipun barang-barang itu tiada dalam senarai untuk membuat pavlova.

Kemudian Juwita beralih ke bahagian buah-buahan. Buah strawberry dan kiwi yang sudah siap dibungkus di dalam bekas plastik diambil dan diletakkan ke dalam troli. Dia beralih ke arah rak yang menempatkan anggur hitam. Anggur yang sudah dibungkus siap di dalam plastik itu dibelek-belek untuk melihat kesegarannya.

"Eh... Juwita?"

Juwita mengangkat muka dari memandang anggur ke arah suara yang memanggilnya dari hadapan. Riak wajahnya bertukar terkejut apabila ternampak wajah Haris yang berada di rak yang bertentangan dengannya.

"Doktor Haris..." Juwita melemparkan senyuman segaris.

Haris yang tadi berada di rak bertentangan dengannya kini sudah melangkah kaki ke arah Juwita. Lelaki itu masih berpakaian seperti petang tadi ketika Juwita bertemu dengannya. Mungkin dia baru balik dari kerja.

Sempat pula Haris memandang Juwita atas bawah. Bibirnya terukir senyum nakal seketika apabila melihat Juwita memakai kemeja kasual saiz besar bercorak kotak-kotak dan seluar jeans. Cermin mata yang sama masih tidak lekang dari matanya. Tudung pula hmm... rasanya dia bedal tudung yang sama dengan petang tadi.

"Doktor buat apa dekat sini?" tanya Juwita.

"Cari ni..." Plastik yang berisi capsicum berwarna hijau, kuning dan merah itu diangkat untuk ditunjukkan kepada Juwita. "Tiga kali jumpa awak dalam dua hari ni saja," ujar Haris. Matanya memandang ke dalam troli Juwita. "Diet ke?" tanya dia tiba-tiba.

Dahi Juwita berkerut. Diet? Kemudian dia tersedar apabila melihat mata Haris memandang trolinya yang hanya ada buah-buahan, whipping cream, minuman yogurt dan susu.

"Oh tak. Don't let your eyes fool you, doktor Haris," ujar Juwita sambil tergelak kecil. "Nampak macam nak diet kan? Sebenarnya all this fruits will lead to an extremely fattening dessert. Nak buat pavlova sebenarnya ni..."

Haris turut tersenyum. Tersenyum bukan kerana jawapan Juwita tetapi dia tersenyum kerana rasanya ini kali pertama dia dan Juwita boleh bercakap dengan elok tanpa kata-kata yang sinis atau perlian.

"Buat apa susah-susah... Beli je kan senang."

"Beli dengan buat tak sama tau doktor," ujar Juwita. Baru dia hendak menyambung ayatnya, matanya tertancap pada sebuah pasangan yang baru sahaja berlalu di belakang Haris. Mata Juwita membuntang.

Haris yang pelik dengan reaksi Juwita turut berpaling. "Awak tengok apa?" tanya Haris yang masih tidak faham.

Juwita meletakkan jari telunjuknya di bibir tanda menyuruh lelaki itu memperlahankan suara. Makin pelik Haris jadinya. Mata Juwita masih mengekori sepasang kekasih yang berada tidak jauh dari mereka berdua. Haris dan Juwita berada di bahagian buah-buahan manakala pasangan itu pula berada di bahagian sayur-sayuran. Pasangan kekasih itu masih leka tanpa menyedari sepasang mata Juwita sudah berapi-api.

"Nak ada scandal jangan jadi bodoh la Yusuf. Jalan-jalan dekat tempat awam macam ni..." gumam Juwita sendirian. Terlupa pula bahawa Haris masih lagi berada di situ.

Haris tersenyum sungging apabila nama itu yang meniti di bibir Juwita. Yusuf. Lelaki yang disebut Aina di klinik petang tadi.

"Boyfriend?"

Juwita menjeling Haris seperti laser. Soalan Haris dibiar sepi. Telefon bimbit dibawa keluar dan secara senyap-senyap dia mengambil gambar Yusuf dan wanita itu sambil menyorokkan dirinya yang kecil pendek itu disebalik tubuh tinggi lampai Haris.

Apabila Yusuf dan wanita itu sudah berlalu pergi, Juwita melihat semula gambar-gambar yang sempat ditangkap menggunakan telefon bimbitnya tadi. Dia tersenyum puas.

"Dah habis jadi paparazzi?" usik Haris yang dari tadi masih di situ melayankan sahaja perangai Juwita.

Juwita tersenyum senang sambil mengangguk. "Thanks eh tolong jadi penghadang bidan terjun tadi. Berguna jugak jadi orang tinggi ni..." ujar Juwita sambil tersengih.

"Tinggalkan je lelaki tu. He deserves to be dump," ujar Haris tiba-tiba dengan serius.

Juwita terdiam. Ya, dia boleh memilih untuk tinggalkan Yusuf sejak kali pertama dia ternampak Yusuf dengan perempuan lain lagi tetapi Juwita memilih untuk tidak melakukannya. Juwita lebih memilih untuk memaafkan lelaki itu. Kini, sekali lagi Yusuf kembali melakukan hal yang sama dengan orang yang sama. Layakkah lelaki itu diberi peluang lagi?

Tapi... dari dulu aku hanya ada Yusuf yang sentiasa ada saat aku susah dan memerlukan seseorang. Hanya Yusuf.

"It's not as easy as you think doctor Haris..." ujar Juwita perlahan.

Haris tidak puas hati dengan ayat Juwita. "Don't tell me you're not going to dump him. Come on Juwita, dia dah curang right in front of your eyes!" Haris pula yang jadi emosional. Emosional kerana dia juga pernah merasai perkara yang sama.

Juwita menjeling geram. "Stop being busy body! Hal ni tak ada kena mengena dengan awak pun, kan? Ikut suka saya la nak buat apa. Saya sayang dia tau!" Juwita bersuara marah. Sekelip mata perbualannya dengan Haris yang tadinya elok kini sudah bertukar rentak.

Haris tersenyum sinis. "Masalahnya dia sayang awak ke?" tanya Haris sambil memandang tepat ke dalam mata Juwita.

Juwita terkedu mendengar pertanyaan Haris. Ibarat satu panahan petir yang menyambarnya tatkala soalan itu ditujukan kepadanya. Juwita terdiam tidak boleh menjawab.

Dan ketika itu telefon bimbitnya berbunyi memaparkan nama Julia.

***

Gigi sakitttt masa tulis bab ni rasa nak baling je handphone 😂 (tak ada kena mengena tapi nak bagi tahu jugak yang gigi sakit huhuhu)

Ga verder met lezen

Dit interesseert je vast

960K 35.2K 53
Kerana menghormati keputusan orang tuanya, Diana menggadai diri masuk ke dalam dunia yang berbeza dengan kehidupannya. Tak pernah menjadi impian, dia...
2M 87.3K 57
[COMPLETED] 1st story Song: Dirgahayu by Faizal Tahir & Siti Nurhaliza Sudah 13 tahun berlalu. Jarak yang memisahkan mereka buatkan dia bahagia dan...
511K 20K 30
DARA MANISA Dia ikut cakap mak je! THAQIF QAUSAR Dia sudah punya 'mata air'. Jadi tolong jangan terhegeh boleh? Menjadi calon isteri yang tak diingin...
4.1M 247K 71
[ 2021 ] LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEART. Bijak! Kaya! Dingin! Itulah antara kata sifat yang sesuai diberikan kepada NASH ADRIAN.Keberhasilan jejaka i...