UNGKU AQIEL ZAFRAN[COMPLETE]

By Raymirae

38.4K 2.3K 212

UNGKU AQIEL ZAFRAN S1 AZIELAH FISYA- Setelah pemergian dua ibu bapa azielah dia tinggal bersama ibu saudarany... More

CAST
UAZ 1🍃
UAZ 2🍃
UAZ 3🍃
UAZ 4🍃
UAZ 5🍃
UAZ 6🍃
UAZ 7🍃
UAZ 8🍃
UAZ 9🍃
UAZ 10🍃
UAZ 11🍃
UAZ 12🍃
UAZ 13🍃
UAZ 14🍃
UAZ 15🍃
UAZ 16🍃
UAZ 17🍃
UAZ 18🍃
UAZ 19🍃
UAZ 20 🍃
UAZ 21🍃
UAZ 22🍃
UAZ 23🍃
UAZ 24🍃
UAZ 25🍃
UAZ 26🍃
UAZ 27🍃
UAZ 28🍃
UAZ 29🍃
UAZ 30🍃
UAZ 32🍃
UAZ 33🍃
UAZ 34🍃
UAZ 35🍃
UAZ 36🍃
UAZ 37🍃
UAZ 38🍃
UAZ 39🍃
UAZ 40🍃
UAZ 41🍃
UAZ 42🍃
UAZ 43🍃
UAZ 44🍃
UAZ 45🍃
UAZ 46🍃
UAZ 47🍃
UAZ 48🍃
UAZ 49🍃
TAMAT
Author Note🥳
UAZ S2 🙀 BIAR BETIK!

UAZ 31🍃

647 37 7
By Raymirae

           Barang yang dipegang oleh bob memenuhi kedua-dua tangannya. Apa yang dibeli dengan budak penguin ni pun aku tak tahu lah. Kali ni dah termasuk 25 kedai kami masuk. Kalau tak berkenan dengan citarasa  azielah  pergi ke kedai lain lagi. Aku tak boleh bayangkan kalau dia kahwin dengan zafran kemungkinan zafran terduduk dah dekat mall ni. Demi kesayangan terpaksa ikut sahaja gerak-geri azielah.

"bob sini kejap" azielah memanggil bob dengan kedua-dua tangannya terdapat sepasang baju couple. Satu berwarna hitam putih dan satu lagi berwarna biru muda.

"awak tengok yang mana lagi cantik. Ini ke yang ini!" azielah menunjukkan kedua-dua baju tersebut ke arah bob.

Bob menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tak tahu nak pilih yang mana. Kalau ikut kata hati dia lebih suka baju berwarna hitam putih kerana sesuai dipakai dan masuk semua jenis warna tudung bagi azielah. Kalau biru muda cantik tapi tak semua colour akan sedondon.

"kalau saya, saya pilih hitam putih sebab cantik untuk azielah"terang bob.

" Tapi biru muda cantik juga. Maknanya awak kata biru muda tak cantiklah!"bentak azielah.

Pelik juga budak ni, dia sendiri juga yang suruh aku pilih warna baju tu. Kenapa pula dia nak marah. Aihh... Memang pening sungguh azielah dibuatnya. Bob mengeleng-gelengkan kepalanya sambil memicit pelipis dahinya.

"senang cerita azielah ambil dua-dua sahaja baju couple tu!" haah ambil kau untuk mengelakkan pergaduhan dalam kedai ni lebih baik aku damaikan dulu. Kalau bergaduh pasal baju memang heboh masuk akhbar tentang seorang wanita berdebat dengan seorang lelaki tentang pilihan warna baju.

Lepastu zafran nampak akhbar tu, terus cari aku apa yang jadi and bunuh aku. Oh tidak aku tak benda tu berlaku. Eh! Kejap asal azielah beli baju couple. Entah-entah dia dah ada boyfriend ya. Bob segera mendekati azielah lalu menarik hujung bajunya. Azielah tersentak dengan perbuatan bob lalu menampar tangannya.

"apa ni pegang-pegang. Haram tau!"

"bob bukan sentuh tangan bob cuma tarik hujung baju azielah je. Tak boleh ke?"

"tak boleh juga" jawab azielah sepatah.

"bob nak tanya kenapa azielah beli baju couple. Azielah dah ada boyfriend eh?" bob menunding jari ke arah muka azielah. Tidak lama kemudian, pipi azielah merona merah.

"mana adalah. Saya beli dua baju ni sebab-"

"sebab apa?"

"sebab saya nak bagi makcik mariam satu. Mesti dia nak juga merasa baju baru. Kesian saya tengok dia asyik baju tu je dia pakai. Jadi saya nak belanja dia baju baru dan sedondon dengan saya. Awak faham!"

Bob mengecilkan matanya lalu tersenyum sinis. Tangan disilangkan ke dadanya." cakap sajalah azielah malu. Azielah sebenarnya suka dekat zafran kan?"Bob mula mengusik azielah sehingga azielah tak tahan lalu beredar ke kaunter untuk membuat pembayaran.

" Bob ni tak habis-habis usik orang. Nasib tuan punya badan tak ada dekat sini. Kalau tak mana aku nak letak muka ni!" bisik hati azielah.

Sampai sahaja di kaunter pembayaran azielah mengeluarkan kad kredit kepunyaan zafran lalu diberikan kepada cashier. Beberapa minit kemudian, selesai sahaja pembayaran azielah mengucapkan terima kasih kepada cashier lalu beredar daripada kedai. Hati azielah berasa sangat seronok pada hari ini.

Sebenarnya dia cuba berbohong terhadap bob berkaitan baju couple tersebut. Niatnya membeli baju itu adalah sebagai tanda terima kasih kepada zafran kerana sanggup berkorban demi dirinya. Dia mengharapkan niatnya untuk menghadiahkan baju couple ini terhadap zafran akan berjaya. Dia juga sudah merancang awal sebelum zafran pulang ke rumah. Dia mahu membuat sedikit suprise kepada lelaki itu. Semoga rancangannya dipermudahkan oleh allah.

"lama lagi ke azielah mengelamun?" soal bob.

"eh dah lama ke saya berdiri depan kedai ni. Astagfirullaallazim... apa yang saya fikir ni!" azielah mengetuk kepalanya menggunakan tangannya.

"azielah ada nak beli apa-apa lagi tak?" soal bob.

Azielah meletekkan jarinya didagu. "saya rasa dah cukup ni"azielah menunjukkan kedua-dua belah tangannya dan separuh lagi di tangan bob.

" kalau dah cukup, kita baliklah. Bob nak jumpa dengan zafran lagi lepas ni!"

" hm baiklah... "

Mereka berdua-dua keluar daripada pusat membeli belah dan terus ke tempat parking kereta.

                    ZAFRAN yang sedang khusyuk mengarahkan pekerja bawahan tiba-tiba di sapa oleh seseorang daripada belakang. Zafran segera menoleh dan membuat riak muka menyampah.

"Orang tua nak mampus ni lagi!" bisik hati zafran.

Xi xiang memandang zafran dengan pandangan yang pelik. Kebiasaan harinya zafran akan menyambut sahutan sambil berjabat tangan. Tetapi hari ini zafran tidak seperti selalu. Xi xiang mengeluh, tangannya lantas naik ke atas bahu zafran seperti ingin memberi satu kekuatan malah zafran menepis dengan penuh amarah dan pandangan yang menyeramkan.

"Tak payah nak sentuh-sentuh aku. Kau tak layak langsung. Aku jijik dengan kau!" jerkah zafran.

Membulat mata xi xiang apabila zafran berkata begitu kepadanya. Dia tidak pernah mengajar zafran menjadi kurang ajar.

" lu kenapa zafran. Tiba-tiba saja marah wa. Apa salah wa sama lu. Mana adab lu sama orang tua. Wa tak pernah ajar lu untuk kurang ajar sama orang tua!" kata xi xiang.

Zafran tersenyum sinis lalu dia menghampiri xi xiang dan lantas mencekik lehernya. Zafran menolak tubuh xi xiang ke dinding menyebabkan xi xiang mengadu kesakitan. Mungkin disebabkan zafran menolak dirinya terlalu kuat ke dinding.

" hei orang tua! Aku dah bagi kau  warning. Kau still tak nak dengar cakap aku. Huh, memang tempat kau sekarang dekat neraka"

xi xiang hanya memandang sinis ke arah zafran. "wa tak pernah mungkir janji sama lu, percayalah sama wa" rayu xi xiang

Nafas zafran turun naik untuk menahan sabar. Dia tahu tiada guna jika dia melepaskan amarah begitu sahaja. Dia tak mahu digelar sebagai budak yang tidak matang. Zafran menguatkan lagi cengkaman di leher xi xiang. Zafran memandang xi xiang dengan penuh dendam.

" i don't trust you, because you are hipokrit man!" terang zafran.

Muka zafran merah padam akibat menahan marah. Kali ini dia tidak akan melepaskan xi xiang. Zafran menarik xi xiang lalu di bawa ke bilik bawah tanah. Xi xiang sudah mengeleng kepala tanda tidak mahu di apa-apakan oleh zafran.

" zafran wa boleh explain everything. Please, jangan buat wa macam ni. Lu tak sayang sama wa ka. Wa jaga lu dari kecil, wa anggap lu macam anak wa sendiri. Please!" rayu xi xiang sambil membuat wajah kasihan.

Zafran tidak mengendahkan pujuk rayu daripada mulut xi xiang malah dia menarik sahaja xi xiang ke bilik bawah tanah. Sampai sahaja di bilik bawah tanah zafran lantas menolak tubuh xi xiang mengakibatkan xi xiang jatuh terduduk di lantai. Air mata xi xiang mula berjuraian jatuh di pipi. Dia mengeleng-gelengkan kepalanya seolah-olah tidak percaya zafran akan buat begitu kepadanya.

"aku akan kurung kau dekat dalam ni sampai siap siasatan aku buat. Aku tahu disebalik apa yang terjadi kau mesti terlibat. Tak apa aku biar kau terseksa dalam ni selepas semua selesai. Bila dah  settle semua aku akan soal kau pula. Kalau kau cuba-cuba nak tipu aku, aku akan tak teragak-agak bongkarkan semua kerja kotor kau dekat pihak berkuasa! " amaran keras daripada zafran.

Xi xiang ketawa sambil memandang zafran dengan pandangan sinis. Xi xiang lantas menepuk-nepuk tangannya. Zafran melihat perbuatan xi xiang seperti mahu mencabar kesabarannya.

" dah habis dengan ketawa gila kau tu!" sindir zafran.

"zafran, zafran. Lu banyak lawaklah. Wa tak sangka lu sanggup membahayakan nyawa lu sendiri. Lu memang bijak. Hahaha"

Zafran mengepal penumbuk. Urat-urat hijau mula timbul di rahang zafran serta di tangannya. Mahu sahaja dia bunuh xi xiang sekarang tapi tidak boleh rancangan yang diatur bersama bob minggu lalu tidak akan berjaya sekiranya dia bertindak terburu-buru. Zafran lantas keluar daripada bilik tersebut dan mengunci xi xiang menggunakan kod khas yang hanya diketahui oleh dia dan juga bob.

Nampaknya konflik besar tidak lama akan berlaku. So tunggu next chap apa akn terjadi. Bye😊

Don't forget vote and comment 👇

Happy reading ❤️

Continue Reading

You'll Also Like

477K 4.8K 57
DEWASA Viewer Discretion 🔞 Explicit Content 🌚 Hidup Anggun Sufiya berubah 360° apabila terjatuh ke dalam lembah penipuan sehingga mengahwini seoran...
42.7K 3K 55
"You drive me crazy, Yara Alyssa. Most people say that the cure for falling in love is marriage. And now I'm in love. Do you want to be the cure for...
76.3K 7.7K 42
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
74.8K 8.8K 16
"Airis dah terlanjur dan sekarang Airis mengandung." Siapakah yang menanggung semua ini jikalau bukan gadis muda ni. Belum sempat Airis memberitahu p...