Tanya Sama Hati ☑

By myladyv

1.2M 56K 3.4K

Cikgu Juwita Natalia dan Doktor Haris Redzuan. Berjumpa buat kali pertama bukan dalam keadaan yang ala-ala se... More

BAB 1
BAB 2
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
Bukan Update #1
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
Bukan Update #2
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56 : THE ENDING
Farewell, TSH ❤

BAB 3

27.2K 1.1K 19
By myladyv

[Inilah dia Juwita. Anggap je dia ni bertudung ok 😂 I really adore Zooey!]

***

"Lah beb... apasal nangis ni???" tanya Aina kelam-kabut mencari tisu kotak untuk diberikan kepada Juwita yang sudah menangis teresak-esak itu.

Juwita membuka kaca matanya dan diletakkan di atas meja Aina. Beberapa helai tisu ditarik dan dia mengelap air matanya tanpa segan silu di hadapan Aina dan Haris.

Haris terpegun sebentar melihat wajah Juwita itu apabila gadis itu menanggalkan cermin matanya. Kenapa mata yang cantik dan indah seperti itu harus disorok disebalik kaca mata yang berbingkai penuh? Zaman dah moden, contact lens kan ada!

"Damn this mood swings... boleh gila aku dibuatnya!" ujar Juwita sambil matanya menikam tepat ke arah Haris. "Doktor pun satu... tak payah la nak marah-marah! Saya dah cakap, orang lelaki macam doktor ni takkan pernah faham!"

Aik... aku pulak yang kena? Tetapi Haris diam sahaja dan tidak melawan. Aina pula senyum mengejek memandang Haris. Mulutnya memberi isyarat 'padan muka' kepada Haris. Haris membulatkan matanya memandang Aina.

"Aina, you dah buat scan?" tanya Haris. 

Aina menyerahkan gambar scan yang telah dicetak tadi. Haris mengambil gambar itu dan dilihat dengan teliti.

"Looks normal. No swelling can be seen. Probably not cancer," ujar Haris sambil mata masih memandang gambar sebelum beralih memandang Juwita yang sudah kembali tenang. "Ada adik beradik perempuan?" tanya Haris.

"A sister."

"Dalam family pernah ada history kanser?"

Juwita menggeleng. "So far tak ada..." jawab Juwita.

"Tahu tak menstrual cycle of your sister and your mum? Sorry tanya macam ni sebab benda ni ada kena mengena dengan keturunan."

Juwita menggigit bibir kerana gelisah. Tak sangka soalan sampai macam ni sekali...

"Not quite sure."

Kemudian Haris bercakap dengan Aina dalam istilah yang tidak boleh difahami oleh Juwita. Berkerut-kerut dahi Juwita cuba memahami apa yang sedang dibicarakan oleh mereka berdua tetapi dia masih tidak dapat faham sepenuhnya.

Ini bahasa apa diorang pakai ni? Dengar macam Bahasa Inggeris... tapi apasal aku tak boleh nak faham? Adui... Istilah sains memang berbelit!

"Saya akan bagi pil perancang..." Belum sempat Haris menghabiskan ayatnya, Juwita memotong.

"Pil perancang?! I'm not even married!" bentak Juwita yang terkejut sebaik sahaja nama ubat itu disebut.

"It won't harm, Cik Juwita. Takkanlah saya nak bagi ubat yang buat pesakit bertambah sakit. Lagipun pil perancang yang saya akan bagi ni dos yang paling rendah..." ujar Haris tenang tanpa memandang Juwita. Dia masih menulis sesuatu di atas kertas. Kemudian kertas itu diserahkan kepada Juwita.

"Ubat-ubat yang saya bagi ni cukup untuk dua bulan. Lepas dua bulan kalau period awak masih sama dan tak ada perubahan, please come back immediately. Saya akan tulis surat untuk awak refer pakar di hospital," ujar Haris.

Juwita mengangguk faham. Senarai ubat-ubatan yang diberi sebentar tadi diteliti satu persatu. Haram satu apa pun dia tak faham.

"Satu lagi Juwita Natalia..." Suara Aina kedengaran apabila dia masih melihat senarai ubat itu. Juwita mengangkat muka memandang Aina. "Jangan stress-stress sangat please? Benda ni dia ikut hormon kau. Kebelakangan ni selalu stress ke? Ada masalah?"

Juwita terdiam sekejap mendengar pertanyaan Aina. Dia menunduk memandang jari di atas paha.

"Stress kerja jelah kot... Lepas tu busy settlekan hal kenduri Kak Ju. And..." Juwita tidak jadi menghabiskan ayatnya.

"And...?" Aina mengulang semula perkataan terakhir yang disebut Juwita tadi.

Juwita bangun dan mendekatkan dirinya dengan Aina. Dia merapatkan bibirnya pada telinga Aina dan berbisik sesuatu, mengundang lebih banyak rasa ingin tahu Haris yang dari tadi hanya melihat.

Mata Aina membulat besar. "Oh my God! Are you serious babe? Yusuf kantoi lagi dengan kau?!"

Juwita meletakkan jari telunjuknya pada bibir supaya Aina menutup mulut. Orang nak suruh rahsia dia pergi cakap kuat-kuat!

Kening Haris sedikit terangkat apabila ada nama lelaki yang meniti di bibir Aina. Dah ada boyfriend rupanya Juwita ni...

"Masalah boyfriend rupanya... Patutlah hormon dan emosi awak tak stabil Cik Juwita. Bila hormon dan emosi tak stabil, benda tu lagi selalu keluar..." ucap Haris selamba tanpa rasa bersalah.

Sebaliknya Juwita pula yang berasa malu. Merah mukanya mendengar kata-kata Haris tadi manakala Aina pula ketawa terkekeh-kekeh.

"Saya balik dulu..." ujar Juwita ditujukan kepada Haris. "Ena, aku balik dulu la. Nanti bila-bila kau free nanti aku cerita full story."

Aina mengangguk. "Hati-hati drive babe..."

Sebaik sahaja Juwita hilang disebalik pintu, Haris turut bangun dan ingin kembali ke biliknya tetapi dia berpaling semula memandang Aina.

"Yusuf tu boyfriend Juwita ke?" Haris tiba-tiba bertanya. Entah kenapa dia bertanya soalan itu dia sendiri pun tidak tahu.

Aina sekadar mengangkat bahu tanda tidak mahu memberitahu, membuatkan Haris terus berlalu pergi dengan rasa tidak puas hati.

***

Balik sahaja daripada klinik, mood Juwita terus sahaja bertukar ceria apabila ternampak kereta Julia diparkir elok di garaj kereta. Rasanya sudah hampir seminggu Julia tidak pulang ke rumah mereka.

Kakaknya itu memang jenis yang suka berdikari sendiri. Dari zaman sekolah dia sudah bersekolah di asrama, kemudian belajar di Australia sehingga selesai masters dan kini apabila sudah pulang ke Malaysia, dia ingin tingal di rumah sendiri. Oleh sebab mereka hanyalah dua beradik, Juwita dan Julia sangat rapat.

"Kakak!!!" Juwita terus meluru ke arah kakaknya yang sedang duduk di tepi kolam ikan. Tubuh Julia terus dipeluk manja.

Julia tergelak kecil melihat sikap manja adiknya yang satu itu. Juwita memang manja, anak bongsulah katakan. Kalau di rumah, dengan semua orang dia akan bermanja termasuklah orang gaji pun. Tetapi kalau di luar, perwatakan Juwita akan berubah 180 darjah. Orang yang tidak mengenali Juwita dengan sebetul-betulnya sahaja akan tidak faham kenapa Juwita jadi begitu.

"Rindu kakak eh... dasar budak manja," usik Julia.

"Of course rindu..." Juwita mencebik dan melepaskan pelukan.

"Adik rindu punya pasal, kakak dah buat keputusan untuk tinggal sini sampai hujung bulan," ujar Julia menbuatkan Juwita tersenyum lebar.

"Serius?!"

"Sirius Black..." usik Julia lagi dengan menyebut nama watak dalam siri trilogi Harry Potter kegemaran mereka berdua. "Tapi dengan syarat..." sambung Julia tiba-tiba.

Juwita angkat kening. "Apa syaratnya?"

"Adik kena masak tiap-tiap hari. Malam ni buat pavlova dik. Teringin nak rasa adik punya pavlova lagi..." Julia buat muka kesian.

"Alah setakat pavlova... a piece of cake! Tengok kakilah... Juwita Natalia kan!"

"Eiii jangan buat pavlova berperisa kaki pulak!!!"

Juwita membulatkan matanya dan Julia ketawa besar.

"Ada buah tak dalam fridge tu?" tanya Juwita apabila mereka bersua melangkah masuk ke dalam rumah.

"Ada... Banyak lagi buah tu, bibik baru potong tadi."

"Buah apa?" Kaki melangkah ke arah peti ais di dapur. Pintu peti ais dibuka. "Buah tembikai?!" Hampir mahu terjerit dia apabila melihat buah tembikai sahaja yang berada di dalam peti ais itu.

Dahi Julia berkerut sehingga keningnya hampir bertaut.

"Kenapa? Sedap apa buah tembikai... Boleh susun tinggi-tinggi atas pavlova tu nanti..." ujar Julia selamba seperti tidak tahu apa-apa.

Juwita tepuk dahi dan menggelengkan kepala. Kakak, kakak... Macam tak boleh nak percaya kau dah nak kahwin kak.

***

Continue Reading

You'll Also Like

511K 20K 30
DARA MANISA Dia ikut cakap mak je! THAQIF QAUSAR Dia sudah punya 'mata air'. Jadi tolong jangan terhegeh boleh? Menjadi calon isteri yang tak diingin...
492K 17.1K 70
( In editing process...) 𝐀𝐑 - 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...
2.2M 87.5K 52
Genap 6 tahun hubungan cinta antara Dian Raisya dan Aidil Zulkarnain, akhirnya hubungan mereka terputus juga. Dian merupakan seorang gadis yang ceria...
865K 26.9K 62
Karya pertama by thecreamcake in romance 📖 B o o k - 1 jodoh dalam keperitan 📖 TAMAT Hawa Afwan . Wanita yang cukup penyabar dan tabah , disa...