UNGKU AQIEL ZAFRAN[COMPLETE]

נכתב על ידי Raymirae

38.4K 2.3K 212

UNGKU AQIEL ZAFRAN S1 AZIELAH FISYA- Setelah pemergian dua ibu bapa azielah dia tinggal bersama ibu saudarany... עוד

CAST
UAZ 1🍃
UAZ 2🍃
UAZ 3🍃
UAZ 4🍃
UAZ 5🍃
UAZ 6🍃
UAZ 7🍃
UAZ 8🍃
UAZ 9🍃
UAZ 10🍃
UAZ 11🍃
UAZ 12🍃
UAZ 13🍃
UAZ 14🍃
UAZ 15🍃
UAZ 16🍃
UAZ 17🍃
UAZ 18🍃
UAZ 19🍃
UAZ 20 🍃
UAZ 21🍃
UAZ 22🍃
UAZ 23🍃
UAZ 24🍃
UAZ 25🍃
UAZ 26🍃
UAZ 27🍃
UAZ 28🍃
UAZ 29🍃
UAZ 30🍃
UAZ 31🍃
UAZ 33🍃
UAZ 34🍃
UAZ 35🍃
UAZ 36🍃
UAZ 37🍃
UAZ 38🍃
UAZ 39🍃
UAZ 40🍃
UAZ 41🍃
UAZ 42🍃
UAZ 43🍃
UAZ 44🍃
UAZ 45🍃
UAZ 46🍃
UAZ 47🍃
UAZ 48🍃
UAZ 49🍃
TAMAT
Author Note🥳
UAZ S2 🙀 BIAR BETIK!

UAZ 32🍃

600 41 10
נכתב על ידי Raymirae

                " Bob tak nak singgah makan dulu ke?" soal azielah.

Bob hanya mengelengkan kepalanya tanda tidak mahu. Dia banyak lagi kerja yang ingin di uruskan. Masalah berkaitan sabotaj pejabat zafran juga dia harus cepat mencari maklumat dan siapakah dalang disebalik rancangan itu. Setelah selesai mengangkat barang-barang dari bonet kereta. Bob menuju ke arah azielah.

"Kalau macam tu, bob pergi dulu tau. Hati-hati dekat rumah. Jangan lupa kirim salam dekat makcik mariam"

"hm baiklah. Terima kasih ya bob sebab teman azielah shopping. Nak harapkan mamat poyo tu sampai tahun depan agaknya dia tak bawa saya beli baju" sindir azielah.

"amboi mulut, nasib orang dia tak ada dekat sini kalau tak habis azielah dia kerjakan" bob ketawa kecil.

"apa dia ingat saya takut dekat dia lah. Macam hebat sangat" azielah cuba berlagak di hadapan bob padahal dia takut akan zafran. Sengaja nak tunjuk berani.

"wow... berani azielah ya. Nanti bob bagi tahu dekat zafran baru tau. Nak?" soal bob nakal.

Muka azielah mula cuak. Kalau bob beritahu hal ni habislah dia nak kena jawab soalan maut lelaki itu nanti.

"t-tak  payah" jawab azielah gagap.

Bob sudah ketawa terbahak-bahak melihat reaksi wajahnya yang jelas ketakutan dan gelisah. Tahu pun takut, ingat berani sangat tadi.

"okay, okay bob tak bagitahu. Kalau macam tu bob jalan dulu ya dah lambat ni"

"kejap, saya nak cakap dekat bob tolong rahsiakan hal yang saya cerita dekat kereta tadi. Saya harap bob faham dan tolong sangat-sangat. Biarlah rahsia ni saya dan bob sahaja tahu. Janji dengan saya ya bob tak akan bagitahu zafran?" azielah memandang muka bob dengan ikhlas.

" hm... Baiklah bob akan rahsiakan hal ni"

Suasana di dalam kereta sunyi seketika. Hanya radio berbunyi menceriakan lagi suasana bob semasa memandu. Azielah pun hanya memandang luar tingkap sahaja. Fikirannya melayang memikirkan bapa saudaranya iaitu pak yaakob.

Bagaimanakah keadaan pakciknya?

Apakah dia sihat-sihat sahaja?

Banyak persoalan yang bermain di benak fikiran. Semenjak dia diculik tiada siapapun yang cuba mencarinya. Bahkan makcik piah. Pakcik sendiri pun tidak. Sahabat sejatinya aina, juga tidak langsung mencari keberadaan azielah. Kenapa semua orang tidak suka dirinya. Apa salah dan dosa dia buat. Azielah hanya mampu menangis dalam hati. Biarlah dia yang menanggung kesakitan.

Bob melihat azielah yang termenung memandang luar tingkap terus bob menyapanya.

"azielah okay ke?" soal bob

Azielah memandang bob lalu tersenyum. "ye saya okay je"

"Macam tak okay je. Kalau azielah ada apa-apa something nak share dengan bob, bob tak kisah. Bob sedia mendengar. Kalau azielah nak tanya pasal zafran pun maybe bob boleh jawab tapi tak semua" kata bob lagi.

Sebut sahaja zafran azielah terfikir sesuatu. Dia banyak mahu bertanya soal zafran. Nak tanya dekat tuan badan sendiri takut pula. Sekarang dah ada bob depan mata bolehlah tanya banyak-banyak. Mana tahu ada rahsia dia yang aku tak tahu.

"kalau azielah tanya banyak-banyak soalan pasal zafran boleh?"

"boleh tapi jangan tanya soalan-soalan merepek. Bob takkan jawab. Faham!

" okay. First, umur zafran berapa eh? Nampak macam muda lagi"

"22 tahun"

"patutlah macho nak mampus eheks.." kata azielah perlahan sambil tangan menekup mulutnya.

"apa dia azielah cakap tak dengar?" dahi bob mengerut pelik.

"t-tak ada apa-apa lah hehe. Soalan seterusnya, zafran ada adik-beradik berapa orang?"

"2 orang. Dia anak kedua"

"wah anak bongsu. Patutlah. Next, soalan zafran tak ada girlfriend ke?"

Bob diam seketika. Girlfriend pulak dia tanya. Haah ni mesti ada sesuatu ni.

"kenapa bob diam. Azielah ada salah cakap ke?"risau juga hati kalau ada salah cakap.

" tak adalah. Cuma bob pelik kenapa soalan tu juga azielah nak cakap. Cubalah azielah tanya benda lain selain ada girlfriend "

"Azielah bukan apa mana tahu zafran pernah couple ke sebelum ni sebab perangai dia pelik-pelik. Sekejap okay, sekejap tak!"

Bob ketawa kecil mendengar percakapan azielah. Kenapa kau comel sangat azielah. Nasib baik kau milik tuan aku kalau tak dah lama aku tackle kau sebelum ni.

Azielah mengerut pelik. Apa yang aku cakap lucu ke. Kenapa dia gelak?

" kenapa gelak?"

"azielah nak tahu tak, zafran tu dia datang bulan sebab tu dia macam tu!"

Lelaki datang bulan. Setahu aku perempuan je yang boleh datang benda tu. Entah-entah zafran dua alam ye!"

" bob cakap betul-betul dekat saya, zafran tu lelaki tulen ke atau lelaki buatan? " azielah membuat mimik muka serius.

Bob semakin kuat ketawa, sehingga menyebabkan perutnya berasa senak. Air mata secara tiba-tiba keluar.

Eh! Main sajat pulak.

"manalah tahu. Sedangkan perempuan pun ada macam suara lelaki. Haah!"

"Iya saya tak tipu, zafran lelaki seratus peratus asli. Titik" protes bob.

Azielah hanya membuat muka mimik serius. Dalam perjalanan pulang suasana kembali sunyi seketika. Azielah memandang bob yang khusyuk memandu kereta. Bob yang sedar dirinya di pandang-pandang lantas bersuara.

"kalau nak cakap tu, cakap sajalah tak payah pandang-pandang!" soal bob.

"Dia perasan ke aku pandang dia. Nak cakap ke tak nak eh. Tapi kalau tak cakap benda ni asyik terbeban je dekat otak. Aish, susahlah macam ni..."Bisik hati azielah

Azielah menarik nafas sambil mata tertutup dan menghembus nafas dengan perlahan-lahan. Mungkin inilah masanya aku bagitahu dekat bob. Aku tak nak benda merosakkan fikiran aku. Sekurang-kurangnya ada juga tempat aku meluah. Bila semua dah lepas, mungkin ada rasa kelegaan sikit dekat hati.

"bob azielah nak bagi tahu dekat bob something yang sangat penting bagi azielah. Tapi sebelum tu bob kena janji dengan azielah yang bob takkan bagi tahu perkara ni dekat zafran!"

Bunyi macam serius. Bob lantas memandang muka azielah. Lihat daripada mata seperti ada sesuatu yang disembunyikan oleh gadis molek ini.

" apa dia azielah nak cakap tu. Bunyinya agak macam serius sangat? "

Mungkin ini masanya aku buat pengakuan. Biarlah bob nak kata apa dekat aku asalkan hati aku berasa lega dengan semua yang aku pendam selama ni.

"sebenarnya-"

"sebenarnya apa?"

"sebenarnya saya suka dekat zafran!" azielah lekas mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tiba-tiba rasa dirinya malu terhadap bob atas pengakuan yang agak memalukan bagi dirinya. Bob juga agak sedikit terkejut dalam masa yang sama berasa agak sedikit kecewa dengan pengakuan yang diluahkan oleh azielah sebentar tadi.

Selama ini dia sudah dapat meneka bahawa gadis ini mempunyai perasaan terhadap zafran. Tapi, dia malu untuk bertanya. Takut-takut silap hari azielah merajuk dan tidak mahu bercakap dengannya. Keluhan berat dihembuskan dengan perlahan, walaupun hati berasa perit namun bob mampu menyembunyikan perkara ini dengan senyuman.

"bob dah agak mesti azielah suka dekat zafran. Kenapa tak cakap dekat dia sendiri, kalau azielah dah jatuh suka?" senyuman manis dilemparkan kepada azielah.

Azielah hanya mampu mendiamkan diri. Pernah berfikir juga sebelum ni nak luah perasaan tu tapi takut lain jadinya.

" Azielah tak boleh, azielah takut nanti zafran reject azielah. Biar azielah saja yang tahu azielah suka dekat dia. Kalau suatu hari nanti azielah dan zafran tak ditakdirkan bersama, azielah akan cuba redha dan sabar dengan apa yang jadi"

"azielah sebagai seorang wanita mana boleh malu. Azielah ada hak untuk bersuara, bukan lelaki sahaja malah perempuan pun boleh. Lagi satu pasal reject tu belakang cerita yang penting kita dah berusaha untuk seseorang yang kita sayang. Mudah sebenarnya untuk luah perasaan tu cuma ego  yang menguasai  diri sendiri. Bila lelaki tu dah menghilang baru kita nak terkinja-kinja cari dia"

Azielah diam seribu kata. Kalau ini  bob katakan dia akan cuba untuk berterus-terang dengan zafran.

"Bob terima kasih tau sebab nak dengar luahan saya. Saya tak tahu nak luah dengan siapa lagi. Saya ada bob sahaja. Lagipun saya rasa selesa bila bersama bob  macam adik dan abang"

"Sama-sama, azielah kalau rasa nak share problem ke, share saja bob. Bob setia mendengar"

Pacuan empat roda meninggalkan rumah agam zafran. Azielah masih berfikir dengan kata-kata bob sewaktu di dalam kereta. Azielah lantas mengelengkan kepala lalu masuk ke dalam rumah.

המשך קריאה

You'll Also Like

42.8K 3K 55
"You drive me crazy, Yara Alyssa. Most people say that the cure for falling in love is marriage. And now I'm in love. Do you want to be the cure for...
606K 31.5K 66
𝙎𝙚𝙘𝙤𝙣𝙙 𝙨𝙩𝙤𝙧𝙮 𝙗𝙮 𝙚𝙮𝙧𝙚𝙨𝙝𝙖𝙖 ➳ His Precious Flower 𝑷𝒂𝒊𝒏 𝒊𝒔 𝒕𝒆𝒎𝒑𝒐𝒓𝒂𝒓𝒚, 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒊𝒔 𝒇𝒐𝒓𝒆𝒗𝒆𝒓 ; 𝐙𝐡𝐚𝐟𝐫𝐚𝐧...
198K 13.5K 73
Mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Adellea Zayra. Dia merupakan anak yatim piatu dan mengusahakan bisnes kecilnya. Dia seorang yang tegas...
478K 4.8K 57
DEWASA Viewer Discretion 🔞 Explicit Content 🌚 Hidup Anggun Sufiya berubah 360° apabila terjatuh ke dalam lembah penipuan sehingga mengahwini seoran...